Friday, November 7, 2014

KISAH BOSAN #1

Suatu petang yang damai,melepaskan rasa kebosanan dekat hypermarket.
Mungkin aku terlalu cun hingga menarik minat makhluk sejenis jantina untuk mendekati.
Ish,pertemuan yang tak diundang mendatangkan memori paranoid dengan orang asing.

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam...."
"Boleh tanya sikit?"
"Ya,ada apa?"
"Awak ni dah lama kerja dekat sini?"
"Saya tak kerja dekat sini.Saja tengok-tengok barang kat sini.Kalau cik nak tanya pasal barang interior ni,boleh cari orang yang pakai baju warna hijau."
Senyum....
"Tapi,awak pun pakai baju hijau.Sebab tu saya tanya awak.Tak apelah.Minta maaf menganggu. By the way,saya Ani.Mahani.Awak apa khabar?"
Senyum sambil hulurkan tangan.
"(-__-)
"Saya?"
"Errr...saya ok.Sihat.Err...kalau tak ada apa-apa,saya nak pergi bayar barang saya."
"Eh,kejaplah.Cik belum bagitahu saya nama cik."
"Minah".
"Eh,sweetnya nama.Bukan apa,mak cik saya dekat kampung pun nama Minah.Cantik baju akak ni. Beli dekat mana?Mesti akak ni kerja yang bagus-bagus.Macam orang ada-ada aja".

Eh,apa perlu nama mak cik dia diturutsertakan sekali?
Tadi panggil aku cik,sekarang kenapa judge muka aku lagi tua dari kau?
Cis,bedebah!
Baju aku T-Shirt percuma hari sukan sekolah kakak aku.
Macam mana dia tahu aku kaya?
Heh!
Kaya budi bahasa.
Orang ada-ada?
Dah macam cerita Mak Enon P.Ramlee.
Ah!
Layankan je.

"Kenapa ya?Awak sebenarnya nak promote apa-apa dekat saya ke?Sebab saya tengok awak ada bawak beg tu.Tapi,saya ada hal.Mungkin lain kali awak boleh promote dekat saya."
"Kejap,kejap!Ish,akak ni.Sabar la kejap.Kita belum pun tunjuk apa kita nak promote.Jap ye,jap ye!"

Haih...
Melekat jugak aku kat situ.Dari nak blah,dah kena 'ngorat' pulak.
Jangan risau. Aku masih peminat Arjun rampal.
Aku tengok dia bukak beg dia.
Ooohhh...
Ejen insurans rupanya.

"Akak dah ada anak?"
"Belum kahwin.Kenapa?Muka saya memang dah kena kahwin ke?"
"Eh,taklah.Akak memang nampak muda.Saya pun belum kahwin.Tapi saya dah ada 3 jenis insurans.Yelah,kita ni bila-bila masa tak tau apa jadi dengan kita kan...blablabalabla..."

Cis!
Kata je lah aku kurang cute di mata kau.
Nak kata aku nampak tua,dia lebey kurang je.
Tak pe, kita ikut je rentak dia.
Ish,aku tahlah dah lambat nak beli kobis kakak aku pesan.
Sabar...sabar...
Kalau dia paksa aku ambik gak insurans ni dengan gaya desak-desak,aku chow dari situ.

"Akak pernah ambik insurans sebelum ni?Produk saya ni bagus.Polisi dia pun Syariah compliance.Kalau akak nak yang conventional pun boleh.Produk kita ni mampu menjamin akak dapat servis yang bagus dekat mana2 hospital...blablabla..."
"Yang paling murah saya kena bayar berapa tiap-tiap bulan?"
"Eh, tak mahal kak. RM50 je.Alah,kak.setakat RM50 apalah sangat berbanding nyawa kita."

Phui!Dia bandingkan nyawa aku dengan RM50 je sebulan.

"Tapi,saya ni belum lagi kerja. Pendapatan pun tak ada. Hidup pun menumpang rumah orang. Nak beli topup pun sebulan sekali. Tu pun kadang-kadang pakai SOS topup.Saya rasa nanti saya sangkut nak bayar RM50 tiap-tiap bulan. Ye dak?" 
Aku cuba-cuba nak borak guna slang utara.
"Errr....takkanlah kak..Tak apalah.Akak ambil kad saya ni.Nanti akak nak beli polisi insurans call je saya.Bila-bila kita jumpa lagi ya"
"Errr...mmmeh".

