Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Tuesday, June 23, 2015

TETAMU TAK DIUNDANG....


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.


Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam..


"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.


Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."


Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."


Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. 


Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"


Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :


"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."


Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. 


Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...
Dicatat oleh IBNU MUSLIM

Tuesday, May 26, 2015

BERPERASANGKA BAIK WALAUPUN KEPADA 'PEMINUM ARAK'.



Assalamualaikum....
Lagi sebulan nak puasa. Aku ada lagi 3 hari puasa Ramadhan tak qadha.
Cis! Tak guna betul umat Muhammad sorang nih.

Tak apa. Aku akan cuba habiskan 3 hari tu.
Pemalas betullah!

Semua orang ada sikap berperasangka buruk. MUSTAHIL sekali kalau ada orang mengaku tak pernah langsung berperasangka buruk dekat Allah, diri sendiri, mak,abah,keluarga,kawan, jiran.Hatta Rosmah sekalipun....Hehe...

Sikap was-was dalam diri kita ni disebabkan hasutan syaitonirrajim yang duduk bertenggek dekat telinga, hati kita, mata, mulut kita. Mendayu-dayu,berlagu-lagu dia bisik dekat kita jadi seorang yang su'uzzon (sangka buruk).
Memang dah tugas dia.
Jadi,apa tugas kita sebagai hamba Allah?
Lawanlah!Didik diri kita jadi baik. Didik hati kita jadi mulia.

Macam mana?
Bagi aku...

Pertama, banyakkan mengucapkan Astaghfirullah. Semoga Allah lindungi kita dari sifat mazmumah ni
Kedua, banyakkan bergaul dengan orang ramai. Sesiapa sahaja. Tak kira pangkat,agama,bangsa,perbezaan fahaman politik,lain warganegara dan sebagainya.
Ketiga, didik diri menjadi seorang yang terbuka selagi tak melanggar batas-batas agama dan peradaban.Minda yang terbuka tak akan menghakimi orang lain.
Keempat, kalau ada orang ajak mengumpat dan bersangka buruk,kau balas dengan senyuman dan cepat-cepat buka langkah blah dari situ.
Kelima, banyakkan bersedekah. Sedekah membuka rezeki dan mengelakkan sifat RIAK.

Allah berfirman yang ertinya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujuraat : 12)


Aku harap aku dapat didik diri sendiri jadi seorang yang bersangka baik.
Rugi sebenarnya kalau asyik sangka buruk kat orang lain dan asyik nak cari kesalahan je.
Sebab apa?
Penat lah...Negativity won't bring you anywhere.
Nabi dah kata....
“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta”
Berdusta satu,perangai buruk yang lain pun akan perlahan-lahan mula terbentuk.
Itu bahaya!
Hubungan kita pun akan bermula dengan syak wasangka. Tak BEST betul. Aku pernah kena. Aku tahu.Disangkanya aku budak sombong. Phui! Bertegur-sapa pun tak.....
Ghibah,hasad dengki,kebencian,jauhkan diri dari orang lain,tak punya sifat simpati...
Haih...
Jauhilah aku Ya Allah...Dari sifat-sifat ahli neraka ini...
Amin...

Jom doa. Nak doa sendiri punya ayat pun boleh....
"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku."
Kisah peminum arak tu macam ni....
(Maafkan aku kalau cerita ini tak sahih. Yang penting isi)
Satu kisah dizaman Sultan Murad ke- 4 khalifah Bani Abbasiah Iraq:-
Pada satu malam Sultan Murad berasa tidak senang hati maka dia pun membuat keputusan utk keluar dgn seorang ketua pasukan kawalan, mereka menggelilingi bandar Baghdad. Jadi mereka menyamar secara senyap2 macam orang awam dan sampai kawasan tepi hujung kota....mereka terlihat seorang terbaring atas jalan raya. Mereka pergi dekat dgn org yg terbaring tersebut dan menyedari bahawa org itu sudah pun mati! Tetapi orang tempatan yg lalu lalang disana buat tak peduli pun! Jadi Sultan Murad pun berteriak:-
Hey apa ni?
Mengapa kamu tak peduli si Mayat ni?
Mana keluarga atau rumah nya?
Tiba2 ada orang menjawab- si Mayat ni adalah orang ZANDIQ (fasiq jahat) peminum arak dan penzina pergi kpd pelacur!
Tegur si Sultan Murad; bukan kh dia drp Ummat Nabi Muhammed SAW?
Sila tolong angkut jenazahnya kembali krumah nya! Bila sampai k rumah nya ...isterinya mula menangis dan orang awam tinggalkan mereka.Tinggal lah Sultan Murad dgn teman ketua pengawal nya.
(Yg ajibnya) si isteri semasa menangis berkata sambil berdoa:- ALLAH, kasihan nya WALI ALLAH.. sesungguhnya saya jadi saksi bahawa suami saya daripada kaum SOLEHEEN!
Jadi Sultan Murad pun tegur si isteri:- Macam mana awak panggil arwah Wali sedangkan org ramai kutuk nya hingga tak sudi pedulikan mayat nya??
Jawab si isteri:- saya sudah sangka akan berlaku sedemikian!
Suami saya selalu keluar waktu mlm pergi kekedai bar dan beli sebanyak mungkin botol arak dan bawa balik kerumah lalu membuangnya kedalam tandas rumah kami!
Dia berdoa aku telah kurangkan bala arak yg ada untuk orang Islam.
Dan dia pergi ke wanita pelacur dan bayar duit dan suruh pelacur jgn ambil pelangan dan tutup pintu mereka malam tersebut..selepas itu dia akan balik kerumah dan dia akan berdoa dan bersyukur, alhamdulillah kpd ALLAH yg beri tawfiq....ringankan dosa si pelacur dan pemuda orang Islam mlm ni.
Tetapi malang nya orang awam nampak dia beli arak dan masuk rumah pelacuran; jadi mereka sangka dia buat jahat!
Kata isterinya ,saya dah kata pdnya:- jikalau awak mati nanti awak tak akan jumpa sesiapa yg mandikan kamu dan solat jenazah dan kebumikan kamu! Tetapi dia pula tertawa dan menjawab balik:- Jangan takut!!! jenazah aku akan disolatkn oleh Sultan Negara Islam ni dgn ulama dan wali wali ALLAH!
mendengarkan kisah tersebut maka menangislah Sultan Murad dan berkata:- Benar lah si arwah! Aku ialah Sultan Murad! Esok kami akn mandikan arwah,solat jenazah dan kebumikannya.
Pada keesokkan harinya pengurusan jenazahnya serta solat jenazah disolatkan bersama Sultan , para ulama dan pembesar2 negara berserta sekalian hamba rakyat.
Maha Suci ALLAH! Kita hukum orang ikut yg kita nampak dan dengar saja apa jua percakapan orang.
Jikalau kita tahu yg tersirat d dlm hati; nescaya kita lebih berwaspada kawal lidah kita.

