Tuesday, June 30, 2015

JEJAK RASA DI LEEZO,BATU PAHAT


Assalamualaikum....


Leezo ni dekat blok bangunan yang sama dengan CIMB Bank.
Sebelah butik baju. Tak hengat apa nama dia.
Masuk-masuk,aku suka dengan interior dia.
Typical Western Restaurant dekat Malaysia.
Kemas,selesa dan tak serabut.
Kedai ni lagi satu bersih.
Mungkin sebab masih baru. Tapi dia dapat kekalkan momentum bersih tu walaupun orang ramai.
Yang bagusnya, staff adalah orang tempatan.
Bukan warga asing yang kadang-kadang boleh mendatangkan jiwa kacau masa aku makan.
Bukan racist!.
 Aku ada sebab kenapa skeptikal sikit.
Keh3...


Rating ikhlas dari aku:
Kebersihan: 9/10 (Bunga meja aku makan berhabuk sikit.Tapi,no hal.Aku letak tepi je.Settle!)
Servis: 9/10 (Laju dan mesra pelanggan. Cuma Chicken Chop kena tunggu lama)
Kesedapan makanan:Hmmm...8/10 (Sedikit keciwa dengan Banana Split.Tapi,itu normal)
Keselamatan: 9/10 (Tak de apa pun...Cuma aku tengok ada budak kecik kacau waitress hantar order. Menggelabah dia nak elakkan budak tu usik makanan pelanggan.Mungkin adik dia. Bahaya untuk budak tu dan pelanggan. Mau jatuh makanan atas kepala. Kesian budak tu kang. Small matter je...)
Harga: 9/10 (Pun sebab Banana Split.Kui3...Overall, berbaloi.)


Burger ni nama dia Chicken Double Rare Cheese Burger (RM 12.90)
Patties dia boleh tahan. Bagi aku kena lah dengan harga.
Cuma Burger bun dia aku 'kurang' sikit..
He3...bukan sebab warna dia.
Tapi,sebab lama-lama makan dia akan jadi lembik sikit.Mushy.
Mungkin aku je kot yang tak suka bun macam tu.
Cheese meleleh...sos cendawan ok.
Overall...Sila datang dan cuba.

Yang dah habis di makan tuh....
Chicken Grill (RM 8.90)
Tu aku tak rasa. Tak tahu nak ulas.


Chicken Chop Extra Meatballs (RM 11.90)
Ayam dia besooor!!
Puas makan.
Blackpaper sauce sedap. Yang bagusnya dia asingkan sos.
Kid's Meal order Set Chicken Popcorn kot. Harga tak ingat.Dapat sekali dengan air milo.

Banana Split (RM 5.90) 
- kalau tak salah.Tak hengat. Tapi lebih kurang macam tu lah harga dia...
Sepatutnya ada Choco roll (aku panggil biskut rokok - kecik-kecik dulu kalau ada biskut gulung ni mesti aku berlagak macam Gangster sambil ala-ala hisap rokok.Sadis!)
Okeh,Leezo ni bukan sahaja buat Western Food.Dekat menu ada tulis Nasi Goreng Kampung.
Itu saje kot menu makanan biasa.
Air kami order Vanilla Shake,Milo panas,Jus Epal dan teh ais.
Rasa macam biasa.



Kalau sempat nak buat jelajah rasa di sini...
Silakanlah...
Sesuai untuk tempat lepak-lepak dengan kawan-kawan dan keluarga.
Alamat:
Leezo Restaurant, No.6,Persiaran Flora Utama,83000 Simpang Kanan, Malaysia
(Dekat dengan AEON BIG & Square One Shopping Mall)
Kalau nak buat tempahan call 0197566080 (leezo) @ 0177806090 (leeza)

Chiao!

P/S: Keseluruhannya...ok. Nak datang santai,lepak-lepak dengan member.Sambil borak-borak minum air. Bincang hal dunia sampai ke malam...

Sunday, June 28, 2015

BISKUT KOKO COKLAT CHIP

BAHAN-BAHAN:

250gm mentega
250gm tepung gandum
120gm kacang badam - dikisar
100gm gula aising
50gm serbuk koko
50gm tepung ubi
50gm tepung jagung
50gm cip coklat

CARA-CARA :
1.Pukul mentega bersama gula sehingga ia menjadi kembang.
2. Masukkan pula kacang badam yang telah dikisar terlebih dahulu.
3. Masukkan tepung gandum, tepung ubi, tepung jagung dan serbuk koko.
4. Masukkan cip coklat dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut.
5. Canai dan terapkan mengikut citarasa.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C-190'C selama 20-25 minit atau sehingga menjadi kekuningan.

