Tuesday, May 26, 2015

BERPERASANGKA BAIK WALAUPUN KEPADA 'PEMINUM ARAK'.



Assalamualaikum....
Lagi sebulan nak puasa. Aku ada lagi 3 hari puasa Ramadhan tak qadha.
Cis! Tak guna betul umat Muhammad sorang nih.

Tak apa. Aku akan cuba habiskan 3 hari tu.
Pemalas betullah!

Semua orang ada sikap berperasangka buruk. MUSTAHIL sekali kalau ada orang mengaku tak pernah langsung berperasangka buruk dekat Allah, diri sendiri, mak,abah,keluarga,kawan, jiran.Hatta Rosmah sekalipun....Hehe...

Sikap was-was dalam diri kita ni disebabkan hasutan syaitonirrajim yang duduk bertenggek dekat telinga, hati kita, mata, mulut kita. Mendayu-dayu,berlagu-lagu dia bisik dekat kita jadi seorang yang su'uzzon (sangka buruk).
Memang dah tugas dia.
Jadi,apa tugas kita sebagai hamba Allah?
Lawanlah!Didik diri kita jadi baik. Didik hati kita jadi mulia.

Macam mana?
Bagi aku...

Pertama, banyakkan mengucapkan Astaghfirullah. Semoga Allah lindungi kita dari sifat mazmumah ni
Kedua, banyakkan bergaul dengan orang ramai. Sesiapa sahaja. Tak kira pangkat,agama,bangsa,perbezaan fahaman politik,lain warganegara dan sebagainya.
Ketiga, didik diri menjadi seorang yang terbuka selagi tak melanggar batas-batas agama dan peradaban.Minda yang terbuka tak akan menghakimi orang lain.
Keempat, kalau ada orang ajak mengumpat dan bersangka buruk,kau balas dengan senyuman dan cepat-cepat buka langkah blah dari situ.
Kelima, banyakkan bersedekah. Sedekah membuka rezeki dan mengelakkan sifat RIAK.

Allah berfirman yang ertinya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujuraat : 12)


Aku harap aku dapat didik diri sendiri jadi seorang yang bersangka baik.
Rugi sebenarnya kalau asyik sangka buruk kat orang lain dan asyik nak cari kesalahan je.
Sebab apa?
Penat lah...Negativity won't bring you anywhere.
Nabi dah kata....
“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta”
Berdusta satu,perangai buruk yang lain pun akan perlahan-lahan mula terbentuk.
Itu bahaya!
Hubungan kita pun akan bermula dengan syak wasangka. Tak BEST betul. Aku pernah kena. Aku tahu.Disangkanya aku budak sombong. Phui! Bertegur-sapa pun tak.....
Ghibah,hasad dengki,kebencian,jauhkan diri dari orang lain,tak punya sifat simpati...
Haih...
Jauhilah aku Ya Allah...Dari sifat-sifat ahli neraka ini...
Amin...