 “Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah “

Thursday, July 17, 2014

ALLAH...JIWAKU & JASADKU MILIKMU. 19 RAMADHAN 2014



ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
Jangan letakkan diri kita sebagai insan yang tidak mahu dan menafikan kasih sayang Allah terhadap diri mereka dan seantero alam.
Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pemurah...
Sungguh banyak perkara yang selama ini kita ambil enteng dan pandang bak angin lalu sebenarnya dapat memberikan pahala dan menampal segala amalan kita yang tak seberapa.
Contoh...
Aku baru tengok rancangan Ya,Ustaz dekat Astro Ceria. Benda ni simple je. Mungkin ada orang yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu sebab dah diajar dari kecil untuk melakukan perkara ini.



Mendahulukan yang kanan daripada yang kiri dalam segala perbuatan menuju kebaikan.


Allah berfirman: “Adapun orang-orang yang diberi kitab dari sebelah kanannya, maka ia berkata: Ambillah, bacalah kitabku [ini].” (al-Haqqah: 19)
Allah berfirman: “Yaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu, dan golongan kiri alangkah sengsaranya golongan kiri itu.” (al-Waqi’ah: 8-9)
Dari ‘Aisyah ra. ia berkata: “Rasulullah saw. selalu mendahulukan anggota tubuh sebelah kanan dalam segala hal. Seperti bersuci, bersisir dan memakai sendal.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dari ‘Aisyah ra. ia berkata: “Tangan kanan Rasulullah saw. digunakan untuk bersuci dan makan, sedangkan kirinya untuk istinja’ dan segala hal yang kotor.” (HR Abu Daud)
Dari Ummu Athiyah ra. ia berkata: Nabi saw. bersabda kepada para wanita yang memandikan putrinya (Zainab ra.): “Dahulukan anggota tubuh sebelah kanan, dan anggota-anggota wudlunya.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah ra. ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Apabila salah seorang di antara kalian memakai sendal, dahulukan kaki kanan, dan apabila melepas dahulukan kaki kiri. Anggota sebelah kanan lebih didahulukan, dan dilepasnya belakangan.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Hafshah ra. ia berkata: “Rasulullah saw. mempergunakan tangan kanan untuk makan, minum, dan memakai pakaian. Dan mempergunakan tangan kiri untuk selain itu.” (HR Abu Daud)
Dari Abu Hurairah ra. ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Apabila kalian memakai pakaian, dan berwudlu, maka dahulukan anggota-anggota tubuh sebelah kanan.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Selama ni mungkin aku lupa, atau memang tak ambil berat pasal benda ni. 
Setiap perbuatan kita mendahulukan yang kanan dari kiri akan mendapat balasan pahala dari Allah S.W.T.
Mudah je kan nak dapat pahala?
Sesenang bersedekah dengan senyuman.
Bayangkan...
pakai kasut dahulukan yang kanan...pahala.
Masuk rumah dengan langkah kaki kanan....pahala lagi.
Ambil wuduk basuh yang kanan dulu...pahala dapat lagi.
Lagi?apa lagi?
Haaa...
Sikat rambut mulakan belah kanan dulu pun dapat pahala.
Pemurahnya Allah pada hambaNya yang lalai beribadah kepadaNya....


Bukankah sudah terbukti sifat Allah yang seratus kurang satu itu benar sebenar-benarnya.
Seorang pencuri dana awam yang sempat bertaubat tetapi tidak melakukan apa-apa amalan kebaikan sepanjang hidup mungkin dia tak sedar Allah memberi ganjaran pahala atas amalan sunnah yang dia lakukan.
Jadi, janganlah kita sewenang-wenangnya mengatakan si polan pemakan rasuah dan pemecah amanah itu tidak tercatit apa-apa di bahu kanannya dan confirm masuk neraka.
Allah itu Maha Pengampun...
Kita hendaklah husnuzzhon...bersangka baik dengan orang. Tapi, jangan sampai tertindas.

Jangan malu,jangan segan!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...