Dia pun blah dari situ.
Yakin yang aku tak akan mampu bayar monthly.
Aku pelik.
Kalau dia tu kerjanya seorang yang menjual.
Dia kena usaha kuat sikit bagi aku berminat nak beli insurans.
Kenapa dia tak tanya aku sesiapa yang dia boleh perkenalkan produk dia.
Dia ada sedikit kurang yakin dengan diri dia dekat situ.
Aku pun macam tu.Selalu.
Tapi,sayangnya.Aku tak habis lagi cakap dengan dia.
Aku baru nak bagi contact no. kawan aku.
Dia memang cari ejen dari company tu.
Aku tak kisah pun dia nak borak lama dengan aku.
Lagipun aku memang dah lambat nak beli kobis.
Maaf.Aku tak boleh nak telefon dia masa tu.Kredit aku expired.
Kan aku dah kata aku pokai.
Kaya budi bahasa je.
Sekian.



Friday, October 31, 2014

EKSPERIMEN DAPUR #2:RESEPI MCFLURRY CIPLAK


Assalamualaikum....
Hahaha...
Aku rasa dah 2 tahun kot aku tak pergi McD.
Aku memang tak suka makan dekat situ.
Kecuali kalau dia ada buat Prosperity Burger.
Aku akan beli sebijik.
Lepas tu tak yah dah.Aku rasa macam boleh bikin
Macam boleh....
Ish!
Macam je...

Memandangkan sekarang orang-orang Islam (orang bukan Islam pun digalakkan) reramai boikot McD, nih ada resepi nak buat ala-ala McFlurrry..
Menjadi jugak effect boikot kali ni.
Last time dengar McD kat Terengganu tutup dah.
McD mati-mati cakap dia tak ada connection dengan McD U.S.A.
Hatta yuran franchise pun dia tak bagi.
-_____-"
Errr...
Kat Batu Pahat ni, area McD Taman U aku x nampak sangat orang Melayu.Cina je ada.
Tapi ada kot.Mungkin tak nampak.Tempat student weehhh.
Aku time belajar pun suka bajet study dekat McD.
Phui! 
Buku bawak 3. Muka surat pertama pun tak lepas.
Kikiki!


Tak apa lah.
 Semangat untuk bantu Palestin tu ada. 
Semoga Allah ampunkan dosa aku dan orang lain yang tak tahu.
Lagi satu...
Aku pun dah lama tak pegi TESCO.
Hehehe...yang ni aku tak tau.
Effect boikot ni berkesan ke tak.

Okey..key...key....
Resepi di bawah adalah resepi 'bongak'.
Resepi yang tak layak dipanggil resepi
Cedok itu, tuang ini dapat tang tu.
Sonang eh!



McFlurry ciplak

Bahan-bahan:


  • Aiskrim Vanilla/Coklat/Strawberry (mana-mana yang ekau ado.Aiskrim Malaysia tak boleh masuk resepi ni)
  • Chipsmore/Oreo/Biskut Coklat/Apa-apa yang ada crunchy texture
  • Cornflakes/Honey Star dan yang seangkatan dengannya.
  • Madu
Cara buat:
b
  • Cedok aiskrim ikut suka berapa banyak kau nak. Aku suka dalam 5 scoop je. Tak yah banyak-banyak. Kaang terbelahak makan. Dah susah...
  • Hancurkan Chipsmore dengan Cornflakes. Aku malas nak pakai blender kering.Aku ambil plastik je.Masukkan  2 benda tu, tumbuk.Hancur jugak.
  • Dah tu,dah jadi separa serbuk (aku suka yang tak berapa hancur sangat.Kalau jadi serbuk,nanti tersedak.Blueerrgghhh!!Dah rugi...) kau tabur je atas aiskrim tu tadi.

Tadaaa!!Dah jadi.Letak madu last.Ala-ala caramel gitu...





Kalau ekau nak letak buah-buahan pun boleh.
Nak bikin aiskrim ni apa-apa barang makanan kau boleh letak
Tadahal.
Buah-buahan biar yang masam. Kasi dia encounter balik rasa manis aiskrim.
 Aku ada hasil akhir je.
Masa buat,aku gelojoh nak makan cepat.
Sila le cuba.
Confirm kau nak buat lagi selalu.



Uik!
Cikem memang peminat benda ni. Aku selalu dapat makan 2-3 sudu je.
Yang lain dia tibai kasi habis.



