Showing posts with label CERPEN. Show all posts
Showing posts with label CERPEN. Show all posts

Monday, September 7, 2015

MAK OOO MAK!!

MAK OOO MAK....

Ya Allah...rindunya kat mak.al-fatihah buat mak.

Assalamualaikum...

Aku jenis pelupa.Aku syak sebab rabun.Jadi,proses nak ingat semula tu kadang-kadang lama sikit.ha3...
Ingatan manis antara mak ngan aku:

Mak hantarkan makanan untuk aku makan dlm bilik hujung sebab Anuar datang.Mak jemput je dia masuk..Mak memang hati baik.semua orang tahu.Mak bagi dia makan.he3...Mak takut sebab dia datang tanya 'xxx (nama penuh aku) ada?'
He3...masa tu awal pagi.Aku belum bangun.Aku rasa kejadian ni masa aku tingkatan 2.Aku pun tak faham sebenarnya kenapa mak tak bagi aku keluar jumpa Anuar tu.Mungkin aku dah jadi seorang ibu nanti faham kenapa.Lagipun masa mak kejut aku tu,mak ketuk tingkap dari luar rumah...he3...Comel je.

Aku belum bangun tidur.Aku ingatkan mak nak marah macam selalu sebab bangun lambat.Tapi,mak dengan suara suspennya bagi arahan kat aku jangan keluar bilik.Aku tanya kenapa?
Mak dengan muka gugup campur nak gelak bagitahu Anuar ada kat ruang tamu.Aku pun oklah.Intai sikit balik pintu.A'ah.mmg dia pun.Tengah makan nasi.Mak bagi makan...

Tiba-tiba tengah termenung tunggu anuar balik,ada orang ketuk tingkap lagi.Mak!he3..
Mak datang bawa sepinggan nasik kot...x ingat.sekali ngan lauk.Aku cakap,mak nk buat apa ni?Mak ckp...'Ko makanlah.Dia lama lagi tu.'Masa tu aku tak rasa pape.Cuma aku pelik je,sbb mak sanggup hantarkan makanan.Padahal aku x lapar pun.Yelah...dah bangun lambat,nak lapar amendenya.Bukan pergi buat kerja berat pun...Lepas tu,boleh je aku nak pergi dapur ambil makanan sendiri kalau tetamu dah balik.
Aku ni jenis suka makan.Bayangkan kalau makanan dah terhidang memang aku suka.Tapi masa mak bagi aku makanan tu,aku tak makan sangat pun.Tetiba masa mak dah pergi dari tingkap tu,aku rasa terharu.Terharu sebab mak susah-payah berjalan dari dapur bagi aku makanan lalu tingkap.Entahlah dari dapur ke bilik tu hujung rumah ke hujung rumah.Jauh....Tsk!!
Mak susah payah nak pass makanan kat aku yang bangun lambat macam anak dara pemalas.

Masa tu ingat lagi mak dengan pakai tudung ikat tengah.Rambut mak yg penuh uban ada terkeluar sikit-sikit.he3....
Comel je mak.Masa tu aku termenung dan termonolog sekejap.Dalam hati aku,aku terfikir...'Walaupun aku dh besar pnjang,dah boleh pikir sendiri,dah boleh berdikari,dah boleh masak ngan ambik makanan sndiri,mak tetap seorang mak yang melindungi anak-anak dia tak kira macam mana pun...'.masa tu aku rasa bersalah sebab x bangun tolong mak masak,sapu rumah,sapu laman rumah...tugas sebgai seorang anak.masa tu aku rasa mcm manusia paling tak berguna.aku malu dgn mak. selama ni aku buat bodoh je kalo mak marah sebab bgn lmbt.Kononnya nak balas dendam tak cukup tidur kat asrama. Bagi aku itu semua bull**it! Tapi tu first time aku malu ngan mak dan diri sendiri.😿
Lepas tu...Anuar dah balik.Aku keluar bilik.
Aku ngan mak ketawa-ketawa.
Aku tanya kat mak,"nape tak bagi orang keluar mak?"
"Ish!takut mak.Dia datang-datang tanya ko.Mak cakap ko takde.Belum balik asrama.Lepas tu dia masuk rumah tengok TV.Takutlah mak sebab dia tanya pasal kau.Jadi apa2 kang....'.
Aku sengih2 pandang mak.
Mak ketawa balik tengok aku.
'Terima kasih mak!!!

