Showing posts with label FOOD. Show all posts
Showing posts with label FOOD. Show all posts

Sunday, September 13, 2015

SEPETANG DI WARUNG NASI LEMAK CIK CHOM,BATU PAHAT

Assalamualaikum...

Huih...Glamour sungguh Cik Chom sekarang nih. Sebab Siakap Keli upload gambar nasi lemak sotong besar terus Cik Chom ni glemer. Hahaha...
Depan rumah je kedai nih...
Tapi, nak pergi sekarang tak lah...
Semua orang upload gambar beratur nak tunggu nasi lemak 'berhantu' nih...
Sampai ada yang sanggup tunggu 3 jam...
Tsk!
Yang dah dapat meja pun kena tunggu 1 jam.
Air Fresh Orange Cik Chom.Besar gedabak gelas dia.Saiz XL.

Last time aku pergi masa bulan puasa. 2 kali je pun dapat merasa Cik Chom. 
Masa tu Cik Chom baru je buka. Memang bulan puasa kot dia baru launch kedai ni.
Masa berbuka tu, ada sorang acik nih. Tolong guntingkan sotong gergasi tu sebab dia liat nak koyak pakai tangan. Lenkali kalau datang nak makan kena bawak gunting sendiri.Hahaha....
Memang gedabak!Aku yang suka makan ni pun rasanya tak boleh habiskan.
Heh!


Nasi Lemak Cik Chom 1/4 ayam.Aku rasa ni harga dia RM 7. Nak telur kena tambah RM 1.

Sesiapa nak pergi ke kedai Warung Cik Chom ni, Kalau dari arah Ayer Hitam dia sebelah kiri. Kawasan perumahan Pura Kencana. Sebaris dengan Hassan Sani Jati Unggul. Kedai yang jual perabot jati. Cantik-cantik. Tapi mahal sungguh!Hehehe...
Kedai dia dari tepi jalan dah nampak.Betu-betul berhadapan dengan traffic light Pura Kencana.Ada nampak board Celcom kat kedai, ha itulah kedainya.
(-_-")


Nasi Lemak Cik Chom Sotong Gergasi RM 10.Kalau order set siakap RM 17.

Kalau tanya aku macam mana rasanya?
Bagi aku rasa dia biasa-biasa je macam nasi lemak biasa kau makan.
Cuma yang buat dia jadi istimewa ni sebab dia ada Sotong Gergasi, Siakap, Puyuh goreng celup tepung.Dengan ayam goreng tu. Tak pasti dia sediakan ayam dara ke ayam biasa.
Lagi satu, telur dia tak goreng dengan minyak. Dia masak atas non-stick pan saiz kecil. Telur harga seringgit sebab dia masak 2 butir telur sekaligus.
Aku tak pernah makan yang siakap. Sebab besar sangat. Hahaha! Kalau makan berkongsi dengan orang lain boleh ler...
Bagi aku baguslah kedai ni. Pandai buat keunikan sendiri.


Yang ni hat bungkuih...

Itu yang orang cari. Nak mencuba benda baru.
Sanggup datang dari JB, Melaka,KL.
Fuh!Fuh!Famous seantero Malaysia penangan social media.

Masa aku pergi ni waiter dia semua pakai topi koboi.
Masya-Allah...tak panas ke bang?Hahaha...bulan puasa tu...(^v^)
Tak pe yang penting ko nampak lain...
Kan aku dah kata,nak niaga laku keras biar lain dari lain...
Keunikan tu yang penting.

Haha...Chiao!

Wednesday, July 8, 2015

JEJAK RASA DI CUPPACAKE B'LICIOUSBATU PAHAT

Assalamualaikum...Salam Ramadhan ke-19.

Aku bukan peminat makanan manis.
Lagilah pencuci mulut yang manih-manih.
Huuuiii....Sakit kepala aku. Sekali dia tangkap kat kepala,sampai malam aku punya kepala berdenyut-denyut.

Tapi,aku ada perangai pelik.
Aku akan secara tiba-tiba suka benda manih ni time datang bulan.
Time hormon-hormon estrogen ni meningkatlah dia punya nafsu makan tu bergelojak.
Aku macam ada satu nafsu yang tak dapat dibendung untuk makan makanan manis.
Semua aku akan tibai.
Dari kuih asal Kelantan sampai ke Kedah sampailah ke western desserts.
KEH3...
Terutamanya kalau dibuat daripada coklat.
Huih...tiba-tiba lintasan kuih keria dalam fikiran.
Sooooddaaaapppnyyooolah!