P/S: Kau nak letak kek pun boleh. Jadi Kek Aiskrim la.Dah tak jadi McFlurry ciplak.

Thursday, October 30, 2014

JOM CUBA10 CARA MUDAH UNTUK BERJIMAT WANG.- BAHAGIAN I

Assalamualaikum....

"Sesungguhnya seseorang apabila sedang berhutang ketika dia berbicara biasanya berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya," (HR Bukhori).

Nak kahwin...Nak ada anak-anak....Nak beli rumah...Nak pergi Haji...
Semua orang nak benda yang sama.
Tak lama lagi kita semua akan mengalami pengalaman dengan GST yang gantikan SST.
Huih!
Macam mana effectnya kat aku eh?
Lagi penting, apa effectnya pada rakyat marhaen lain.
Harap-haraplah POSITIF!
Lately, memang aku suka dengar perkataan tu.
Tak kiralah sekalipun kena "kencing" dengan "ketua",aku tetap nak jadi positif.
Hidup jangan mudah mengalah.
Ish!
Time-time nak rasa semangat ni lah tetiba nak ambil inspirasi dan semangat cerita drama Jepun.

Jap lagilah layan cerita Jepun.
La ni,nak kasi nasihat dekat diri sendiri macam mana dengan perlahan-lahan amalkan 10 tips ni.
Ini tips bukan aku saja-saja buat hatta menciptanya sekalipun.
Aku ambil dari imoney.com.
Dekat website tu banyak tips ajar kau jadi cemerlang bab-bab pengurusan kewangan ni.
Bagus lah untuk kau dan aku yang baru nak mulakan hidup.
Nak bayar bil lagi,beli baju lagi,beli makanan lagi,dan lagi dan macam-macam lagi.

Aku selalu nasihatkan diri aku sendiri yang duit aku dapat tu bukan duit aku.
Amanah dari Allah.Sebahagiannya rezeki orang lain.Jangan khianat guna untuk membazir.
Kau dan aku pastinya tak suka digelar "PENGKHIANAT".
Phui!
Agak kasar sikit bahasa hari ni.
Hehehe....
Insya-Allah...
Dari seorang kaki boros shopping online/offline,kita sama-sama kaji sikap kita untuk beringat demi masa depan.

Baiklah.
Mari kita tengok apa benda tips yang 10 tu:

1- PUTUSKAN SEGALA HUBUNGAN DENGAN TV KAU.

Eh.
Jangan kau kata tak mampu nak buat tips pertama ni. Ini baru yang pertama. Dah kau bagi macam-macam alasan.
Jangan kata tak logik.
Kau mampu sebenarnya.Nak tengok 'Suamiku Encik Sotong?'
Tak pe.Sebulan lepas episod last ada lah tu dekat You Tube.
Tak pun,kau suruh sesapa rekodkan untuk kau.Hehe...Kira main tak aci la dengan stesen TV tu.
Eh,dah bayar.Sukati le.Gitu.....
Sebab apa aku cakap macam tu.
Sebab kakak aku "tanpa sengaja" dia dah tak langgan dah Astro.Rasanya Astro je yang sediakan perkhidmatan siaran berbayar ni khen?Ke ada selain tu.Tak pasti...
Dia tak nak sambung bayar sebab dia rasa anak-anak dia jadi lagha dengan TV.
Lagipun yang sulung nak UPSR.
Syabas!
Atas usaha membendung anak dia daripada tengok rancangan kanak-kanak yang tak berapa nak semenggah.
Jadi pasif, tak kreatif. Balik sekolah terus tengok TV. Channel kartun. Sampai Maghrib.
Jadi, dia buat keputusan potong Astro,langgan Unifi.Dapat percuma Hypp TV.
Jimat sekurang-kurangnya RM50.Atau lebih.Aku malas nak bagi detail.Tapi,memang bagus untuk kewangan keluarga.
Walaupun tak banyak pilihan rancangan, dia tak kisah pun.
Mula-mula memang anak-anak dia rasa bosan. Tapi, lama-lama tak ada masalah.
Tak penting pun.Yang pasti siaran tak berulang-ulang.
Hehehe...
Lagipun,lepas tak ada Astro tu anak-anak dia suka bawak balik idea mainan baru dari sekolah.
Sekurang-kurangnya tak adalah nanti dia buat profile:
Nama: Abu
Umur: 10 tahun
Hobi saya:Menonton TV.
Ceh!
Tak proaktif sungguh.

