Friday, September 6, 2019

SEMBANG DENGAN MAK JANDA

Assalamualaikum..

Baru selesai bulan Syawal.

Ada kisah menarik suka dan duka sepanjang Syawal. Salah satunya ni haa..

Kisah yang bagi aku makin kerap didengar di mana-mana. Jadi,kita ambil pengajaran je lah ye. Semoga akak lepas ni lebih bahagia. Amin...

Cerita bermula di suatu petang yang indah. Angin sepoi-sepoi bahasa pukul 3.

Aku tanya dia kenapa akak sakit hati sangat dengan bekas laki akak?
.
.
Diam..
.
.
Hening
.
.
Lalu dia buka bicara...
.
.
Akak ni bukan benci sangat pun dengan dia. Cuma akak dah penat. Penat kepala otak, penat tubuh badan akak. Beban kerja pun tak sepenat akak hidup dengan dia. Dari penat, lama-lama akak jadi bosan. Bosan sampai akak rasa nak muntah luahkan tak boleh, telan pula jadi sebu satu badan.
.
He..he..he..Lain macam akak punya rasa tawar hati tu ye? Kalau akak tak kisah, boleh saya tahu ciri-ciri apa yang buatkan bekas suami tu dah tak layak akak hidup bersama dengan dia? Saya ni belum kahwin,kak. Nak kata bercinta pun banyak kali putus di tengah jalan. Jadinya, nak kenal lelaki tu belum sampai tahap saya boleh senaraikan sikap-sikap lelaki.

Tapi, adik beradik lelaki saya ramai. Kira dapat la juga saya kenal sikit-sikit. Tak semenggah ada, yang baik pun ada. Ceritalah kak...
.


Image may contain: indoor
Sumber FB: amy_fitria



Kau dengar ye dik...
Berdoalah untuk diri sendiri supaya kau dijodohkan dengan orang yang taat perintah Allah dan hormat ibubapa. Itu je dik. Kalau dah kita minta jejaka yang taat dengan perintah Allah ni, maknanya menyeluruh lah ye dik...Tanggungjawab, belas kasihan,....haaa..semua tu dah termasuk sekali lah ye.
Yang tak baik tu semua datang dari kita makhluk Allah yang banyak buat dosa.
.
.
Sini akak nak cerita. Tapi kau jangan pulak jadi paranoid dengan perkahwinan.
.
Akak kahwin umur 27. Kira tak lewat sangat, tak awal sangat. Akak ni orangnya jenis berdikari. Rumah dah beli,kereta walaupun second hand, tapi akak dah habis bayar. Syukur.. Jadinya akak ni jenis tak suka susahkan orang lain. Ada masa lapang akak buatlah apa-apa yang berfaedah.

Nak dijadikan cerita, akak pun kahwinlah dengan bekas suami akak sekarang ni. Masa mula-mula kahwin memang semuanya indah belaka. Sumpah,dik!Kalau ada orang yang kata sanggup lautan luas ku renangi tu memang betullah tu. Betapa kuatnya penangan cinta tu dik.

Aku masih diam. Mengangguk-angguk kepala tanda setuju. Terbayang dalam fikiran pernah ke dibuat orang,kerana cinta sanggup diredahnya laut yang luas tu? Hehehe..merapu je.

Indahnya dan manisnya perkahwinan tu dik,akak cuma dapat rasa dalam 3 bulan pertama. Belang bekas suami akak ni mula nampak masa akak mengandungkan anak pertama akak. Masa tu peritnya sepak terajang kehidupan baru akak rasa. Pertama kali akak ingat dia naik tangan,sebab akak tak nak bagi dia duit je. Ketua keluarga macam apa tu dik, kalau tiap-tiap bulan asyik mengemis duit isteri je.
Bukan akak berkira. Gaji dia lagi besar dari akak. Anak pun belum ada. Tapi tiap-tiap bulan mesti minta duit dengan akak. Rupa-rupanya dia buat main judi. Sakitnya hati akak ni Allah je yang tahu.

Mula dari situlah dia mula naik tangan. Akak penat balik kerja,dengan penat mengandung bawa perut ke hulu ke hilir. Adaaa je benda tak kena kat mata dia. Hari-hari gaduh. Rumah tu jadi tak berseri dengan kasih sayang. Panas memanjang. Akak berubat dengan ustaz untuk mencari penawar masalah rumahtangga akak. Minta doa untuk lembutkan hati bekas suami akak untuk jadi manusia lebih baik. Akak tak pernah lupa doa untuk dia. Disetiap sujud akak,nama suami akak mesti akak titipkan sekali.