Jom doa. Nak doa sendiri punya ayat pun boleh....
"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku."
Kisah peminum arak tu macam ni....
(Maafkan aku kalau cerita ini tak sahih. Yang penting isi)
Satu kisah dizaman Sultan Murad ke- 4 khalifah Bani Abbasiah Iraq:-
Pada satu malam Sultan Murad berasa tidak senang hati maka dia pun membuat keputusan utk keluar dgn seorang ketua pasukan kawalan, mereka menggelilingi bandar Baghdad. Jadi mereka menyamar secara senyap2 macam orang awam dan sampai kawasan tepi hujung kota....mereka terlihat seorang terbaring atas jalan raya. Mereka pergi dekat dgn org yg terbaring tersebut dan menyedari bahawa org itu sudah pun mati! Tetapi orang tempatan yg lalu lalang disana buat tak peduli pun! Jadi Sultan Murad pun berteriak:-
Hey apa ni?
Mengapa kamu tak peduli si Mayat ni?
Mana keluarga atau rumah nya?
Tiba2 ada orang menjawab- si Mayat ni adalah orang ZANDIQ (fasiq jahat) peminum arak dan penzina pergi kpd pelacur!
Tegur si Sultan Murad; bukan kh dia drp Ummat Nabi Muhammed SAW?
Sila tolong angkut jenazahnya kembali krumah nya! Bila sampai k rumah nya ...isterinya mula menangis dan orang awam tinggalkan mereka.Tinggal lah Sultan Murad dgn teman ketua pengawal nya.
(Yg ajibnya) si isteri semasa menangis berkata sambil berdoa:- ALLAH, kasihan nya WALI ALLAH.. sesungguhnya saya jadi saksi bahawa suami saya daripada kaum SOLEHEEN!
Jadi Sultan Murad pun tegur si isteri:- Macam mana awak panggil arwah Wali sedangkan org ramai kutuk nya hingga tak sudi pedulikan mayat nya??
Jawab si isteri:- saya sudah sangka akan berlaku sedemikian!
Suami saya selalu keluar waktu mlm pergi kekedai bar dan beli sebanyak mungkin botol arak dan bawa balik kerumah lalu membuangnya kedalam tandas rumah kami!
Dia berdoa aku telah kurangkan bala arak yg ada untuk orang Islam.
Dan dia pergi ke wanita pelacur dan bayar duit dan suruh pelacur jgn ambil pelangan dan tutup pintu mereka malam tersebut..selepas itu dia akan balik kerumah dan dia akan berdoa dan bersyukur, alhamdulillah kpd ALLAH yg beri tawfiq....ringankan dosa si pelacur dan pemuda orang Islam mlm ni.
Tetapi malang nya orang awam nampak dia beli arak dan masuk rumah pelacuran; jadi mereka sangka dia buat jahat!
Kata isterinya ,saya dah kata pdnya:- jikalau awak mati nanti awak tak akan jumpa sesiapa yg mandikan kamu dan solat jenazah dan kebumikan kamu! Tetapi dia pula tertawa dan menjawab balik:- Jangan takut!!! jenazah aku akan disolatkn oleh Sultan Negara Islam ni dgn ulama dan wali wali ALLAH!
mendengarkan kisah tersebut maka menangislah Sultan Murad dan berkata:- Benar lah si arwah! Aku ialah Sultan Murad! Esok kami akn mandikan arwah,solat jenazah dan kebumikannya.
Pada keesokkan harinya pengurusan jenazahnya serta solat jenazah disolatkan bersama Sultan , para ulama dan pembesar2 negara berserta sekalian hamba rakyat.
Maha Suci ALLAH! Kita hukum orang ikut yg kita nampak dan dengar saja apa jua percakapan orang.
Jikalau kita tahu yg tersirat d dlm hati; nescaya kita lebih berwaspada kawal lidah kita.

 “Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah “

Sunday, May 24, 2015

RESEPI : KENTANG GORENG OAT BERKARI


Assalamualaikum dunia....
Short entry! Short Entry!
Haaa...
Ini resepi namanya - APA PUN BOLEH-
Asalkan boleh dimakan dan kenyang.


Bahan-bahan:
Kentang 2 biji.
Tepung gandum+tepung beras
Oat
Telur sebiji
Serbuk kari
Daun kari (Kalau nak letak)
Garam



Aku makan ni sambil gigit cili api. Perghhh!!!
Berdesing telinga.
Mata berair, hidung berhingus.


Cara nak buat:
  1. Kupas kulit kentang. Tak nak kupas pun tak pe. Tapi basuh bersih-bersih kulit tu.Berus pun tak apa.
  2. Lepas dah basuh kentang, potong at least 4 secara vertikal. Aku suka potong 8. Nipis skit. Garing dan rangup dimakan.
  3. Dalam bekas plastik yang bertutup, campurkan oat,garam dan serbuk kari.Shake it!
  4. Bancuh batter tepung. Aku guna nisbah 1 tepung gandum:1 tepung beras. Kalau ada tepung magic yang goreng jadi macam KFC tu lagi senang.
  5. Pecahkan telur.Kacau.Celupkan kentang dalam telur,kemudian celup dalam adunan tepung.
  6. Campakkan dalam bekas bertutup yang ada oat tadi tu. Goncang kasi rata dan sebati. Jangan lupa tutup bekas tu. Berterabur pulak kang....Haru!
  7. Goreng.
  8. Siap dimakan. Bila-bila masa dan di mana jua.
Kenapa aku guna 2 kentang je? Sebab benda berminyak macam ni buat aku senang muak. Bleerrgghh!!
Tak boleh makan banyak-banyak.
Benda ni senang je nak buat.
Kacang mamak senang.
Selamat mencuba
Chiao!