2- JEJAK PERBELANJAAN KAU
Aku masih ingat masa sekolah dulu, cikgu aku ada bagi jadual macam mana nak kumpul duit dan ajar aku pasal 'Money Flow'.
Masa kanak-kanak aku tak ambil berat pasal benda tu. Bagi aku, cukuplah mak bagi aku 50 sen,pandai-pandailah aku guna nak buat apa.
Pergh!Budak-budak sekarang boleh dapat apa je dengan 50 sen?
Dapat air sirap segelas dengan karipap sekeping mungkin.
Dulu aku boleh dapat nasi lemak telur rebus lagi 30 sen, kuih seposen,air sirap segelas.
Sekurang-kurangnya sekarang nak kena bagi RM 2 untuk budak-budak sekolah sekarang ni.

Tapi,dah sekolah menengah dan menetap dekat asrama memang aku kena jaga sikit perbelanjaan aku.
Huuuu....
Nasib baik dewan makan ada.
Jadi,aku guna la apa cikgu aku ajar pasal cara menabung.Hehe...
Sama lah masa masuk universiti.
Bagus betul aku. Sampai sekarang aku boleh 'tahan' diri aku dari beli benda yang tak sepatutnya semata-mata nak memenuhkan nafsu hidup bergaya aku.

Sekarang ni dah macam-macam apps boleh tolong kau track semua perbelanjaan kau. Salah satunya Expense Manager. Free je nih. Untuk OS android.iOS x pasti.Untuk permulaan aku rasa tak payah canggih-canggih sangat.
Cukup sekadar kau tahu duit kau ke mana, dan dari situ kau tentukan nilai perbelanjaan bulanan dan berapa nak simpan setiap bulan dan kat mana nak kena berjimat.
Contoh:
1/3 gaji kau guna untuk teruskan hidup dan untuk kecemasan.
1/3 gaji kau guna untuk expenses lain macam bil-bil dan lain-lain.
1/3 gaji kau buat menabung ke...melabur ke...
Lagi senang kau beli ledger book tak pun kau pakai je Excel.
Aha!
Lagi senang. Gaya otai mak-mak kita dulu-dulu. Anytime boleh refer.Hehehe...

Contoh rekod perbelanjaan

3- NAIKLAH PENGANGKUTAN AWAM SELAGI TAK MEMBEBANKAN

K.L aku rasa dah buat promosi berbasikal ke tempat yang dikehendaki.
Keberkesanannya?Tak pasti.
Aku tak hidup kat K.L.Beriadah?Mungkin.
Shah Alam pun dah pelan-pelan buat trek basikal. Tapi cuma kat sesetengah seksyen je. Seksyen 19 tak ada lagi setakat ni.
Mungkin paling ramai aku pernah tengok orang gi kerja naik basikal adalah kat Putrajaya.
Tak ada lah ramai.Dalam 5 orang je kot..Tak ingat.

Kalau kau rasa tak mampu nak beli basikal, apatah lagi berbasikal ke tempat kerja memandangkan keadaan di jalan raya tak berapa menggalakkan orang untuk berbasikal, apa kata jadikan pengangkutan awam sebagai pilihan pertama kau dan aku nak ke tempat kerja.

RON 95 baru je naik 20 sen.Haaa...apa lagi.Pengangkutan awam adalah pilihan yang terbaik untuk berjimat.
Confirm berganda-ganda bezanya naik kenderaan sendiri (kalau ada lah).
Cuma....
Kadang-kadang 1/2 dari kita semua malas nak habiskan masa menunggu dan bersesak-sesak nak naik pengangkutan awam.
Tak ape...bersusah dulu,senang kemudian.
Cewwwahh!!