Mungkin Allah nak uji. Itu je akak pujuk diri sendiri. Perkara ni berlanjutan sampailah akak mengandung anak kedua. Gaduh-gaduh pun dapat juga anak ke dua ye,dik..

Akak tu berseloroh cuba bergurau. Tapi disulami dengan senyuman hambar yang sengaja dibuat-buat. Aku pun balas dengan senyuman kosong. Tak ada makna apa-apa. Sekadar menyambut selorohan dia yang tak berapa menjadi.

Masa akak dapat anak ke dua, bekas suami akak dah mula pandai main perempuan. Dia buat hubungan dengan bekas kawan sekolah dia. Sanggup dia balik kampung dia masa raya sebab semata-mata nak jumpa betina tu. Akak ni macam apa dibuatnya. Tak ingat dosa pahala. Tak ingat anak bini. Lepas dah banyak kali gaduh,belasah sana sini, ugut mengugut, akak buat keputusan paling berat dan nekad. Akak tabahkan hati. Akak memang nekad. Akak sayang anak-anak akak. Jahanam masa depan tengok keluarga tak ada nur macam ni. Tekanan dalam hidup diorang akak tak nak jadi penyebab diorang jadi manusia tak ada motivasi.

Akak dah fikir masak-masak masa tu. Akak nekad tuntut fasakh. Akak tak kisah bekas suami akak nak ugut bunuh ke,apa ke. Nak bomoh ke,nak sihir ke. Akak dah tak peduli. Semuanya demi masa depan anak-anak akak. Akak buat laporan polis -cover report sebagai jaminan akak dan anak-anak. Bukan akak nak dia masuk penjara ke apa. Cuma untuk keselamatan sahaja. Kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan kan.

Macam tu lah dik. Sampai sekarang kes akak masih berjalan. Doakan akak baik-baik ye dik. semoga lepas ni ada sinar baru untuk akak dan anak-anak. Akak doakan bekas suami akak jadi manusia yang lebih baik. Akak tak pernah hasut anak-anak akak untuk benci bapak diorang. Doakan selalu supaya bapak jadi penghuni syurga. Sentiasa maafkan kesalahan bapak korang. Jangan pernah berdendam. Dendam yang dibawa dalam hati,boleh membarah. Sentiasa jadi pemaaf.


----------------------------------

Kami berpisah dan bersalam-salaman lepas tu. Sebab keluarga aku dah nak balik. Lama juga aku dengan dia berborak. Tapi,bukan selalu pun jumpa. Ye tak?

Kisah akak ni buka mata aku tentang jodoh yang Allah tetapkan. Kita kahwin biarlah kerana Allah. Bukan sebab tertekan atau tercabar dengan keadaan sekeliling. Sayangi diri sendiri. Perkahwinan adalah perkongsian dan kerjasama berpasukan. Pelayaran keluarga datang dari kekuatan juragannya. Pincang ketua,pincanglah keluarga.

Buat suami akak tu. Ko memang patut dimaki berbakul-bakul. Ni aku senaraikan kejahatan kau.

1- Kaki perempuan
2- Kaki bomoh
3- Kaki belasah anak-anak dan akak
4- Suka ambil kesempatan
5- Menyusahkan mak akak
6- Kaki penipu

Semoga kau dah tak jadi semua kaki-kaki ni. Ha3...kita doakan je lah...



P/S: Cerita benar dari rakanku yang benar di alam nyata.









Wednesday, July 11, 2018

AKU NAK KABOR JE...

Assalamualaikum...
.
..
...
....
.....
JANGAN JADI PEREMPUAN BODOH!
PEREMPUAN KENA BIJAK SUPAYA TAK KENA KENCING DENGAN MUSIBAT!
JADI MAK JANGAN TAKUT DENGAN ANAK
BIAR ANAK YANG TAHU RASA HORMAT DAN TAKUT DENGAN MAK BAPAK
SEBAB TU NABI KATA TANDA AKHIR ZAMAN BILA HAMBA MELAHIRKAN TUANNYA
.
Eh,geram pulak aku.
.
.
.
Dah.
.
Tu je.
.
.
Wassalam...