P/S: Anuar seorang budak yang istimewa untuk kami kawan-kawan dia.Cuma,dia ada kekurangan sikit. Orang kampung kata sebab dia demam panas masa kecil.Apa khabar agaknya dia?

P/S 2:Mak aku seorang ibu tunggal yang sangat melindungi anak-anak dia walaupun dia tak tunjuk.Seorang perempuan yang berhati cekal dan tabah dan tak gentar dengan apa-apa cabaran walaupun kadang-kadang hati dia terusik dengan kedangkalan anak-anak dia. Semoga roh mak dan abah dicucuri rahmat.Al-fatihah....

Sunday, April 12, 2015

AKU MENGAKU AKU TAK PANDAI MENULIS


Assalamualaikum...
Seingat aku kali terakhir aku pergi Pesta Buku dekat PWTC masa tahun 2011.
Kalau aku pergi sana mesti aku pergi bahagian komik dulu.
Ah! Pedulik! 
Walaupun dekat situ boleh dikatakan 90% belia muda remaja.
Mana lagi nak cari edisi-edisi terhad majalah Gila-gila, Apo, dll. Edisi terhad majalah komik lain dengan harga cun.Heh!
Lepas tu baru pergi bahagian keluaran buku ikut negeri. Belah Utara paling aku suka.
 Hidup Selangor! Eh?

Ramai orang tak tahu sebenarnya banyak penulis-penulis yang bagi aku, aku suka gaya penulisan penulis-penulis ni yang suka kaitkan penulisan mereka dengan keadaan dan suasana asal-usul mereka. Barulah aku boleh bayangkan kehidupan orang lain dari sudut pandangan ikhlas bukan khayalan semata-mata. 

Aku tak akan berpura-pura berhati penuh sukacita pergi dekat bahagian fiction ngan non-fiction punya bahagian konon-konon nak beli buku paling ilmiah dengan harapan nak baca dekat rumah.
Konon...
Sebab aku dah pernah buat perangai macam tu. Memang ahzab nak menghabiskan bahan bacaan setebal kamus yang mana sinopsis lebih seronok untuk dibaca berbanding cerita sebenar. 

Good Marketing!

 Dengan tagline 'Laku Keras sehingga 200,000 unit', 'Penulis Berbakat Alaf Ini', 'Anda Ketinggalan Jika Tidak Membacanya'-(hanya menyebut beberapa)-:)
Siapa tak terliur nak membelinya kan?
Itu aku...
Aku masih ada baki buku tak habis baca pun. Buku-buku yang boleh je aku cari kat luar dari Pesta Buku. Kadang-kadang lagi murah ada.
Aku memang tak akan cari novel-novel cinta Melayu yang ada atau tengah hot dekat pasaran.

Bukan sebab aku rasa novel-novel tu tak bagus. Cuma idea penulisan dah terlalu lapuk. Tak fresh. Tak berkembang sejak dari zaman aku pandai membaca lagi. 
Tak ada masalah kalau memang minat membaca karya macam itu. Macam akak aku.
Kadang-kadang aku tumpang sekaki gak.

Tak ada hal...

Novel cinta Melayu pertama yang aku berjaya habiskan masa aku darjah 4. Tiga Wajah karya Lamia Aimal terbitan Creative Enterprise.. Tebal gilooo!! 
Tapi seronok aku baca. Sampai tak mandi 2 hari. Sebab takut kakak aku curi baca masa aku mandi. Phui! Bau hangit!

MUNGKIN TAK BELI KOT...
Sebab?