Saturday, May 23, 2015

#MAESTROMEDIA - KEKERAPAN BERIKLAN DI MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum....

Semalam aku ada jenguk-jenguk dekat Instagram. Terbukak la satu hashtag ni.
#smallbusinessweek.
Dekat situ, macam-macam aku boleh belajar macam mana nak kembangkan perniagaan aku guna media sosial nih. Sebab aku bukan seo

Pertamanya,aku bukan seorang pakar dalam jadi seorang yang buat marketing dalam internet,hatta offline sekalipun. Sesungguhnya, dua-dua medium adalah sama penting.
Teman pemalu....kih3!

Keduanya, aku seorang yang jadi pening kepala dengan kepesatan teknologi sosial media ni. Katakan orang dah berbulan guna apps Dubsmash, tahun depan baru aku gelak. Kemudian,menyesal sebab ada je yang buat Dubsmash tak kelakar pun sebenarnya.

Ketiga, aku bukannya seorang yang rajin nak belek-belek smartphone setiap saat. Aku rasa macam buang masa, lepas tu aku jadi pening. Kot aku ada Computer Vision Syndrome (CVS). Heh! Sukahati je buat sendiri jenis syndrome.

Sooo......disebabkan aku nak jugak ikut trend semasa,#smallbusinessweek ni bagi aku idea macam mana nak atasi masalah kemalasan promote dekat media sosial nih.

Aku suka buat scheduled post. Buat sekali harung. Kemudian,setkan untuk post-out bila. Cuma bukak Social Network ni bila ada request atau respon dari orang ramai. Disiplinkan waktu untuk tengok phone/computer/tab. Bukan sentiasa nak kena update dekat FB or Instagram. Mahupun Twitter!



P/S: Aku selalu tengok link Social Network aku dari pukul 9-11 ngan 3-5. Wassapp anytime...Tehehehe!!



Tuesday, May 12, 2015

7 KUNCI PRINSIP BERFIKIR SECARA KEDEPAN

Assalamualaikum....

Hari ni nak motivasi sikit. Dah lama sangat tak motivasi diri sendiri nih. Bak kata Nabi Muhammad s.a.w, kalau tak dengar ilmu agama atau benda-benda bermanfaat, hati boleh jadi hitam dan degil tak mahu dengar cakap.

Huh!
Hamek kau.
Jadi hitam!
Hitam dengan kejahilan. Kebodohan. Kemunafikan. Ke.....banyak lagilah yang negatif.

Jadi, 7 prinsip ni memang baguslah untuk aku. Print kat kertas, tampal dekat Wall of Success aku. Apa tu?
Ha,nanti aku post pasal Wall of Success. Dari mana aku dapat idea tu dan kesannya dekat aku.
Jeng!Jeng!Jeng!
Sekarang, mai semak 7 prinsip nih.


 7 PRINSIP (PROMISE) UNTUK MAJU DALAM APA JUA KITA BUAT:

1- Have Passion

Passion. Keghairahan. Ianya adalah apa yang memberikan semangat dan inspirasi untuk orang-orang yang ingin ubah hidup dan mencapai kejayaan. Kalau kita ada kumpulan usrah,group wasap ke,kelab-kelab zumba ke...kita 'jangkitkan" mereka dengan semangat positif yang kita ada. Kita juga mesti ada misi dan visi yang boleh membantu orang kain jadi lebih bertenaga dan ada matlamat dalam hidup mereka. Jangan sesekali bersikap sinis dengan orang yang hidup biasa-biasa. Itu namanya BUAT TAHI dalam hidup orang.