Jadi, pada suatu hari....
Allah bagi rezeki.
Rezeki makan di CUPPACAKE B'LICIOUS


Aku suka dengan suasana restoran ni.Tenang dan sedap mata memandang.Cewah!
Dari tempat aku duduk, boleh dah nampak Yana Asam Pedas.
Sesuai jugak untuk sambut Birthday party kat sini, Sebab,selain ada menu makanan Cuppacake ni jugak ada sediakan pelbagai jenis kek dan desserts.
 Hohoho...
Kuih raya pun hado ko...
Dalam freezer dia ada jual macam-macam - Durian Crepe, Aiskrim Malaysia, Cheesecake.
Aku rasa tu vendor yang hantar kot.
Harga?Ok...untuk sesekali datang saja-saja nak lepak.




Malam tu order - Air Honeydew,Teh ais ngan kopi O.
Makan laksa Johor,Chicken Chop ngan Nasi Lemak Ayam Dara kot. Tak hengat lah teman...
Dessert : Indulgence Cake dengan Cheese Brownies.
Overall : Good. Cuma Indulgence Cake tu dia punya ganache tak berapa ummphh!Keras sikit. Tapi rasa hokei!
Set Pinggan dia aku suka. Cantik.Kena dengan English Theme yang cuba dibawakan oleh restoran ni.
Huih...Macam pengkritik makanan antarabangsa sudeh...

Siapa-siapa nak datang atau nak intai-intai makanan di Batu Pahat ni...boleh gi ke FB dia.

Facebook: Cuppacake B'licious
Alamat : NO 39, Jalan Flora Utama 5, Taman Flora, Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim (Berhadapan dengan Yana Asam Pedas Batu Pahat)

Chiao!









Monday, July 6, 2015

TOMYAM PAPRIK

BAHAN-BAHAN :

2 ulas bawang putih ~ di mayang
2 ulas bawang merah ~ di mayang
100gm isi ayam ~ potong dadu
100gm udang ~ bersihkan
2 sudu makan cili boh/cili kisar
250ml air
1 batang serai
4 helai daun limau purut ~ diracik
1 sudu makan kicap manis
100gm bunga kubis ~ dipotong
10 batang kacang buncis ~ dipotong
1 batang lobak merah ~ dipotong halus
1 biji lada Benggala merah
10 biji ketiak jagung ~ dipotong
2 sudu makan perencah tomyam
1 sudu besar minyak untuk menumis

CARA-CARA :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang.
2. Masukkan cili boh/kisar dan masukkan isi ayam dan udang. Masak selama lima minit.
3. Kemudian masukkan semua sayuran seperti kubis,kacang buncis, lobak merah, lada benggala dan ketiak jagung.
4. Kemudian masukkan air, serai, daun limau purut dan kicap manis. Kacau sebati dan biar mendidih.
5. Akhir sekali, masukkan perencah tomyam. Gaul sekata dan siap untuk dihidang.

Tuesday, June 30, 2015

JEJAK RASA DI LEEZO,BATU PAHAT


Assalamualaikum....


Leezo ni dekat blok bangunan yang sama dengan CIMB Bank.
Sebelah butik baju. Tak hengat apa nama dia.
Masuk-masuk,aku suka dengan interior dia.
Typical Western Restaurant dekat Malaysia.
Kemas,selesa dan tak serabut.
Kedai ni lagi satu bersih.
Mungkin sebab masih baru. Tapi dia dapat kekalkan momentum bersih tu walaupun orang ramai.
Yang bagusnya, staff adalah orang tempatan.
Bukan warga asing yang kadang-kadang boleh mendatangkan jiwa kacau masa aku makan.
Bukan racist!.
 Aku ada sebab kenapa skeptikal sikit.
Keh3...


Rating ikhlas dari aku:
Kebersihan: 9/10 (Bunga meja aku makan berhabuk sikit.Tapi,no hal.Aku letak tepi je.Settle!)
Servis: 9/10 (Laju dan mesra pelanggan. Cuma Chicken Chop kena tunggu lama)
Kesedapan makanan:Hmmm...8/10 (Sedikit keciwa dengan Banana Split.Tapi,itu normal)
Keselamatan: 9/10 (Tak de apa pun...Cuma aku tengok ada budak kecik kacau waitress hantar order. Menggelabah dia nak elakkan budak tu usik makanan pelanggan.Mungkin adik dia. Bahaya untuk budak tu dan pelanggan. Mau jatuh makanan atas kepala. Kesian budak tu kang. Small matter je...)
Harga: 9/10 (Pun sebab Banana Split.Kui3...Overall, berbaloi.)


Burger ni nama dia Chicken Double Rare Cheese Burger (RM 12.90)
Patties dia boleh tahan. Bagi aku kena lah dengan harga.
Cuma Burger bun dia aku 'kurang' sikit..
He3...bukan sebab warna dia.
Tapi,sebab lama-lama makan dia akan jadi lembik sikit.Mushy.
Mungkin aku je kot yang tak suka bun macam tu.
Cheese meleleh...sos cendawan ok.
Overall...Sila datang dan cuba.