1- Akak aku memang akan beli APA SAJA novel cinta Melayu yang hangat di pasaran. Jimat di situ. Mungkin...Mungkin kalau aku tiba-tiba ada masalah tidur, aku akan cuba jugak baca novel-novel macam tu. Mungkin je yer...Mungkin....Qada' dan Qadar kita tak tahu.

2- 'My money doesn't belong to those cheap trash'-Anonymous.
 Ini terlalu kejam. Aku kasi lembut sikit. 'Duit aku untuk beli jajan' - AnakKakYah.

3- Jalan cerita terlalu tipikal. Tipikal penerangan dalam Bahasa Melayu apa? 

4- Kadang-kadang buat aku rasa macam Deja Vu. Macam pernah ku baca buku ini, tapi di mana ya? Untuk 2 buku yang berlainan penulis dan tajuk.

5- Plot penceritaan kadang-kadang tak ada pun klimaks. Tak ada keterujaan pun dekat situ. Mendatar. Tau-tau dah jatuh cinta balik,kahwin dan terus bahagia dapat anak. Dongeng sedikit di situ.

6- Elemen wajib novel cinta yang aku tak berapa gemar - Lelaki/Perempuan anak orang kaya, pasangan dia orang miskin. Watak mesti kena anak Dato', tak pun Tan Sri.Kahwin paksa atau kahwin kontrak (ini harroomm). Cinta 3 segi dengan kawan baik sendiri. Watak utama yang kadang-kadang terlalu lemah. Watak mesti nak cun melecun, kadang-kadang kacukan Pakistan dengan Sepanyol dapat Melayu ala-ala Jason Godfrey tak pun Marian Rivera. Huh!

7- Nama mesti nak canggih. Tak pernah aku baca watak utama nama Karim. Karim mesti bapak dia atau watak jahat. Hahaha! Maaf Karim!

8- Mesti ada Syarikat Holdings dan sebagainya. Paling ketara Construction company. Cubalah buat watak utama anak tauke kain ke...tauke sawit ke...

9- Huih...panjangnya! Last..Yang ni last. Adegan hospital. Kau sakit, aku sakit. Ko eksiden,aku pun eksiden.Keh3...

Novel cinta Melayu terakhir yang berjaya aku habiskan - 
Gadisku Wan Adnin - Noor Suraya
Puitis dan sinis ko...


Tengah mencari Novel cinta/tak cinta Melayu lain yang memberikan sentuhan segar dan rasa ikhlas bila membacanya. Perghh!! Macam good-good..

Sebenarnya aku dari tadi tak berhenti gelak. Kelakar dengan gambar bawah ni. Inilah bahana dari banyak sangat 'picisan-picisan' di pasaran. Mungkin yang buat ni dia pun rasa kelakar. Bagus ni untuk hilangkan tekanan. Aku mula gelak dari no.5 ke bawah. Hehe...



Sumber


Mungkin dia geram sebab adanya novel-novel sebegini ( foto bawah) yang terbuka luas untuk diakses kanak-kanak, remaja dan akhirnya akan cuba diangkat sebagai karya adaptasi ke TV.
Mainstream!
 Berlonggok depan TV maghrib-maghrib tengok cerita yang.....!@#$%
Agak lucah kat bawah ni. Kahkahkah!
Fokus tang ketiak tu.
Bleerghh!!


Sumber
Atau dia dapat tahu, pasal Bestseller ni...



Spekulasi je eh...Spekulasi. Bukan fakta.
Hahaha...Selamat bergembira duhai insan semua. 


P/S: Just my two bits. Trying not to be skeptical. Chill!

Sunday, November 30, 2014

KAPCHAI MENJELANG 2020

'Hujan rintik-rintik,
Air bergelombang,
Emak kasi duit,
Suruh pergi sekolah'.....

Sneijder  memerhatikan anak bongsunya leka bergurindam. Hari itu dia tidak bekerja.
Bukan kerna culas.Bukan juga kerana Mercedes Benznya buat hal....
Cuma...isterinya perlu dihantar ke klinik desa berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan.
Bulan 12 tahun ini mungkin Sneijder akan dikurniakan seorang lagi Khalifah di bumi Allah ini.
Syukur dipanjatkannya kepada Yang Maha Penguasa seusai solat dan di mana-mana sahaja jika fikirannya terdetik sejenak mengakui kebesaran Allah.