Friday, June 1, 2018

SIKAP SI KAYA VS MAT JENIN

1. Orang kaya mengkagumi orang kaya dan berjaya. Orang biasa masih iri hati, tuduh rasuah pada orang kaya dan berjaya.
"Alah pakai kabel lettew"
2. Orang kaya saling membantu sesama mereka untuk menjadi kaya, ia bukan perlumbaan siapa kaya tetapi lebih kepada pencapaian sendiri.
"Kita santau jerlah kedai makan sebelah nie"
3. Orang kaya kurang bercampur dengan orang biasa kerana cara berfikir mereka berbeza, orang kaya percaya pada usaha. Orang biasa percaya pada nasib.
"Nak buat camner dah lahir miskin"
4. Orang kaya utamakan kejayaan orang lain, kepuasan dicipta bila berjaya bantu orang.
5. Orang kaya senantiasa pastikan orang lain menang baru dia menang, orang biasa sebaliknya.
"Duit pun tak ada, macam mana nak sedekah"
6. Orang kaya suka berwawasan besar, orang biasa fikirkan apa alasan yang boleh diberi.
"Nak mintak m.c lah besok"
7. Orang kaya mempunyai komitmen menjadi kaya, orang biasa hanya ingin menjadi kaya.
"Ada cara tak nak cepat kaya"?
8. Orang kaya percaya mereka bertanggungjawab terhadap hidup mereka, orang biasa masih menyalahkan kerajaan, ahli politik, nasib, polisi dan Yahudi, PTPTN dan BR1M
"Bila BRIAM nak naik lagi nie"?
9. Orang kaya mempunyai orentasi masa Masa Depan, orang bisa mempunyai orentasi masa lampau.
" Tak guna duit banyak asik menyimpan, bukan boleh masuk kubur".
10. Orang kaya penuh usaha dan tenaga, orang biasa penuh alasan dicipta.
"Bulan puasa ni, mana boleh rajin rajin sangat"
11. Orang kaya mempunyai pendapatan tambahan, orang biasa bergantung pada satu gaji sahaja.
"Mana ada masa nak buat partime? "
12. Orang kaya bermain dengan wang untuk menang, orang biasa bermain dengan wang untuk kelihatan mewah dihari raya terutamanya.
"Duit raya kali nie kita kasi RM10 sorang, baru nampak mewah"
13. Orang kaya fokus pada peluang, orang biasa fokus pada halangan.
"Saya mana pandai bisnes online nie"
14. Orang kaya membuat duit bekerja keras untuk mereka, orang biasa bekerja keras untuk wang.
"kerja dah teruk, boss O. T pun tak nak bayar"
15. Orang Kaya menguruskan wang dengan baik, orang biasa menghabiskan wang yang ada.
"Offer Lazada raya nie bagus nie"
16. Orang kaya fokus pada keperluan hidup, orang biasa fokus pada gaya hidup.
"Gaji naik nie nak beli Honda, rumah nantilah dulu. Muda lagi"
17. Orang kaya memilih semuanya, orang biasa pilih salah satu saja.
"Nak bahagia atau nak kaya? Nak yang mana satu"?
18. Orang Kaya memilih dibayar berdasarkan hasil, orang biasa memilih dibayar berdasarkan waktu.
19. Orang kaya bersedia mempromosikan diri mereka dan nilai nilai mereka, orang biasa berfikiran negatif tentang promosi diri.
"Malulah, nanti kawan sekolah kata aku sengkek sangat jual takaful nie"
20. Orang kaya bergaul dengan golongan positif dan berjaya, orang biasa selesa dengan kelompok yang sama meminta bantuan sahaja.
"Kita undi yang bagi BR1AM lebih nantinya"
21. Orang kaya terus menerus belajar sepanjang hayat, orang biasa beranggapan mereka telah tahu semua ini.
"Alah semua seminar nie buang duit saja"
22. Orang kaya melawan ketakutan yang ada, orang biasa membiarkan ketakutan menghentikan mereka.
"Takutlah nak berniaga pasar malam, banyak hantu malam malam"
23. Orang Kaya penerima berita yang baik, orang biasa salahkan takdir sepenuhnya.
" Dah susah tu buatlah cara susah"
24. Orang kaya percaya, kekayaan harus dibina dan memakan masa. Orang biasa percaya adanya skim cepat kaya dan jalan pintas.
"Ramai dah berjaya joint skim emas ETA nie, semua dah kaya"
25. Dalam filem melayu Anakku Sazali dan Si Tanggang bila kaya akan jadikan anak kita derhaka, menjadi kaya pasti jadi jahat

Friday, January 19, 2018

POST PERTAMA TAHUN 2018

Hi, Assalamualaikum...
Lamo x post dalam ni
.
.
.
Den nak tanyo. Den orang Melayu Jawa.
Kawan den ado Cina,India, Melayu Banjar dan segala macam keturunan Melayu Nusantara.
.
.
Darah kami lain tak?
Jenis darah yoo lah den tau ado 4 jenis yg utama. Bombay lain citer.
Tapi, yang den musykil...darah kito lain-lain warno ko?
Samo kan? Merah..merah darah kan?
.
.
.
Tapi...
.
.
Den musykil..
.
.
Apo pasai ada iklan sekarang ni produk lipstick calit kat bibir bertukar jadi warna darah kito.
.
.
Den ni tah lah bibir hitam. Den dari dulu lagi kalau pakai lipstick bibir den tukar jadi kelabu asap.
Darah den warna kelabu asap ko?
Abih,kalau lipstick tu jadi warno hijau kat bibir den, den ni berdarah hijau ke?
.
.
Den musykil. Dulu,kini dan sampai la kalau ado orang sudi explain kat den.
.
.
Den seorang rakyat yang confuse dengan marketing main melulu je nih.