Yang dah habis di makan tuh....
Chicken Grill (RM 8.90)
Tu aku tak rasa. Tak tahu nak ulas.


Chicken Chop Extra Meatballs (RM 11.90)
Ayam dia besooor!!
Puas makan.
Blackpaper sauce sedap. Yang bagusnya dia asingkan sos.
Kid's Meal order Set Chicken Popcorn kot. Harga tak ingat.Dapat sekali dengan air milo.

Banana Split (RM 5.90) 
- kalau tak salah.Tak hengat. Tapi lebih kurang macam tu lah harga dia...
Sepatutnya ada Choco roll (aku panggil biskut rokok - kecik-kecik dulu kalau ada biskut gulung ni mesti aku berlagak macam Gangster sambil ala-ala hisap rokok.Sadis!)
Okeh,Leezo ni bukan sahaja buat Western Food.Dekat menu ada tulis Nasi Goreng Kampung.
Itu saje kot menu makanan biasa.
Air kami order Vanilla Shake,Milo panas,Jus Epal dan teh ais.
Rasa macam biasa.



Kalau sempat nak buat jelajah rasa di sini...
Silakanlah...
Sesuai untuk tempat lepak-lepak dengan kawan-kawan dan keluarga.
Alamat:
Leezo Restaurant, No.6,Persiaran Flora Utama,83000 Simpang Kanan, Malaysia
(Dekat dengan AEON BIG & Square One Shopping Mall)
Kalau nak buat tempahan call 0197566080 (leezo) @ 0177806090 (leeza)

Chiao!

P/S: Keseluruhannya...ok. Nak datang santai,lepak-lepak dengan member.Sambil borak-borak minum air. Bincang hal dunia sampai ke malam...

Sunday, June 28, 2015

BISKUT KOKO COKLAT CHIP

BAHAN-BAHAN:

250gm mentega
250gm tepung gandum
120gm kacang badam - dikisar
100gm gula aising
50gm serbuk koko
50gm tepung ubi
50gm tepung jagung
50gm cip coklat

CARA-CARA :
1.Pukul mentega bersama gula sehingga ia menjadi kembang.
2. Masukkan pula kacang badam yang telah dikisar terlebih dahulu.
3. Masukkan tepung gandum, tepung ubi, tepung jagung dan serbuk koko.
4. Masukkan cip coklat dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut.
5. Canai dan terapkan mengikut citarasa.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C-190'C selama 20-25 minit atau sehingga menjadi kekuningan.

INFO : Pastikan mentega disimpan pada suhu bilik sebelum dipukul bag memudahkan ia menjadi lembut.

Saturday, June 27, 2015

BISKUT COKLAT GELAP BERKACANG

BAHAN-BAHAN :

220gm mentega
220mml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
200gm gula perang halus
200gm gula kastor
750gm tepung gandum
250gm serbuk koko
300gm coklat chip
200gm cincangan badam
1 biji telur
15ml susu segar
5gm krim tartar
5gm serbuk penaik
5 ml esen vanilla

CARA :
1. Pukul mentega bersama minyak jagung, gula perang, gula kastor, esen vanilla dan telur hingga kembang.
2. Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, serbuk koko, krim tartar dan serbuk penaik. Ayak dan tuang ke dalam adunan.
3. Masukkan coklat cip dan cincangan badam. Kaup balikkan sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Tutup mangkuk berisi doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Keluarkan. Ambil sudu kecik dan sendukkan doh ke dalam dulang pembakar (seperti membuat drop cookies)
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180'C-190'C selama 18-20 minit atau hingga biskut masak.

INFO : Penggunaan krim tartar menjadikan biskut lebih kenyal dan cantik.

Thursday, June 25, 2015

BISKUT MILO MUESLI

BAHAN-BAHAN :
200gm marjerin
200gm tepung jagung
80gm tepung kastard
70gm gula kastor
30gm milo
1 biji kuning telur
5ml esen vanilla

CARA-CARA:
1. Pukul marjerin bersama gula kastor sehingga lembut
2. Masukkan esen vanilla dan kuning telur. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung jagung, tepung kastard, milo dan muesli.
4. Uli menjadi doh yang lembut.
5. Canai dan terap mengikut citarasa. Sapu sedikit putih telur.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190'C-200'C selama 20 minit atau hingga keperang-perangan.

INFO : Muesli merupakan bijirin yang kaya dengan serat dan mengenyangkan.