Pagi itu fikirannya sedikit kusut.Sudah masai agaknya kalau fikiran itu boleh dizahirkan.
Semalam, sewaktu mahu membeli susu untuk anaknya.Sedang dia membelek-belek membandingkan harga susu yang makin hari makin mencekik darah. Niat di hati mahu mencari yang paling murah. Tapi, semuanya seakan-akan bukan harga murah. Mungkin boleh digunakan istilah mampu milik. Mampu milik tak semestinya murah.

Dia menghela nafas panjang.Seakan mendengus.
Bukan mengeluh.Bukan menyesal dengan nasibnya.
Cuma mencari ruang untuk bernafas dan berfikir.

Tiba-tiba, suara dari televisyen menangkap perhatiannya.
"Oh,PM!"
Sneijder meninggalkan para susu dan berganjak ke tempat televisyen. Mahu didengarnya apa yang berdegar-degar PM berbicara kepada rakyat marhaen.
Mungkin perkara penting. Apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin, bagi Sneijder adalah penting.

"Rugi kalau kita subsidi minyak, tuan-tuan (petani) bawak kapcai... orang di sini pakai Mercedes, kereta besar sekali isi minyak 75 liter... kapcai 7 liter saja, siapa yang untung?Orang kaya yang untung,"

Mata Sneijder terpaku pada kaca TV. Kata-kata PM sebentar tadi berlegar-legar,terngiang-ngiang dalam fikirannya.
Terbayang dalam kepala 'Mercedes Benz' merah berjenamanya itu.
 'Mercedes Benz' EX5-Class dia.
Kenderaan untuk anak dan isterinya.
Itulah...
Itulah dia....

Anak Kak Yah
Batu Pahat
30 November 2014

Thursday, November 20, 2014

ATAP ZINK DINDING BATU



Cekodok ke cengkodok? - CEKODOK PISANG MAT GEBU
"Aaaamiiinnn...."
Iman menjengukkan kepala meninjau ruang depan yang dijadikan ruang solat orang-orang kampung. Usai sudah laksanakan solat wajib terakhir pada hari itu.Imam Ahmad mengetuai jemaah menunaikan solat hinggalah selesainya bacaan doa. Tua sungguh Imam Ahmad. Tapi kudratnya masih ada dan bertenaga untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya menjadi Khalifah Allah di dunia ini.

"Iman!"
Iman menoleh kebelakang. Dilihatnya sebuah talam berisi lauk 'berkat' dihulurkan kepadanya.
"Apa kau jenguk-jenguk tu dari tadi?Ambil talam ni.Letak dekat hujung pintu tu.Senang sikit nanti jemaah nak ambil."arah Cik Leha kepada Iman.
Iman mengiakan sahaja arahan dari Cik Leha. Orang-orang Jawa memang terkenal dengan lauk 'berkat'. Dari mana asal-usulnya tidak diketahui Iman.Sudah menjadi adat orang-orang Kampung Bukit Bakong untuk membekalkan 'berkat' sebagai tanda sedekah dan berterima kasih kepada orang kampung yang sudi datang ke kenduri tuan rumah.Sebagai tanda mendapat keberkatan Allah dari keikhlasan tuan rumah.
Entahlah. Tapi mak pernah cakap,Sebenarnya 'berkat' dibekalkan untuk dijadikan bukti kepada isteri di rumah yang suami mereka memang ke kenduri.Bukan melenong ke tempat lain.

Iman mengambil talam yang telah dihulurkan tadi dan dengan berhati-hati disusun sebelah-menyebelah dengan talam-talam lain yang berisi 'berkat' tadi. Dia mengambil kuih-muih yang telah dibungkus kemas dalam plastik dan meletakkannya di dalam bekas kotak air mineral. Senang jemaah nak ambil.