4 - KURANGKAN PENANGAN TEH TARIK/KOPI DI KEDAI MAMAK

Aku tak minat sangat teh tarik. Cuma suka minum kalau aku stress.
Jadi,tak ada masalah bagi aku di situ.
Engkauorang yang suka melepak dekat mamak sebelum masuk kerja,bolehlah amalkan tips
bancuhsendiri-tehtarikkau-simpandalamflask-supayapanassampaikepetang.
Ceh!
Rasa tak sama macam mamak?
Belum cuba belum tau.
Dekat kedai runcit tu ada jual serbuk teh tarik 888 yang selalu aku beli kalau nak kenduri.
Murah je.
Tak cecah RM 10.
Teh+Susu pekat manis+air = Stok sebulan lebih kurang
Kalau dekat mamak teh tarik sekarang RM1.20.
Gila kau!
Sehari minum pagi RM1.20.Kalau 10 hari?Boleh dapat bekalan teh tarik sebulan buatan sendiri.
Leceh?Tak sempat?Renyah prosesnya?
Tak apa...Lipton pun ada uncang teh tarik.
Cuba dulu der...rasakan kesannya masa hujung bulan.Confirm kau recommend kat orang lain.
Aku?
Minum air masak je pagi-pagi.Sunnah Rasulullah..
Hehehe....

5- BAWA BEKAL MAKAN TENGAH HARI

Ini satu lagi petua yang bagus untuk berjimat.
Sekarang ni kalau makan tengah hari dekat area Kota Damansara,beli dekat mak cik jual nasi campur pakai trak- mungkin boleh mencecah RM 6-7 sekali makan.
Nasi+sayur+ayam/ikan.
Itu dari kedai tepi jalan. Belum lagi restoran sebenar.Mesti nak kena beli air sirap sejuk segelas.
Kalau kau nak makan sedap-sedap bagi aku tak ada masalah.
Duit kau,sukati kau nak buat apa.
Tapi,dengan berjimat bawak bekal pergi kerja hari-hari kau sekurang-kurangnya boleh jimat sampai 50% perbelanjaan asal kau sebelumnya.
Lagi bagus untuk golongan yang nak berdiet secara sihat. Macam aku.
Kalau sebelum ni duit makan RM150,kau dah jimat RM75. Kalau tak tau nak buat apa dengan duit belen tu,kau boleh melabur saham akhirat.Gi derma kat sapa-sapa yang memerlukan.
Kalau sebelum ni rasa macam tak cukup nak bagi derma,ni salah satu caranya kau rasa nak menyumbang kat masyarakat.
Contoh menu bekal makan tengah hari. Untuk seisi keluarga pun sesuai.

Nasi + Masak macam-macam menu + Ulam (ringkas dan berkhasiat)/Sayur + sambal belacan stok sebulan + Buah-buahan.

Pergh!
Semua kelas makanan cukup.
Contoh menu ringkas:
Sup ayam, telur masak sos masam manis, ikan goreng rangup, roti grill dengan cheese+ham,spaghetti,pasta,mee goreng telur mata,dll.
Maaaaacam-macam kau boleh masak.
Penuh kasih sayang dan doa kepada Allah lagi.
Semua bahan tu kau boleh siapkan dari malam atau hujung minggu sebelum tu.
Beli kat kedai mana dapat bonus kasih sayang.
Jangan pulak kau datang kerja lambat sebab buat bento.


Fish bento box lunch by Hawaii's Bento Box Cookbook



P/S: Kalau nak berjimat, jangan pulak jadi kedekut.Macam kuda..

Tuesday, October 28, 2014

CUBAAN MENJADI KARTUNIS -CABUK-

Assalamualaikum....4 Muharram 1436H.

Lagi 6 hari,marilah kita bersama-sama berpuasa sunat Hari Assyura. Fadhilat dan peristiwa bersejarah sempena hari itu akan dikongsi bersama di entry yang lain yo...

Tu...
Tengok tajuk. Dahsyat rasanya.
Betul.
Aku bukan seorang pelukis apatah lagi berjari seni.
Tengok saje layout blog ni.
Bosan dan skema. Sifat sejak dari sekolah menengah.
Masa kanak-kanak?Normal....
Tapi...
Sebab aku masih ada sifat nak mencuba,aku cuba-cuba belajar nak men'doodle' dengan harapan akan dapat melatih jiwa dan raga menjadi insan agak berseni.
'Seni itu kehidupan', bak kata tukang falsafah.

Jadi, aku mulakan langkah dengan mengambil mood sambil lepak di tepi Pantai Klebang, Melaka
.
Duduk tegak 
Ambil nafas panjang-panjang - 
fokus 80% - 
20% lagi kunyah kuaci - 
Mulakan dengan lafaz Bismillah - 
Sedia, mula lukis!

dengan cita-cita dan angan-angan supaya lukisan aku akan menjadi macam ni.



Eh,dengan yakinnya!
Sungguh aku percaya aku mampu menghasilkan lukisan sebegitu..
Tapi......