INFO : Pastikan mentega disimpan pada suhu bilik sebelum dipukul bag memudahkan ia menjadi lembut.

Saturday, June 27, 2015

BISKUT COKLAT GELAP BERKACANG

BAHAN-BAHAN :

220gm mentega
220mml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
200gm gula perang halus
200gm gula kastor
750gm tepung gandum
250gm serbuk koko
300gm coklat chip
200gm cincangan badam
1 biji telur
15ml susu segar
5gm krim tartar
5gm serbuk penaik
5 ml esen vanilla

CARA :
1. Pukul mentega bersama minyak jagung, gula perang, gula kastor, esen vanilla dan telur hingga kembang.
2. Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, serbuk koko, krim tartar dan serbuk penaik. Ayak dan tuang ke dalam adunan.
3. Masukkan coklat cip dan cincangan badam. Kaup balikkan sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Tutup mangkuk berisi doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Keluarkan. Ambil sudu kecik dan sendukkan doh ke dalam dulang pembakar (seperti membuat drop cookies)
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180'C-190'C selama 18-20 minit atau hingga biskut masak.

INFO : Penggunaan krim tartar menjadikan biskut lebih kenyal dan cantik.

Friday, June 26, 2015

BASIKAL TUA YANG TAK MAMPUKU ADO WOI!!


Assalamualaikum...
Selamat beribadah di Bulan Ramadhan.
Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang bagus untuk buku amalan aku.
Amiiinn...

Basikal ni aku jumpa dekat KFC Seksyen 20.
Teman akak aku pergi beli lauk buka.
Tahun lepas kot.
Saje je nak post.
Sebab aku suka warna dia.
Cantik lagi.
Condition 9/10.

Lama jugak aku renung je basikal tu.
Sampai akak aku tanya 'Ko tengok apa?'
Tu!
Basikal tua tuh.
Aku suruh dia ambil gambar.
Akak aku pun ambil gambar.
Ambik nombor telefon.
Sebab aku nak cuba tanya berapa harga dia.
Hati aku dah berbunga-bunga nak beli.

Malam tu jugak lepas sembahyang Maghrib aku SMS dia.

"Salam...ini nombor basikal tua ke"
'W'salam...ya"
"Nak tanya,harga basikal tu kalau saya berminat nak beli berapa ya harga dia?"
"RM 1100"

Isk!


P/S: Harga dia aku x berapa ingat. Dah lama weehh...Tapi anggaran macam tulah.Yang mampu aku terkedu dan hampir-hampir ponteng terawih.

Thursday, June 25, 2015

BISKUT MILO MUESLI

BAHAN-BAHAN :
200gm marjerin
200gm tepung jagung
80gm tepung kastard
70gm gula kastor
30gm milo
1 biji kuning telur
5ml esen vanilla

CARA-CARA:
1. Pukul marjerin bersama gula kastor sehingga lembut
2. Masukkan esen vanilla dan kuning telur. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung jagung, tepung kastard, milo dan muesli.
4. Uli menjadi doh yang lembut.
5. Canai dan terap mengikut citarasa. Sapu sedikit putih telur.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190'C-200'C selama 20 minit atau hingga keperang-perangan.

INFO : Muesli merupakan bijirin yang kaya dengan serat dan mengenyangkan.

Tuesday, June 23, 2015

TETAMU TAK DIUNDANG....


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.


Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam..


"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.


Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."


Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."


Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. 


Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"


Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :


"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."


Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. 


Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...
Dicatat oleh IBNU MUSLIM

Sunday, June 21, 2015

BISKUT OREN BUTTERSCOTCH

BAHAN-BAHAN:

250gm mentega
200gm tepung ubi kentang
120gm tepung gandum
80gm gula perang lembut
60gm tepung kastard
30gm butterscotch chip
5ml pes oren
1 biji oren - diparut kulit
Manik gula
Butterscotch chip - dicairkan untuk hiasan

CARA-CARA:

1. Pukul mentega bersama gula perang, parutan kulit oren dan pes oren sehingga lembut.
2. Masukkan tepung ubi kentang, tepung gandum dan tepung kastard.
3. Masukkan butterscotch chip dan uli menjadi doh yang lembut.
4. Bulat-bulatkan doh dan tekan menggunakan garpu.
5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190'C atau 200'C selama 15-20 minit
6. Setelah biskut sejuk, hiaskan dengan butterscotch chip yang dicairkan dan manik gula.