Malam itu,langit nampak pekat gelap.Guruh kedengaran dari jauh. Mungkin sekejap lagi hujan akan datang. Iman segera bangkit dan berjalan menuju ke dapur. Jemaah sudah selesai makan kudapan dan terus mengambil bungkusan 'berkat'.Ramai yang setelah bersalam-salaman terus keluar untuk pulang ke rumah masing-masing. Mungkin takut ditimpa hujan barangkali. Yang tinggal hanya Imam Ahmad dan beberapa ahli kariah surau yang masih berbual-bual dengan abah. Nampak seperti perbincangan ahli-ahli politik di Dewan Parlimen. Serius sungguh.

Iman mengambil bekas-bekas lauk yang sudah kosong dan menyusunnya di atas singki. Mudah sedikit kerjanya nanti. Sedang dia sibuk melakukan kerja, tiba-tiba bahu kanannya dicuit orang. Iman segera menoleh. Dilihatnya Kak Ani anak Cik Leha tersengih memandangnya.

"Eh,kak!Bila sampai?Dah habis dah pun kendurinya.Hehe,"sapa Iman kepada orang yang dipanggilnya Kak Ani itu.
Kak Ani menyambut huluran salam tangan Iman sambil mencebikkan mulut.
"Baru je sampai.Kau sihat?Tak nampak pun mak kau?"
"Ada kat depan.Tengah susun sofa dengan Abang Jun.Akak dah makan belum?"
"Belum...Eh,jomlah kau temankan aku makan.Pinggan mangkuk ni nanti sahaja kau basuh.Tak banyak pun,"ajak Kak Ani.
"Bolehlah.Iman pun belum makan lagi dari tadi.Akak duduk dulu kat meja makan tu. Nanti Iman cedokkan lauknya".
Kak Ani dengan segera melabuhkan punggungnya di atas kerusi makan.
Sekilas dipandangnya Kak Ani.Sungguh anggun dia malam itu.Selendang biru yang dipakainya menampakkan jambul rambut perang didepannya.Bersolek bak primadona. Bibir merah saga, mata berpembayang biru.Dipadankan dengan warna selendangnya,mungkin.

Iman meletakkan lauk di atas meja. Dia menyuakan sepinggan nasi kepada Kak Ani. Kak Ani segera menuang air sirap ke dalam gelas yang memang sudah tersedia di atas meja makan.
"Jemputlah makan,kak. Mak kata hari ni semua masak pakai resepi Cik Leha. Sedap betul!"
Sengaja Iman memuji Kak Ani dan ibunya. Sebenarnya,Cik Leha yang beria-ia menawarkan diri untuk menjadi ketua rewang pada kenduri hari ini. Mak tak kisah. Asalkan semuanya sempurna dan dapat dihidangkan kepada tetamu.

"Eh,kau tak tahu ke mak aku tu memang handal bab-bab masak ni. Macam aku. Aku pun handal juga. Handal berniaga jelah.Masak tak tahu,"balas Kak Ani sambil mulutnya mengunyah makanan.
Tiba-tiba, Kak Ani terdiam.Dia memandang Iman dengan kening berkerut.
"Kau dah lama kerja dekat Bangi tu,kan?Umur kau berapa sekarang?26,27?Kau bila nak kahwin?".
Bertalu-talu pertanyaan daripada Kak Ani. Tak sempat Iman hendak menjawabnya. Dibiarkan sahaja Kak Ani menghabiskan ayat pertanyaannya.
"A'ah. Kerja lagi dekat sana. Iman baru 24,kak.Kahwin?Tak tahulah.Kalau ada rezeki Allah nak sampaikan jodoh Iman, adalah tu.Kalau tak,kita tawakkal je lah,"balas Iman dengan senyuman.
"Eeehhh...orang perempuan ni mana boleh tunggu saja jodoh dia datang. Jadi anak dara tua la jawabnya kalau tawakkal je tak ada usaha nak pilih lelaki kau suka.Kau tengok aku ni. Dulu ramai yang nak pikat Abang Zack. Tapi, akak habis beratus ringgit nak nampak cantik depan dia. Hari-hari akak bagi dia coklat. Kadang-kadang bagi hadiah walaupun akak tengah sengkek masa tu. Orang lelaki ni, Iman.Kalau kita layan dia elok-elok,tunjuk yang kita hargai dia,dia senang je nak cair dengan kita perempuan ni. Lagi la dulu dia suka tengok akak nampak seksi. Dia kata tak kisah kalau akak nak bergaya macam anak dara lepas kahwin.Tu yang akak sayang sangat dekat dia tu. Dia tak kisah akak nak pakai apa, nak buat apa,nak pergi mana. Akak rasa bebas. Cuma kadang-kadang dia cemburu juga kalau ada lelaki lain pandang akak.Oh,sooo sweeett,"balas Kak Ani dengan bangganya menceritakan kisah silam dia memikat Abang Zack.