WOAAAAHHHH!!!!!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dengan penuh khusyuk aku melukis, akhirnya aku dapat menghasilkan lukisan yang agak sayu dan
 -boleh cuba usaha lagi-
Seram pun ada jugak
Heh!
Bolehlah...
First attempt jadi pelukis karekter kartun tahap cabuk.
Next time, boleh cuba lagi.
Hahaha!
Usaha tali kejayaan.
Ini aku lukis pakai Pen S-Note. So....tak berapa smooth stroke dia masa drawing progress.
Ceh!Alasan cabuk.
Cabuk pun cabuk laa...



p/s: drawing kat atas nih dah tak original lagi. Ada budak kecik 2 ketul tu kongsi idea nak melukis bersama secara misteri.Bak kata orang, baling batu sembunyi tangan.Hehe!





Friday, September 5, 2014

BERITA UNTUK MAK DAN ABAH

Assalamualaikum untuk arwah mak dan abah...

Macam janggal je bunyinya.Dah bertahun kita tak bertegur sapa.Rindu bangeeeettt!!! sama kalian. Apa khabarmu di sana? Semoga bekalan doa dan sedekah dari anak-anak kalian dapat menempatkan kalian di kalangan orang-orang yang dicintai Allah..

Mak dan abah...
Kalau kalian masih ada, mesti kalian suka dengan pertambahan ahli keluarga kita yang tak putus-putus setiap tahun. Alhamdulillah...rezeki Allah itu luas. Hujung tahun ni Insya-Allah tambah lagi sorang. Tahun depan pun Insya-Allah ada lagi. Berapa orang?
Insya-Allah jadi 17.

Mak,hari tu orang pergi ngelayat rumah Wak Jamil. Wak Timah dah kembali ke rahmatullah..Innalillah..19 Ogos 2014.Berapa Syawal orang tak ingat.
Sedih mak..masa orang cium arwah. Teringat masa orang cium tangan,pipi,dahi mak sebelum dikafankan. Semoga kalian dikurniakan syurga dan jika diizinkan Allah kita dapat berjumpa di sana.

Mak dan abah...
Sekarang ni orang menetap kat Johor. Tukar angin. Cari pengalam hidup atas bumi bertuah ni. Mana tau...boleh jumpa jodoh orang johor.LOL.
Kalau kalian ada mesti orang mintak restu dan doa. Berkat tu yang penting...He3..
Takpelah, orang mintak Allah peliharalah orang yang jauh di bumi johor ni.

Mak, nak cerita sikit pasal orang Johor ni. Kat kampung kita takde selasa keliwon kan?
Agaknya orang jawa sini je kot yang amalkan. Susah betul nak carik kedai makan malam selasa.Ha3...

Takpelah mak dan abah...
Orang pun tak tau nak cerita pasal apa. Orang baru kat sini. Baru nak belajar celah selok-belok bandar ni. Nanti ada berita penting orang buat laporan.
Oh ya!
Mak dan abah, kapal terbang negara kita Malaysia Airlines MH 17 kena tembak dekat sempadan Ukraine nun. Sapa tembak? Semua tak nak ngaku.
Sadis sungguh!

Sekian,mak dan abah. Sebelum berundur, orang titipkan Al-fatihah untuk kalian. Semoga kalian tenang-tenang aje kat sana. Al-Fatihah...

Thursday, July 17, 2014

ALLAH...JIWAKU & JASADKU MILIKMU. 19 RAMADHAN 2014



ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
Jangan letakkan diri kita sebagai insan yang tidak mahu dan menafikan kasih sayang Allah terhadap diri mereka dan seantero alam.
Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pemurah...
Sungguh banyak perkara yang selama ini kita ambil enteng dan pandang bak angin lalu sebenarnya dapat memberikan pahala dan menampal segala amalan kita yang tak seberapa.
Contoh...
Aku baru tengok rancangan Ya,Ustaz dekat Astro Ceria. Benda ni simple je. Mungkin ada orang yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu sebab dah diajar dari kecil untuk melakukan perkara ini.



Mendahulukan yang kanan daripada yang kiri dalam segala perbuatan menuju kebaikan.