2- Be Curious

Jadi macam kucing. Sentiasa mahu tahu perkara baru. Belajar perkara baru. HIdup kita ni memang tak akan pernah berhenti belajar. Jangan malu-malu untuk kutip ilmu walaupun dengan kanak-kanak. Rendahkan ego, kerana ilmu pengetahuan itu adalah asas kehidupan kita. Paling basic. Sebab, dengan ilmu dan kita arif dengan sesuatulah kita boleh cari penyelesaian dan jadi kreatif dalam selesaikan sesuatu masalah.SOOOO much to learn in our life!

3- Choose Courage

BERANI! Jadilah orang yang berani. 
Everyone is the same. Nothing superior or extraordinary about them. Just admire but never look down to yourself.
Kadang-kadang, nak buat sesuatu tu menjadi kita kena berani ambil risiko. Hidup mesti ada risiko. Baru ada warna dalam kehidupan. Buat bisnes, wajib berani! Berani untuk ambil tindakan yang cepat dan tegas dalam buat keputusan yang relevan. Jangan pulak memBABI buta.
Push yourself! Untuk jual idea, produk dan servis yang kita buat.. Buat cadangan dan kemukakan idea secara terbuka walaupun kita tak 'layak' nak buat macam tu pun. Hehehe...

4- Teamwork

Kerjasama. Terutamanya dengan kumpulan kerja kita ataupun pekerja-pekerja bawahan kita. Faham nilai bekerjasama. Tak ada pekerja yang bagus, tak adalah bisnes dan syarikat yang bagus. Dengar pada orang bawahan kita. Jangan jadi bos yang suka diKIPAS KAKI BODEK. Jadi rasional. Jadi adil. Mainkan peranan yang lebih berkesan di hati pekerja. Ingat! Kita kadang-kadang tak mampu nak buatnya seorang diri. Pekerja kita, aset kita! Cuba jadi bos macam kat bawah ni. He3...



5- Show Initiative

Cari INISIATIF. Jangan tunggu emas jatuh dari langit. Kerja keras cari emas dalam tanah. KOnsep MLM kebanyakannya macam tu. SHAKLEE tak. Jangan keliru,ok. 
Inisiatif macam mana yang aku maksudkan? 
Bila kau tengok ada peluang baik terbongkang depan mata, jangan tunggu je! Rebut peluang tu. Macam kau bisnes butang baju. Ada peluang bazar dekat kawasan lain. Lepas kira-kira semua aspek, kalau bagus kau jangan berlengah. Terus cari cara untuk dapatkan tempat di bazar tu. Kalau tak, orang lain yang lebih berinisiatif datang rampas peluang tu dari kau. Ada masalah, ada inisiatif.

6-Think Positive

Fikir Positif! Dalam hidup ni.....aku fikir memang kena sentiasa optimis. Terhadap orang lain, kerja kita, hidup kita. Bersangka baik. Jangan biarkan gegelung negatif berada dalam kitaran hidup kita. Berfikir secara positif ni biasanya menghasilkan insan yang sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik. Dia tak kisah benda negatif yang berada di sekeliling dia. Dengan aura positif tu juga dia boleh bawa orang lain jadi positif sama-sama juga. Jika kau fikirkan boleh, kau hampiri kejayaan!

7- Respect Others

Hormat orang lain. Bos, pekerja, pelanggan, orang ramai, pekerja kafe, pemandu bas. Hormat. Asas kehidupan yang memang dah diajar dari kecil. Dengan rasa hormat pada orang lain, menimbulkan rasa tanggungjawab dan senang untuk bekerjasama dengan orang lain. Rasa hormat dapat ditunjukkan dengan kejujuran hati dan perbuatan kita dan dengan perlakuan kita terhadap orang lain punya perasaan dan maruah mereka. 
Selain itu, adat berniaga memang ada pertandingan dan persaingan. Itupun kita kena hormat. Hormat dengan usaha pesaing kita. Kalau dah ada rasa hormat ini, kita akan terdorong untuk menghasilkan penyelesaian yang lebih baik dan produk yang lebih inovatif dari pesaing kita. Sikap tak hormat orang lainlah yang membawa masalah kepada dengki-mendengki,bunuh-membunuh,santau-menyantau dan lain-lain.