Iman hanya tersenyum sahaja tanpa membalas dan mencedokkan lagi lauk ke dalam pinggan Kak Ani.
"Eh, dah-dah.Kau tak payah cedokkan lauk lagi. Aku dah kenyang. Kang gemuk pulak,Abang Zack tak nak tegur Kak Ani berhari-hari,"sengih Kak Ani sambil menghabiskan suapan terakhir. Dia menuju ke singki dan meletakkan pinggan kotornya dan membasuh tangan. Diambil sehelai kertas tisu dan mengelap tangannya.
"Aku tak dapat nak tolong kau basuh pinggan mangkuk nilah,Iman. Kena balik cepat. Abang Zack kata nak ajak pergi tempat lain. Ajak shopping la kot.Maaflah ye".
"Tak apalah,kak.Bukan banyak pun. Kirim salam dekat Abang Zack."
"Yalah,yalah."
Kak Ani menghulurkan tangan untuk bersalam dan terus menuju ke bahagian hadapan rumah. Mungkin nak berjumpa dengan mak,fikir Iman.
Malam itu, kerja-kerja dapur disiapkan Iman sehingga pukul 11 malam. Abah dan mak masih di luar rumah. Menghirup kopi panas sambil berbual kosong. Abang Hadi,Abang Lan dan Abang Jun masing-masing terbongkang kepenatan di ruang tamu. Diluar, hujan lebat menimpa bumi Allah ini. Semoga hujan yang dibawakan ini memberi seribu rahmat kepada penghuni alam.

Iman membawa dulang berisi cengkodok panas ke beranda rumah dan menghidangkannya kepada mak dan abahnya.
"Terima kasih,Iman. Rajinnya anak mak ni. Kau dah makan?" tanya mak dengan penuh kelembutan.
Suka benar Iman melihat senyuman mak. Walaupun wajah mak sudah dimamah usia, kelembutan seorang ibu tetap terpancar di wajah mak. Hilang rasa segala penat kenduri melihatkan sinar muka mak.
"Dah,mak. Tadi,makan dengan Kak Ani,"jawab Iman sambil menghulurkan cengkodok kepada Abah.
"Kamu cerita apa dengan Kak Ani? Bersungguh mak tengok dia bercerita dengan kamu?"
"Tak ada apa-apa. Biasalah Kak Ani tu,mak. Kalau jumpa memang macam-macam dia nak cerita dengan Iman."
"Baguslah. Kamu pun dah lama tak jumpa dia. Dia pun dah jarang-jarang balik rumah Cik Leha. Kalau balik pun, sekejap-sekejap sahaja kata Cik Leha kau. Itupun selalu balik seorang tanpa Zack,"cerita mak sambil menghirup kopi.