Sunday, June 21, 2015

BISKUT OREN BUTTERSCOTCH

BAHAN-BAHAN:

250gm mentega
200gm tepung ubi kentang
120gm tepung gandum
80gm gula perang lembut
60gm tepung kastard
30gm butterscotch chip
5ml pes oren
1 biji oren - diparut kulit
Manik gula
Butterscotch chip - dicairkan untuk hiasan

CARA-CARA:

1. Pukul mentega bersama gula perang, parutan kulit oren dan pes oren sehingga lembut.
2. Masukkan tepung ubi kentang, tepung gandum dan tepung kastard.
3. Masukkan butterscotch chip dan uli menjadi doh yang lembut.
4. Bulat-bulatkan doh dan tekan menggunakan garpu.
5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190'C atau 200'C selama 15-20 minit
6. Setelah biskut sejuk, hiaskan dengan butterscotch chip yang dicairkan dan manik gula.

INFO : Penggunaan kulit oren yang diparut adalah untuk memberikan rasa yang lebih enak terhadap biskut.

Sunday, May 24, 2015

RESEPI : KENTANG GORENG OAT BERKARI


Assalamualaikum dunia....
Short entry! Short Entry!
Haaa...
Ini resepi namanya - APA PUN BOLEH-
Asalkan boleh dimakan dan kenyang.


Bahan-bahan:
Kentang 2 biji.
Tepung gandum+tepung beras
Oat
Telur sebiji
Serbuk kari
Daun kari (Kalau nak letak)
Garam



Aku makan ni sambil gigit cili api. Perghhh!!!
Berdesing telinga.
Mata berair, hidung berhingus.


Cara nak buat:
  1. Kupas kulit kentang. Tak nak kupas pun tak pe. Tapi basuh bersih-bersih kulit tu.Berus pun tak apa.
  2. Lepas dah basuh kentang, potong at least 4 secara vertikal. Aku suka potong 8. Nipis skit. Garing dan rangup dimakan.
  3. Dalam bekas plastik yang bertutup, campurkan oat,garam dan serbuk kari.Shake it!
  4. Bancuh batter tepung. Aku guna nisbah 1 tepung gandum:1 tepung beras. Kalau ada tepung magic yang goreng jadi macam KFC tu lagi senang.
  5. Pecahkan telur.Kacau.Celupkan kentang dalam telur,kemudian celup dalam adunan tepung.
  6. Campakkan dalam bekas bertutup yang ada oat tadi tu. Goncang kasi rata dan sebati. Jangan lupa tutup bekas tu. Berterabur pulak kang....Haru!
  7. Goreng.
  8. Siap dimakan. Bila-bila masa dan di mana jua.
Kenapa aku guna 2 kentang je? Sebab benda berminyak macam ni buat aku senang muak. Bleerrgghh!!
Tak boleh makan banyak-banyak.
Benda ni senang je nak buat.
Kacang mamak senang.
Selamat mencuba
Chiao!





Thursday, October 30, 2014

JOM CUBA10 CARA MUDAH UNTUK BERJIMAT WANG.- BAHAGIAN I

Assalamualaikum....

"Sesungguhnya seseorang apabila sedang berhutang ketika dia berbicara biasanya berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya," (HR Bukhori).

Nak kahwin...Nak ada anak-anak....Nak beli rumah...Nak pergi Haji...
Semua orang nak benda yang sama.
Tak lama lagi kita semua akan mengalami pengalaman dengan GST yang gantikan SST.
Huih!
Macam mana effectnya kat aku eh?
Lagi penting, apa effectnya pada rakyat marhaen lain.
Harap-haraplah POSITIF!
Lately, memang aku suka dengar perkataan tu.
Tak kiralah sekalipun kena "kencing" dengan "ketua",aku tetap nak jadi positif.
Hidup jangan mudah mengalah.
Ish!
Time-time nak rasa semangat ni lah tetiba nak ambil inspirasi dan semangat cerita drama Jepun.

Jap lagilah layan cerita Jepun.
La ni,nak kasi nasihat dekat diri sendiri macam mana dengan perlahan-lahan amalkan 10 tips ni.
Ini tips bukan aku saja-saja buat hatta menciptanya sekalipun.
Aku ambil dari imoney.com.
Dekat website tu banyak tips ajar kau jadi cemerlang bab-bab pengurusan kewangan ni.
Bagus lah untuk kau dan aku yang baru nak mulakan hidup.
Nak bayar bil lagi,beli baju lagi,beli makanan lagi,dan lagi dan macam-macam lagi.

Aku selalu nasihatkan diri aku sendiri yang duit aku dapat tu bukan duit aku.
Amanah dari Allah.Sebahagiannya rezeki orang lain.Jangan khianat guna untuk membazir.
Kau dan aku pastinya tak suka digelar "PENGKHIANAT".
Phui!
Agak kasar sikit bahasa hari ni.
Hehehe....
Insya-Allah...
Dari seorang kaki boros shopping online/offline,kita sama-sama kaji sikap kita untuk beringat demi masa depan.