P/S: Jangan lupa tampal dekat Wall of Success ya!





P.R.O.M.I.S.E!




Wednesday, April 29, 2015

KENAPA AKU BOLEH JADI ANTARA ORANG YANG MUDAH PUTUS ASA?

Assalamualaikum....
Heh!
Apa khabar?
Rajin pulak update blog.

PUTUS ASA a.k.a GIVE UP!

Hmmm.....
Aku tak tahu. Aku tak pernah mengenal diri sendiri. Dalam banyak-banyak sebab dekat foto bawah ni, aku mengaku 70% itu aku.
Cuba tengok satu-satu orang lidi tu. Macam menuding dekat aku.
Terima kasih!
Sekurang-kurangnya, aku senang nak ingat dengan visual macam ni.
Lagi pedih! Lagi terasa!

Aku yang dulu, 10 tahun lalu...seorang yang kuat semangat. Tak pernah rasa nak putus asa. Seorang yang yakin dengan setiap keputusan aku buat. Gagal buatkan aku nak cuba lagi.Lagi dan lagi....
Pujian melambung dari semua orang. Aku jadi seorang anak yang selalu buatkan mak aku bangga. Semua exam score.
Sampai satu tahap aku hanyut. Hanyut dengan nikmat pujian yang sementara. Aku rasa dah cukup bagus. Pandang rendah semua orang.
Sampai tahap sanggup kata orang lain B.O.D.O.H...
Bodohnya aku....Jahilnya aku waktu itu.
Aku tak akan salahkan orang lain.
Tak akan!


Sebab aku tahu Allah sayang aku.
Allah sayang hamba-hambanya yang beriman...
Yang nak bertaubat ke jalan yang diredhai-Nya.
Allah baru bagi sikit je teguran.
Allah suruh aku tafsir sendiri.
Muhasabah diri.
Letak tempat aku di tempat orang-orang yang merasa kegagalan dalam hidup.
Allah nak aku rasa GAGAL dalam hidup.
Bukan untuk jadi seorang yang putus asa.
Tapi jadi seorang yang lebih baik.
Lebih rasional.
Lebih manfaat untuk Islam, masyarakat, Negara.
Amiinn....

Sekarang....
Bismillahirrahmanirrahim.....
Aku nak jadi aku yang 10 tahun dulu.
Bukan dengan sikap bongkak dan ego.
Tapi dengan kekuatan mental yang sama.
Tetapi penuh keinsafan dan peringatan dari Allah
Aku harap suatu hari nanti aku akan bangkit semula.
Jadi seseorang yang pernah diharap arwah mak aku dulu.
Jadi Doktor.
Heh!
Mak, doktor PhD boleh tak?
Insya-Allah...jika diizinkan tuhan.
Doa mak tu kan mujarab....
Disebut-sebut hari-hari.
Lama-lama jadi doa, mak.
Hehehe...
Al-Fatihah untuk arwah mak dan abah.

"Percaya kepada kebolehan diri sendiri, hati yang sarat prasangka perlu didamaikan, ketepikan bisikan yang mencakar sanubari menyuntik hasad dengki, jeritan kegusaran laungan hati jangan dibiarkan bersarang di hati berhari-hari, bisikan batin yang sia-sia jangan terbiasa, itulah antara prinsip teori -RESET MINDA" 
-Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhammad.

P/S: Jom amalkan doa ni sama-sama nak? Teringat masa sekolah dulu....

Monday, April 27, 2015

BOLEH TAK AKU NAK SENAM BERJALAN JE?