Yang benar,
Anak Kakyah.

Friday, July 21, 2017

PUISI MENGGODAK JIWA

 
 
 
 
 
Kini agenda yang diamanahkan
terpinggir dalam keagungan kehidupan
meredah seribu jalan berliku
dengan keempukan bicara
sehingga terkulailah
kuntum-kuntum pewaris
di persada watan tercinta

Kini agenda yang diwasiatkan
terhumban ke lembah lumpur berapi
tiada secarit pun
watikah yang diwasiatkan
dinlai dan diberkati
dicerna dan dimengerti
hancur bersama lumpur berapi
bersama harapan dan impian murni

Berlalu sepi sebuah agenda
dari angkara pemuka kemewahan
anak-anak Bumiputera di pinggir rimba
meratah sisa-sisa kemewahan
terbenamlah kehidupan mereka
di lembah lumpur berapi

Sehingga itulah
nasi sudah menjadi bubur
lantaran bicara
tidak betah dibicarakan

Nanarlah kehidupan anak-anak pewaris
ayam dikepuk mati kelaparan
itik di air mati kehausan
dalam rimba raya kemakmuran
mengemis di padang saujana





























 

Friday, May 13, 2016

YA ALLAH, HINDARKAN AKU MENJADI HAMBA HARTA!

Assalamualaikum...
Salam sejahtera pada sekalian alam ciptaan Allah.
Yang Maha Besar lagi Maha Kaya.

D.U.I.T.

Untuk hidup di dunia ini memang memerlukan duit dan harta.
Sesiapa sahaja.
Agar dapat memelihara jati dan maruah diri, agama dan bangsa.
Islam pun menggalakkan kita berusaha untuk menambahkan kekayaan.
Supaya dapat membantu menegakkan syiar Islam dan bantu orang-orang Islam dan golongan yang tidak berkemampuan daripada melarat dan menuju kekufuran.

Aku cuma tak faham.
Adakah kita terlalu berkehendakkan menjadi kaya sehingga sanggup tujuan kita membutakan mata dan membutakan hati?
Fikiran rasional dan kewarasan menjadi perkara nombor dua.
Yang penting, "aku dapat jadi magnet duit".
Menuntut ilmu dari sang penipu.
Jadilah kita legasi sang penipu.
Menipu orang lain untuk turut serta dalam kejahilan abad ini.
Wallahualam....




P/S: Gambar dari sumber internet. Aku tak tahu insan-insan dalam gambar buat bisnes apa.

Saturday, April 2, 2016

APA KHABARMU DI SANA?

Assalamualaikum...
2 April 2016 - Sabtu

😖😖😖
Semalam genap 8 tahun arwah mak dijemput Allah.
8 tahun yang langsung tak rasa macam selama itu.
Semuanya masih segar dalam kepala fikiran aku
Macam nak kongsi dalam blog ni
Tapi aku tak mampu. Akal kata usah diungkit memori sedih.
Hati kata apa salahnya?Memori terakhir dengan arwah mak.Yang tak akan pernah tersangka akan jadi yang terakhir.
Akhir...
Dah tak akan ada memori dengan mak.Seorang mak yang mahu aku dakap sepuas-puasnya. Lepas tu aku nak ucap terima kasih sebab besarkan aku jadi orang.
Orang dan manusia.
Lepas tu aku nak mintak maaf setinggi-tinggi gunung yang tak akan tercapai dek akal.
Aku nak mintak mak halalkan makan minum aku. Keringat yang mak curahkan. Jasa baik mak layan kerenah aku.
Terbiadap sikit walaupun masa tu perasan konon konflik remaja. Semua ni pengaruh TV.
Mak..
Wida selalu doakan mak dengan abah dapat masuk ke syurga tanpa perlu dihisab. Sungguh-sungguh!
Lebih sungguh dari mintak dipertemukan jodoh.
 Ya Allah Ya tuhanku yang Maha pengasih dan Maha Pemurah.
Kau kurniakanlah syurga firdaus untuk kedua orang tuaku.
Tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang engkau redhai dan beriman.
Hapuskan dan ampunkanlah dosa-dosa mereka.
Terimalah amalan mereka di dunia.
Amin ya rabbalalamin...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...