Baiklah.
Mari kita tengok apa benda tips yang 10 tu:

1- PUTUSKAN SEGALA HUBUNGAN DENGAN TV KAU.

Eh.
Jangan kau kata tak mampu nak buat tips pertama ni. Ini baru yang pertama. Dah kau bagi macam-macam alasan.
Jangan kata tak logik.
Kau mampu sebenarnya.Nak tengok 'Suamiku Encik Sotong?'
Tak pe.Sebulan lepas episod last ada lah tu dekat You Tube.
Tak pun,kau suruh sesapa rekodkan untuk kau.Hehe...Kira main tak aci la dengan stesen TV tu.
Eh,dah bayar.Sukati le.Gitu.....
Sebab apa aku cakap macam tu.
Sebab kakak aku "tanpa sengaja" dia dah tak langgan dah Astro.Rasanya Astro je yang sediakan perkhidmatan siaran berbayar ni khen?Ke ada selain tu.Tak pasti...
Dia tak nak sambung bayar sebab dia rasa anak-anak dia jadi lagha dengan TV.
Lagipun yang sulung nak UPSR.
Syabas!
Atas usaha membendung anak dia daripada tengok rancangan kanak-kanak yang tak berapa nak semenggah.
Jadi pasif, tak kreatif. Balik sekolah terus tengok TV. Channel kartun. Sampai Maghrib.
Jadi, dia buat keputusan potong Astro,langgan Unifi.Dapat percuma Hypp TV.
Jimat sekurang-kurangnya RM50.Atau lebih.Aku malas nak bagi detail.Tapi,memang bagus untuk kewangan keluarga.
Walaupun tak banyak pilihan rancangan, dia tak kisah pun.
Mula-mula memang anak-anak dia rasa bosan. Tapi, lama-lama tak ada masalah.
Tak penting pun.Yang pasti siaran tak berulang-ulang.
Hehehe...
Lagipun,lepas tak ada Astro tu anak-anak dia suka bawak balik idea mainan baru dari sekolah.
Sekurang-kurangnya tak adalah nanti dia buat profile:
Nama: Abu
Umur: 10 tahun
Hobi saya:Menonton TV.
Ceh!
Tak proaktif sungguh.

2- JEJAK PERBELANJAAN KAU
Aku masih ingat masa sekolah dulu, cikgu aku ada bagi jadual macam mana nak kumpul duit dan ajar aku pasal 'Money Flow'.
Masa kanak-kanak aku tak ambil berat pasal benda tu. Bagi aku, cukuplah mak bagi aku 50 sen,pandai-pandailah aku guna nak buat apa.
Pergh!Budak-budak sekarang boleh dapat apa je dengan 50 sen?
Dapat air sirap segelas dengan karipap sekeping mungkin.
Dulu aku boleh dapat nasi lemak telur rebus lagi 30 sen, kuih seposen,air sirap segelas.
Sekurang-kurangnya sekarang nak kena bagi RM 2 untuk budak-budak sekolah sekarang ni.

Tapi,dah sekolah menengah dan menetap dekat asrama memang aku kena jaga sikit perbelanjaan aku.
Huuuu....
Nasib baik dewan makan ada.
Jadi,aku guna la apa cikgu aku ajar pasal cara menabung.Hehe...
Sama lah masa masuk universiti.
Bagus betul aku. Sampai sekarang aku boleh 'tahan' diri aku dari beli benda yang tak sepatutnya semata-mata nak memenuhkan nafsu hidup bergaya aku.

Sekarang ni dah macam-macam apps boleh tolong kau track semua perbelanjaan kau. Salah satunya Expense Manager. Free je nih. Untuk OS android.iOS x pasti.Untuk permulaan aku rasa tak payah canggih-canggih sangat.
Cukup sekadar kau tahu duit kau ke mana, dan dari situ kau tentukan nilai perbelanjaan bulanan dan berapa nak simpan setiap bulan dan kat mana nak kena berjimat.
Contoh:
1/3 gaji kau guna untuk teruskan hidup dan untuk kecemasan.
1/3 gaji kau guna untuk expenses lain macam bil-bil dan lain-lain.
1/3 gaji kau buat menabung ke...melabur ke...
Lagi senang kau beli ledger book tak pun kau pakai je Excel.
Aha!
Lagi senang. Gaya otai mak-mak kita dulu-dulu. Anytime boleh refer.Hehehe...