INFO : Penggunaan kulit oren yang diparut adalah untuk memberikan rasa yang lebih enak terhadap biskut.

Saturday, June 13, 2015

BUKAN SENANG NAK HIDUP SENANG, BUKAN SUSAH NAK HIDUP JADI SUSAH...


Assalamualaikum...
"Saya faham hidup kita bukan senang. Hanya orang yang kuat dapat atasinya. Letih.. Pasti ada rasa letih tapi selagi mata masih boleh dibuka dan udara masih boleh disedut lega, selagi itu kita perlu terus berusaha." - Rohaniah Noor




Ehem!
Gitulah hidup...
Chiao!

P/S:Eh,siapa yang suka baca pasal kisah traveller a.k.a pengembara yang suka tulis pengalaman sepanjang berkelana di bumi orang. Boleh follow FB:Nota Perempuan Backpacker. dan Saya Backpacker.

Thursday, June 11, 2015

KOLEKSI KATA-KATA PUAN AINON...

Assalamualaikum...
Bak kata pujangga,,,
Nak maju, bergaullah dengan orang-orang yang arif di dalam bidangnya.
Bukan yang suam-suam kuku...
Bukan yang hangat-hangat tahi ayam...
Bukan yang sendu je...
Bukan yang bak meludah ke langit, terkena diri sendiri akhirnya..

Heh!

Jadi,hari ni malas nak tulis panjang-panjang.
Baca je apa yang Pn.Ainon dah siap nasihat.








Selamat mengamalkan dan berfikir nasihat beliau naaa...
Semoga ketemu lagi.
Chiao!

Tuesday, June 9, 2015

MY SUCCESS ROAD MAP - CONTOH INSPIRASI


Assalamualaikum....

"There are those who travel and those who, are going somewhere. They are different, and yet they're the same. Successful people have this over their rivals : they know where they are going" 
 -Mark Caine-
Huih... tajuk.
Tetiba nak buat tajuk macam tu. Perut tengah berkeroncong. Akak aku tengah masak mee goreng kat belakang.
Tapi...aku puasa.
Isk3.....
Inilah akibatnya tak ganti puasa awal-awal.
Suka naw ikut nafsu makan. Tak taulah dah berapa kali niat qadha, tapi kensel sebab tak tahan tengok orang lain makan.hihihi...
Confirm dosa!- Ampunkan aku Ya,Allah...-

Cukuplah...
Meh cerita pasal inspirasi untuk orang ada semangat dengan cita-cita dia.
Aku dah pernah cuba. Adalah sikit kejayaan di situ.
Yang penting...

TAHU APA YANG KAU MAHU UNTUK 
DIRI SENDIRI,
PERNIAGAAN KAU & 
KELUARGA KAU.

Senang jer...
Dia macam road map cum mind map.
Langkah-langkahnya...
Boleh guna macam-macam apps.Paliiiiing kacang guna power point.
Hehehe...
Lepas tu print.
Tampal dekat wall of success kau.
Aku punya lukis pakai tangan je.Handmade. Extra kasih sayang.
Malas nak pasang USB dekat printer.
Ikut lah suka macam mana kau nak buat.
Nak nampak cantik, buat cantik-cantik. Kasi print cantik-cantik.
Banyak column ke...Ada kata-kata semangat di setiap perbuatan ko nak capai ke...Ada gambar Channing Tatum nak kasi badan fit macam dia ke....Sukahati lu.
Kotlah satu hari nanti dah tercapai cita-cita, nak frame gantung kat rumah.
Eheh!
Itu lu punya life.
Eheh!
Kasar plak.


Hahaha...Yang tang solat tu abaikan.
Ini contoh je. Tahap keimanan cuma Allah sahaja yang bisa mengukurnya. Semoga bertambah dari hari ke hari...Amiinn...
Jadi...sesiapa yang mula nak mengubah hidup, mulakan bisnes baru, mulakan keazaman dan cita-cita untuk study hingga ke peringkat tertinggi mahupun kumpul duit untuk kahwin,silalah buat road map ni.
Sekurang-kurangnya kita nampak matlamat dan hala tuju kita hari-hari.
Pandangan mata dan mulut yang berkata-kata adalah doa dan harapan yang melantun ke dalam hati.
MASTAH?
Heheh...maybe one day.
Pheww!!
Hanya ini sahaja yang mampu den kobar.
Sehingga ketemu lagi.
Chiao!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...