Showing posts with label SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label SHAKLEE. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

PENGURUSAN SUSU IBU - PANDUAN MENYIMPAN SUSU IBU

PANDUAN PENYIMPANAN SUSU IBU
SUHU
TEMPOH PENYIMPANAN
SUSU YANG BARU DIPERAH/PAM
BILIK YANG BERHAWA HANGAT
27°C-32°C
3-4 jam
SUHU BILIK
16°C-26°C
4-8 jam (ideal: 3-4 jam)
DISIMPAN DENGAN PEK AIS
15°C
24 jam
SUSU YANG DISIMPAN DALAM PETI SEJUK (simpan di bahagian paling belakang, jauh dari pintu)
PETI SEJUK (SUSU SEGAR)
0-4°C
3-8 hari
(ideal: 72 jam)
PETI SEJUK (SUSU YANG PERNAH DINYAHBEKUKAN)
0-4°C
24 jam
SUSU SEJUKBEKU (jangan bekukan semula! Simpan di bahagian belakang sekli jauh dari pintu)
BAHAGIAN SEJUKBEKU UNTUK PETI SEJUK 1 PINTU
Pelbagai
2 minggu
BAHAGIAN SEJUKBEKU UNTUK PETI SEJUK  2 PINTU
<4°C
6 bulan
SEJUKBEKU KHAS YANG BERASINGAN
-18°C
12 bulan
(ideal: 6 bulan)
Panduan ini hanya untuk susu yang diperah/pam untuk bayi yang sihat. Jika bayi mempunyai sakit yang kronik ataupun ditempatkan di hospital, bincang dengan doctor untuk panduan penyimpanan yang sesuai.



  1.  Untuk mengelakkan daripada pembaziran dan memudahkan proses nyahbeku dan memanaskan susu, simpan susu dalam kuantiti bahagian 30-120 ml.
  2.  Letakkan tarikh di botol sebelum disimpan untuk penyemakkan.
  3. Susu yang dipam pada waktu/hari yang berlainan boleh dicampurkan dalam satu bekas – gunakan tarikh susu pertama diperah sebelumnya.
  4. Elakkan menambah susu yang hangat ke dalam bekas bekas susu yang sebelumnya telah disimpan dalam peti sejuk ataupun susu beku – sejukkan susu baru sebelum dicampurkan bersama.
  5. Susu badan tidak rosak melainkan ia mempunyai bau yang masam atau rosak dan berasa masam.


Untuk menyahbeku/mancairkan susu

  1. Cairkan secara perlahan dalam  bahagian  peti sejuk bawah ( ia mungkin mengambil masa selama 12 am – cuba letakkan susu di dalam bahagian peti sejuk  malam sebelum susu hendak digunakan)
  2. Elakkan susu dibiarkan di luar pada suhu bilik untuk mencairkan nya.
  3. Untuk proses yang lebih cepat, letakkan botol susu di bawah air yang mengalir – mulakan pada suhu yang sejuk dan secara berdikit tukar pada suhu yang lebih panas.
  4. Susu yang dibekukan sebelumnya boleh disimpan di bahagian peti sejuk yang biasa tetapi jangan dibekukan semula.



Untuk memanaskan susu
  1. Panaskan air di dalam cawan kecil, kemudian letakkan susu beku di dalam air panas tadi
  2. Gunakan pemanas botol (boleh beli secara online atau di kedai bayi)
  3. Jangan sekali-kali menggunakan ‘microwave’ untuk memanaskan susu badan manusia atau panaskan secara terus di atas api dapur.
  4. Krim lemak susu akan terapung di atas susu sewaktu proses penyimpanan. Secara perlahan-lahan buat arah pusaran (JANGAN GONCANG) untuk dicampurkan bersama susu dibawahnya dan  periksa suhu susu sebelum berikan pada bayi.
  5. Jika bayi tidak menghabiskan susu dalam sekali berian susu, ianya mungkin selamat untuk simpan semula dalam peti sejuk dan berikan semula 1-2 jam sebelum dibuang

Pandangan di atas adalah dari KellyMom

Untuk mengetahui produk yang sesuai untuk menambahkan susu ibu...jangan malu,jangan segan!






Wednesday, May 28, 2014

DETOX DENGAN BAHAN SEMULAJADI


Selamat Hari Raya,
Hari kita bersuka-ria


Lagi sebulan, Ramadhan nak tiba. Semalam baru je Sambutan Hari Israk Mikraj. Lepas Ramadhan....Syawal pun menjelma....
Masa nilah semua azam makan secara sihat, diet keras yang kononnya tak akan dilanggar akan punah bak dilanggar kereta kebal.
Hahaha...
Bukan nak menjatuhkan semangat kamu semua...cuma,memang saya pun secara jujurnya tak dapat menolak lambaian ketupat, rendang kerang, ayam masak merah, kuah kacang, lemang, apatah lagi tumisan jawa. 
Ooooohhh...syurga dunia!
Rasa kesian dekat perut yang dah sebulan kita latih tak makan siang (kecuali yang kantoi tak puasa). 
Tiba-tiba terkejut dengan bala tentera makanan yang sangat asing untuk perut di waktu siang. 
Masa ni lah perut mula meragam tapi nafsu makan bak obor Olimpik.

Jadi.....