Contoh rekod perbelanjaan

3- NAIKLAH PENGANGKUTAN AWAM SELAGI TAK MEMBEBANKAN

K.L aku rasa dah buat promosi berbasikal ke tempat yang dikehendaki.
Keberkesanannya?Tak pasti.
Aku tak hidup kat K.L.Beriadah?Mungkin.
Shah Alam pun dah pelan-pelan buat trek basikal. Tapi cuma kat sesetengah seksyen je. Seksyen 19 tak ada lagi setakat ni.
Mungkin paling ramai aku pernah tengok orang gi kerja naik basikal adalah kat Putrajaya.
Tak ada lah ramai.Dalam 5 orang je kot..Tak ingat.

Kalau kau rasa tak mampu nak beli basikal, apatah lagi berbasikal ke tempat kerja memandangkan keadaan di jalan raya tak berapa menggalakkan orang untuk berbasikal, apa kata jadikan pengangkutan awam sebagai pilihan pertama kau dan aku nak ke tempat kerja.

RON 95 baru je naik 20 sen.Haaa...apa lagi.Pengangkutan awam adalah pilihan yang terbaik untuk berjimat.
Confirm berganda-ganda bezanya naik kenderaan sendiri (kalau ada lah).
Cuma....
Kadang-kadang 1/2 dari kita semua malas nak habiskan masa menunggu dan bersesak-sesak nak naik pengangkutan awam.
Tak ape...bersusah dulu,senang kemudian.
Cewwwahh!!

4 - KURANGKAN PENANGAN TEH TARIK/KOPI DI KEDAI MAMAK

Aku tak minat sangat teh tarik. Cuma suka minum kalau aku stress.
Jadi,tak ada masalah bagi aku di situ.
Engkauorang yang suka melepak dekat mamak sebelum masuk kerja,bolehlah amalkan tips
bancuhsendiri-tehtarikkau-simpandalamflask-supayapanassampaikepetang.
Ceh!
Rasa tak sama macam mamak?
Belum cuba belum tau.
Dekat kedai runcit tu ada jual serbuk teh tarik 888 yang selalu aku beli kalau nak kenduri.
Murah je.
Tak cecah RM 10.
Teh+Susu pekat manis+air = Stok sebulan lebih kurang
Kalau dekat mamak teh tarik sekarang RM1.20.
Gila kau!
Sehari minum pagi RM1.20.Kalau 10 hari?Boleh dapat bekalan teh tarik sebulan buatan sendiri.
Leceh?Tak sempat?Renyah prosesnya?
Tak apa...Lipton pun ada uncang teh tarik.
Cuba dulu der...rasakan kesannya masa hujung bulan.Confirm kau recommend kat orang lain.
Aku?
Minum air masak je pagi-pagi.Sunnah Rasulullah..
Hehehe....

5- BAWA BEKAL MAKAN TENGAH HARI

Ini satu lagi petua yang bagus untuk berjimat.
Sekarang ni kalau makan tengah hari dekat area Kota Damansara,beli dekat mak cik jual nasi campur pakai trak- mungkin boleh mencecah RM 6-7 sekali makan.
Nasi+sayur+ayam/ikan.
Itu dari kedai tepi jalan. Belum lagi restoran sebenar.Mesti nak kena beli air sirap sejuk segelas.
Kalau kau nak makan sedap-sedap bagi aku tak ada masalah.
Duit kau,sukati kau nak buat apa.
Tapi,dengan berjimat bawak bekal pergi kerja hari-hari kau sekurang-kurangnya boleh jimat sampai 50% perbelanjaan asal kau sebelumnya.
Lagi bagus untuk golongan yang nak berdiet secara sihat. Macam aku.
Kalau sebelum ni duit makan RM150,kau dah jimat RM75. Kalau tak tau nak buat apa dengan duit belen tu,kau boleh melabur saham akhirat.Gi derma kat sapa-sapa yang memerlukan.
Kalau sebelum ni rasa macam tak cukup nak bagi derma,ni salah satu caranya kau rasa nak menyumbang kat masyarakat.
Contoh menu bekal makan tengah hari. Untuk seisi keluarga pun sesuai.

Nasi + Masak macam-macam menu + Ulam (ringkas dan berkhasiat)/Sayur + sambal belacan stok sebulan + Buah-buahan.

Pergh!
Semua kelas makanan cukup.
Contoh menu ringkas:
Sup ayam, telur masak sos masam manis, ikan goreng rangup, roti grill dengan cheese+ham,spaghetti,pasta,mee goreng telur mata,dll.
Maaaaacam-macam kau boleh masak.
Penuh kasih sayang dan doa kepada Allah lagi.
Semua bahan tu kau boleh siapkan dari malam atau hujung minggu sebelum tu.
Beli kat kedai mana dapat bonus kasih sayang.
Jangan pulak kau datang kerja lambat sebab buat bento.


Fish bento box lunch by Hawaii's Bento Box Cookbook



P/S: Kalau nak berjimat, jangan pulak jadi kedekut.Macam kuda..