Allah berfirman: “Adapun orang-orang yang diberi kitab dari sebelah kanannya, maka ia berkata: Ambillah, bacalah kitabku [ini].” (al-Haqqah: 19)
Allah berfirman: “Yaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu, dan golongan kiri alangkah sengsaranya golongan kiri itu.” (al-Waqi’ah: 8-9)
Dari ‘Aisyah ra. ia berkata: “Rasulullah saw. selalu mendahulukan anggota tubuh sebelah kanan dalam segala hal. Seperti bersuci, bersisir dan memakai sendal.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dari ‘Aisyah ra. ia berkata: “Tangan kanan Rasulullah saw. digunakan untuk bersuci dan makan, sedangkan kirinya untuk istinja’ dan segala hal yang kotor.” (HR Abu Daud)
Dari Ummu Athiyah ra. ia berkata: Nabi saw. bersabda kepada para wanita yang memandikan putrinya (Zainab ra.): “Dahulukan anggota tubuh sebelah kanan, dan anggota-anggota wudlunya.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah ra. ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Apabila salah seorang di antara kalian memakai sendal, dahulukan kaki kanan, dan apabila melepas dahulukan kaki kiri. Anggota sebelah kanan lebih didahulukan, dan dilepasnya belakangan.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Hafshah ra. ia berkata: “Rasulullah saw. mempergunakan tangan kanan untuk makan, minum, dan memakai pakaian. Dan mempergunakan tangan kiri untuk selain itu.” (HR Abu Daud)
Dari Abu Hurairah ra. ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Apabila kalian memakai pakaian, dan berwudlu, maka dahulukan anggota-anggota tubuh sebelah kanan.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Selama ni mungkin aku lupa, atau memang tak ambil berat pasal benda ni. 
Setiap perbuatan kita mendahulukan yang kanan dari kiri akan mendapat balasan pahala dari Allah S.W.T.
Mudah je kan nak dapat pahala?
Sesenang bersedekah dengan senyuman.
Bayangkan...
pakai kasut dahulukan yang kanan...pahala.
Masuk rumah dengan langkah kaki kanan....pahala lagi.
Ambil wuduk basuh yang kanan dulu...pahala dapat lagi.
Lagi?apa lagi?
Haaa...
Sikat rambut mulakan belah kanan dulu pun dapat pahala.
Pemurahnya Allah pada hambaNya yang lalai beribadah kepadaNya....


Bukankah sudah terbukti sifat Allah yang seratus kurang satu itu benar sebenar-benarnya.
Seorang pencuri dana awam yang sempat bertaubat tetapi tidak melakukan apa-apa amalan kebaikan sepanjang hidup mungkin dia tak sedar Allah memberi ganjaran pahala atas amalan sunnah yang dia lakukan.
Jadi, janganlah kita sewenang-wenangnya mengatakan si polan pemakan rasuah dan pemecah amanah itu tidak tercatit apa-apa di bahu kanannya dan confirm masuk neraka.
Allah itu Maha Pengampun...
Kita hendaklah husnuzzhon...bersangka baik dengan orang. Tapi, jangan sampai tertindas.

Jangan malu,jangan segan!


Friday, June 6, 2014

SENI MAKANAN KATANYA....



Pohon nipah di tengah laman,
Pelepahnya gugur, diganti baru ,
Penat  masak aku nak makan,
Aip,aip!Jap,ada orang nak selfie dulu.


Ewah...berpantun pulak.
 Kadang-kadang inilah sikap seseorang. Sebelum makan,mesti nak ambik gambar dulu. 
Contoh terbaik,kat bawah ni. Adoyai....apakan daya, ikutkan saja perangainya. 
Walaupun makanan secuit cuma, tapi dek diikutkan trend semasa,tempe bilis bersalut kicap pun jadi la...
Seni makanan katanya....Nak kata selfie pun, muka tuannya malu nak tunjuk...
Stay in the bushes la...apalah...banyak alasan sungguh..
Seni ke ni?
Seni tahap ko je lah minah karan ooii....
He3...

Jadi?Awak-awak semua suka berselfie?Selfie makanan?Selfie baju?



Minah karan kata...
ko letaklah resepi aku...boleh jadi glemer kejap.
Hahahahahahahahahaha!!!
Lawak giler...
Perasan sungguh!
AKY cakap kat dia...
Setakat bilis,kentang&tempe goreng,bawang besar,bawang putih dengan cili api. Letak kicap sesedap rasa dan garam.....
Tak yah bagitau resepi pun orang dah boleh teka daaa.....
Hehehe...



Pssstt....Ada ke orang makan nasi dengan sos keropok lekor macam kat atas?

Jangan malu, jangan segan!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...