Dahi mak berkerut seakan memikirkan sesuatu.
"Semalam Cik Leha ada cerita dengan mak. Dia sedih dengan hidup Kak Ani. Kalau mak cerita ni, kau jangan ingat mak nak sibuk hal rumahtangga orang. Cik Leha dah pesan dekat mak, kalau mak nak cerita,biarlah cerita dengan kau. Perempuan sama perempuan. Kau anak dara. Belum kahwin. Sekurang-kurangnya ada ilmu untuk mengenal persediaan sebelum berumahtangga. Memang jodoh di tangan Tuhan, tapi sekurang-kurangnya kita persiapkan diri kita dengan cabaran-cabaran hidup untuk berkeluarga ni," terang mak bersungguh-sungguh.
Iman hanya menadah telinga mendengar nasihat mak. Secuit pun tidak mencelah. Iman menoleh ke arah abahnya. Masih tenang dan menghirup baki air kopi di dalam cawan sehingga habis.
Iman menoleh semula kepada maknya apabila dia mendengar mak bersuara.

"Zack ada datang rumah Cik Leha 3 hari lepas. Mengaku kesalahan dia dekat Cik Leha dan Cik Kasim. Kesalahan yang dia mengaku dah lakukan sebelum kahwin lagi. Masa tu, Cik Leha tak faham lagi apa yang Zack cuba cakap. Dia minta Zack berterus-terang. Masa itulah Zack mengaku yang dia memang tak cintakan Ani dari dulu lagi. Dia mengaku dah terlanjur dengan kawan tempat dia kerja. Dengan lelaki," mak menghelakan nafas yang panjang.
Aku terkedu. Hampir-hampir tidak percaya. Abang Zack cinta lelaki?Apakah Abang Zack seorang......

Mak menyambung."Zack mengaku yang dia kahwin dengan Ani bukan sebab cinta. Tapi, sebab dia terdesak masa tu. Mak dan ayah dia desak dia segera kahwin. Nak ada pewaris lelaki. Memang mereka mementingkan keturunan. Warisan nama keluarga mereka tak boleh putus kepada anak perempuan. Sangat berharga katanya. Jadi, Zack memutuskan mahu meminang Ani. Keluarga Zack pun suka dengan Ani sebab dia cantik dan pandai lagi. Ani masih tak tahu sikap sebenar Zack. Dia tak berani nak berterus-terang dengan Ani. Takut Ani tak dapat nak terima. Cik Leha kata malam ni Zack akan mengaku segala-galanya dengan Ani," cerita mak dengan panjang lebar.
Tiba-tiba Iman teringat Kak Ani ada cakap Abang Zack nak bawa dia ke suatu tempat. Mungkin Abang Zack mahu buat pengakuan.
Entahlah. Simpati Iman dengan nasib Kak Ani.
"Kau nanti nak kahwin, mak nasihatkan selidik dulu latar belakang orang yang kau pilih nak jadikan suami. Jangan sebab cinta, kau hilang semua fikiran waras. Melayang entah ke mana. Nasihat orang dah tak ambil peduli."
"Sudahlah. Kau pun dah penat. Pergi masuk tidur. Mintak-mintaklah segalanya dipermudahkan Allah untuk Ani dan keluarga Cik Leha," kata mak sebelum bangun dari tempat duduknya dan menuju ke ruang tamu. Abah sudah lama masuk ke dalam rumah. Penat barangkali.

Di atas katil, Iman merenung jauh ke arah siling.
Iman terngiang-ngiang akan kata-kata Kak Ani.
"Cuma kadang-kadang dia cemburu juga kalau ada lelaki lain pandang akak.Oh,sooo sweeett".
Mungkin Abang Zack tak cemburu pada Kak Ani.
Mungkin Abang Zack terkilan.
Terkilan kenapa bukan dia yang dipandang.
"Astaghfirullah....".Iman memarahi dirinya sendiri kerana berfikiran jahat seperti itu.
Entahlah. Kadang-kadang kita tak memahami kitaran hidup di dunia ini. Perancangan Allah yang rapi, selalu manusia persoalkan.
Malam itu, Iman sukar melelapkan mata. Dia termenung panjang memikirkan ragam manusia. Ditemani derapan hujan yang menimpa rumah beratap zink,berdinding batu.


Anak Kak Yah
Batu Pahat
20/11/2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...