Friday, June 6, 2014

SENI MAKANAN KATANYA....



Pohon nipah di tengah laman,
Pelepahnya gugur, diganti baru ,
Penat  masak aku nak makan,
Aip,aip!Jap,ada orang nak selfie dulu.


Ewah...berpantun pulak.
 Kadang-kadang inilah sikap seseorang. Sebelum makan,mesti nak ambik gambar dulu. 
Contoh terbaik,kat bawah ni. Adoyai....apakan daya, ikutkan saja perangainya. 
Walaupun makanan secuit cuma, tapi dek diikutkan trend semasa,tempe bilis bersalut kicap pun jadi la...
Seni makanan katanya....Nak kata selfie pun, muka tuannya malu nak tunjuk...
Stay in the bushes la...apalah...banyak alasan sungguh..
Seni ke ni?
Seni tahap ko je lah minah karan ooii....
He3...

Jadi?Awak-awak semua suka berselfie?Selfie makanan?Selfie baju?



Minah karan kata...
ko letaklah resepi aku...boleh jadi glemer kejap.
Hahahahahahahahahaha!!!
Lawak giler...
Perasan sungguh!
AKY cakap kat dia...
Setakat bilis,kentang&tempe goreng,bawang besar,bawang putih dengan cili api. Letak kicap sesedap rasa dan garam.....
Tak yah bagitau resepi pun orang dah boleh teka daaa.....
Hehehe...



Pssstt....Ada ke orang makan nasi dengan sos keropok lekor macam kat atas?

Jangan malu, jangan segan!




Tuesday, June 3, 2014

PENGURUSAN SUSU IBU - PANDUAN MENYIMPAN SUSU IBU

PANDUAN PENYIMPANAN SUSU IBU
SUHU
TEMPOH PENYIMPANAN
SUSU YANG BARU DIPERAH/PAM
BILIK YANG BERHAWA HANGAT
27°C-32°C
3-4 jam
SUHU BILIK
16°C-26°C
4-8 jam (ideal: 3-4 jam)
DISIMPAN DENGAN PEK AIS
15°C
24 jam
SUSU YANG DISIMPAN DALAM PETI SEJUK (simpan di bahagian paling belakang, jauh dari pintu)
PETI SEJUK (SUSU SEGAR)
0-4°C
3-8 hari
(ideal: 72 jam)
PETI SEJUK (SUSU YANG PERNAH DINYAHBEKUKAN)
0-4°C
24 jam
SUSU SEJUKBEKU (jangan bekukan semula! Simpan di bahagian belakang sekli jauh dari pintu)
BAHAGIAN SEJUKBEKU UNTUK PETI SEJUK 1 PINTU
Pelbagai
2 minggu
BAHAGIAN SEJUKBEKU UNTUK PETI SEJUK  2 PINTU
<4°C
6 bulan
SEJUKBEKU KHAS YANG BERASINGAN
-18°C
12 bulan
(ideal: 6 bulan)
Panduan ini hanya untuk susu yang diperah/pam untuk bayi yang sihat. Jika bayi mempunyai sakit yang kronik ataupun ditempatkan di hospital, bincang dengan doctor untuk panduan penyimpanan yang sesuai.



  1.  Untuk mengelakkan daripada pembaziran dan memudahkan proses nyahbeku dan memanaskan susu, simpan susu dalam kuantiti bahagian 30-120 ml.
  2.  Letakkan tarikh di botol sebelum disimpan untuk penyemakkan.
  3. Susu yang dipam pada waktu/hari yang berlainan boleh dicampurkan dalam satu bekas – gunakan tarikh susu pertama diperah sebelumnya.
  4. Elakkan menambah susu yang hangat ke dalam bekas bekas susu yang sebelumnya telah disimpan dalam peti sejuk ataupun susu beku – sejukkan susu baru sebelum dicampurkan bersama.
  5. Susu badan tidak rosak melainkan ia mempunyai bau yang masam atau rosak dan berasa masam.


Untuk menyahbeku/mancairkan susu

  1. Cairkan secara perlahan dalam  bahagian  peti sejuk bawah ( ia mungkin mengambil masa selama 12 am – cuba letakkan susu di dalam bahagian peti sejuk  malam sebelum susu hendak digunakan)
  2. Elakkan susu dibiarkan di luar pada suhu bilik untuk mencairkan nya.
  3. Untuk proses yang lebih cepat, letakkan botol susu di bawah air yang mengalir – mulakan pada suhu yang sejuk dan secara berdikit tukar pada suhu yang lebih panas.
  4. Susu yang dibekukan sebelumnya boleh disimpan di bahagian peti sejuk yang biasa tetapi jangan dibekukan semula.