Untuk mengekalkan kesihatan, saya sediakan resepi untuk membantu perut comel kamu manghadamkan makanan dan membuang unsur-unsur tak sihat dari usus dan perut kamu sepanjang sambutan Hari Raya nanti.
Saya memang dah pernah cuba...makanya memang senang untuk melabur di pagi hari dan rasa makanan yang dah dimakan tak membebankan buah pinggang dan organ seangkatannya untuk memproses makanan yang terlebih-lebih masuk tu.

Jadi yang seterusnya....

jika tahap malas melanda masa musim raya ni, SHAKLEE ada penyelesaiannya. Senang, mudah dan semulajadi!
Kamu semua boleh mengambil LECITHIN dan HERB LAX
Kenapa?
Sebab 2 supplemen ni berfungsi sama seperti bahan detoks di atas. Murah dan boleh digunakan lama. Untuk mencuba produk SHAKLEE ini, boleh mengisi borang INI...

Atau..
.Jangan malu jangan segan! Hubungi saja saya seperti di bawah. Confirm 18 jam akan dilayan...He3... 




Psssttt...nak dapatkan harga ahli?Sangat berbaloi-baloi dengan macam-macam faedah. Hanya klik gambar di bawah! Terima Kasih!


Wednesday, May 14, 2014

HARI TU POKOK DEPAN RUMAH BERBUNGA



Assalamualaikum...salam sayang,salam kasih dari hamba Allah...



Cantik sangat pemandangan masa ni. Ala-ala dekat Eropah gitu..Hari-hari mesti nak keluar rumah tengok bunga-bunga yang gugur berterbangan bertebaran di muka bumi. Tetiba rasa macam suhu 16C je Malaysia ni.
He3...
Eh?Berangan...

Kadang-kadang kita pandang je ciptaan Allah ni macam sesuatu benda yang biasa. Tapi,hakikatnya kita tak tahu yang ianya adalah keajaiban Allah yang Dia tunjuk kepada kita untuk lebih berasa bersyukur dan berasa rendah diri dan lemah di hadapan Allah Taala...
Eh?Membebel pulak...

Bukan apa,badan kita,akal kita,kewarasan kita semuanya adalah pinjaman dari Allah...Jadi, diwaktu kita sihat inilah kita kena jaga badan kita elok-elok tanda bersyukur dan menghargai kurniaan Allah...Slah satu caranya adalah dengan mengamalkan supplemen tambahan dari SHAKLEE. 
Insya-Allah...kalau kita berusaha dengan seikhlas hati kerana Allah,nescaya Allah akan bersama-sama kita dan membantu kita dalam menjaga kesihatan.
Eh?Saya tak cakap kosong.Saya memang dah berasakan kesannya.He3....Tak apa...walaupun kesan SHAKLEE ni memang lambat sikit...tapi Insya-Allah...kesannya memang bagus dan memberangsangkan.

Psst...saya dengar kalau bahan semulajadi dan 100% organik memang mengambil kesan yang agak perlahan kerana memang sifat semulajadi begitu.Slow and Steady!



Jangan malu jangan segan!


Thursday, April 24, 2014

PERLUKAH SUPPLEMENT/(MAKANAN TAMMBAHAN)?


CUBA TENGOK VIDEO KAT BAWAH NI. 

ADAKAH ANDA MENDAPAT SEMUA NUTRIEN YANG DIPERLUKAN BADAN?




Hari-hari kita makan.Hari-hari kita minum...Tapi,adakah diet kita seimbang dengan cara gaya hidup kita?

Haaaa...ada la tu yang kata YA.

Ada kajian dari pakar diet/ saintis nun...yang menunjukkan:
  1. 90% rakyat Malaysia tidak dapat nutrien yang mencukupi untuk badan mereka (WOW!Ramai tu)
  2. Penyakit jantung, cancer, dan diabetes semakin meningkat di negara kita
  3. Kandungan Nutrien dalam sumber makanan kita semakin berkurangan (maksudnya,mungkin disebabkan cara tanaman dan pemprosesan makanan)
  4. Badan kita, tak boleh nak hasilkan semua nutrien yang diperlukan dengan sendirinya.
  5. Banyak penyakit kritikal yang melanda kita ni, boleh dicegah sebanyak 60-90% pada satu masa.
Badan kita ada berbillion-billion sel. Sel-sel yang baru pulak akn dihasilkan setiap hari. Jadinya, kuantiti dan kualiti nutrien yang diambil kita setiap hari akan mempengaruhi setiap sel di setiap sistem badan kita: macam sistem kardiovaskular, pencernaan, otot dan tulang, sistem limfa dan endokrin, pembiakan (haha...x tau nak guna ayat apa), perkumuhan dan juga sistem saraf.

Jadi,kawan-kawan saya yang disayangi ALLAH sekalian,jangan berlengah dah.Anda mungkin sibuk untuk ambil tahu benda-benda macam ni dalam rutin harian kita. Tapi, sebenarnya badan kita ni dah terlalu stress sangat. Mungkin anda tidak tahu, sebenarnya badan kita dah menunjukkan simptom penyakit tersembunyi,cuma kita tak tahu. SHAKLEE bukan pengubatnya, cuma boleh membantu mencegah dan melawan unsur-unsur yang negatif pada badan kita.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...