Untuk memanaskan susu
  1. Panaskan air di dalam cawan kecil, kemudian letakkan susu beku di dalam air panas tadi
  2. Gunakan pemanas botol (boleh beli secara online atau di kedai bayi)
  3. Jangan sekali-kali menggunakan ‘microwave’ untuk memanaskan susu badan manusia atau panaskan secara terus di atas api dapur.
  4. Krim lemak susu akan terapung di atas susu sewaktu proses penyimpanan. Secara perlahan-lahan buat arah pusaran (JANGAN GONCANG) untuk dicampurkan bersama susu dibawahnya dan  periksa suhu susu sebelum berikan pada bayi.
  5. Jika bayi tidak menghabiskan susu dalam sekali berian susu, ianya mungkin selamat untuk simpan semula dalam peti sejuk dan berikan semula 1-2 jam sebelum dibuang

Pandangan di atas adalah dari KellyMom

Untuk mengetahui produk yang sesuai untuk menambahkan susu ibu...jangan malu,jangan segan!






Friday, April 25, 2014

EKSPERIMEN DAPUR #1 : BISKUT MENTEGA KACANG (TANPA TEPUNG)


credit to: soudersstudio



Masya-ALLAH!!!Senangnyaaaaaaa!!!Mai-mai!Hamba ALLAH sekalian.Jom buat jamu orang.Dapat pahala,dapat kegembiraan.
CARA-CARA & BAHAN-BAHAN:
Panaskan oven pada 150 C.
2 telur
2 sudu makan vanilla ekstrak
2 cawan gula 
2 cawan 'chunky peanut butter'/mentega kacang 'berkacang' (ha3...tak tau mcm mana nak explain)
Cip coklat ikut suka berapa banyak nak letak.
*Mula-mula,campurkan semua bahan sampai rata dan cun!Dah cun-melecungebucomel,masukkan cip coklat pula.
*Kemudian,ambil satu sudu penuk campuran bahan tadi tu,dan susun atur kemas-kemas dalam dulang pembakar. Tak payah letak 'grease' dan minyak sebagainya.
* Bakar pada suhu 150C selama 15 minit.
* Dah nampak ala-ala dah masak,keluarkan dari oven dan tunggu 2-3 minit sebelum sejukkan atas rak biskut (kalau ada,kalau x ada,biar je dalam dulang)
*Pilihan nak sejukkan dalam peti ais lepas dah sejuk betul2 kat luar ataupun boleh je terus Ngap!

Jangan malu,jangan segan! 


MAKANAN COMEL HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

ASSALAMUALAIKUM....

Hari Kanak-kanak Sedunia bila eh?
Rasanya tiap-tiap hari Sabtu pertama bulan Oktober.
AKY tak pernah la pulak nak menyambutnya. Cuma suka tengok aktiviti-aktiviti menarik budak-budak buat masa sambut hari tu.

Tahun ni macam nak try sambut dengan anak sedara plak.

TEMA: MAKANAN COMEL

Tapi,kita kena cari idea dulu nak buat makanan comel dan sedap ni. 
Budak-budak kalau buat makanan,jadi comel je....

credit to: itsafabulouslife

Macam sedap je buat ni.Nak lagi sedap letak coklat syrup.Budak-budak.....Macam-macam boleh jadi idea dengan mini pancake ni.Yum!Yum!

credit to: lovefromtheoven

Haaaaaaaaaaaaaa!!!!!Ni lagi seronok dan senang nak buat.Bebudak pun suka.Boleh jadi ala-ala pastry chef tak pun dessert expert.Ha kau!Kalau buat ni berapa batang la boleh siap...Alahai...jangan coklat tu belum keras dah di-Ngap!nya...

credit to:cutefoodforkids

Hahaha!Yang ni boleh buat eksperimen dengan character.Pakai cheese slice je.Lepas tu yang warna oren tu boleh buat pakai kreativiti memasing.Seronok!Seronok!Eh,lebey plak....he3

credit to:embrace my space

Haha!Ni lagi senang.Tak payah renyah-renyah kat dapur.Biskut ready made lukis misai dengan icing.Simple yet fun!

credit to: minimocha

Yang ni comel lagi mengenyangkan. Mini sandwich bulat.Budak-budak yang tak suka makan pun boleh jadi berselera apa,kalau makanan menarik macam ni.Haha!Mesti cuba!

Tu je lah yang AKY rajin nak menguploadnya.Kalau nak cari idea lagi,klik je dekat link yang dah di bagi tu. Kat situ boleh dapat thread untuk maaaaaaaaacam-macam lagi idea.Best2!Kalau dah try buat meh le kongsi sesama gambar.Post dekat FB : Anak Kak Yah

Jangan malu jangan segan!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...