Assalamualaikum....
Aku jadi pemalas lepas aku dekat tahun ke-2 UITM. Masa tu aku rasa semangat aku hilang. Hidup jadi tak tentu arah. 
Malas bersenam. 
Malas nak bangun tidur.
 Malas nak lipat kain. 
Malas nak solat. 
Semua jadi malas!
Jadi, tahun ni...tahun 2015, aku nak susun balik hidup aku yang sekarang ni. Aku takut dekat hari akhirat nanti Allah tanya aku -'Apa yang kau buat semasa usia mudamu?'
Haaa...gerun tak? Allah tu yang akan tanya. Bukan polis, bukan cikgu, bukan mak bapak kau. Allah!
Jadi, buat permulaan. Aku nak aktifkan balik segala sendi dan otot-otot aku yang dah lama tak dikerjakan ni. Lantaklah nak sakit ke...sengal ke,...pedih ke. Aku berazam nak buat!
Amiiin....
Aku nak mulakan dengan aktiviti berjalan kaki. 
Bagi aku, berjalan kaki ni salah satu senaman yang sangat simple. Sebab, memang hari-hari aku berjalan. Beza cuma jarak perjalanan dan tujuan. Selama ni berjalan pakai selipar, lepas ni aku nak pakai kasut. Jauh sikit berjalannya.
Dr Mehmet Oz cakap -'10,000 steps a day is supposedly a normal person should do'.
10,000 kau! Aku? 1000 pun tak sampai.
"Just a few extra steps each day is a simple and easy way to take an active role in maintaining a significantly healthier life," says Timothy Gardner, MD, past president of the American Heart Association.

Mari Mulakan Sekarang!
1- Tetapkan matlamat!
Hidup aku yang memang kurang aktif ni, sepatutnya mulakan dengan 3 kali seminggu dengan berjalan kaki 20 minit. Agak-agak dah rasa selesa dengan waktu berjalan kaki tu, tambah kepada 5 atau lebih dalam seminggu dengan jumlah masa berjalan seminggu antara 2.5 ke 3 jam seminggu.
2- Pilihan jarak atau tempoh berjalan
Kalau aku pilih masa. Senang! Sebab,aku suka berjalan dekat kawasan perumahan aku ni. Jadi, jarak yang sama tiap-tiap hari. Cuma masa je berlainan. Tapi, sesetengah orang akan fokus pada jarak.
 "Ultimately, it's about speed," Schurman 
Kalau pilih jarak  kilometer sehari, tapi habiskan dalam masa  jam.....itu bukan senaman. Itu sight-seeing. Ambil angin tepi pantai lepas melantak seafood. Uih,Seafood! Nyum!Nyum! Langsung tak menyumbang untuk jadi lebih cergas! Jadi, Schurman kata lebih baik guna masa dan jarak. Sambil-sambil periksa kadar degupan jantung. 

Sebab apa kena periksa degupan jantung?
Sebab...Bersenam pada kadar degupan jantung tertentu menunjukkan betapa kuatnya kita bersenam. Kalau ada monitor degupan jantung, itu sudah bagus. Tapi, takkan nak bawak time jalan. Sekarang dah banyak apps boleh tolong ukur kadar degupan jantung kita. Ataupu  ukur kadar denyutan nadi kita.
Kadar degupan jantung yang sepatutnya?
70%-75% daripada kadar maksimum degupan jantung. 
Kalau dah memang fit, mungkin lebih.
Atlet - 40-60 degupan seminit.
Orang biasa - 60-100 degupan seminit
Itu atlet? Yang macam aku?
Caranya - 

  • Ambil kiraan nadi di bahagian dalam pergelangan tangan kita. Yang selari dengan ibu jari.
  • Guna jari telunjuk dan tengah untuk kiraan nadi. Tekan pada salur darah di pergelangan tangan.
  • Kira bacaan nadi untuk 10 saat dan darab dengan 6 untuk cari denyutan per minit. Sepatutnya berada dalam lingkungan 50-85% kadar maksimum degupan jantung. 



AgeTarget HR Zone 50-85%Average Maximum Heart Rate, 100%
20 years100-170 beats per minute200 beats per minute
30 years95-162 beats per minute190 beats per minute
35 years93-157 beats per minute185 beats per minute
40 years90-153 beats per minute180 beats per minute
45 years88-149 beats per minute175 beats per minute
50 years85-145 beats per minute170 beats per minute
55 years83-140 beats per minute165 beats per minute
60 years80-136 beats per minute160 beats per minute
65 years78-132 beats per minute155 beats per minute
70 years75-128 beats per minute150 beats per minute

Selain kiraan degupan jantung dan nadi, macam mana nak lakukan ujian yang kita memang sedang melakukan senaman?
"Ujian Bercakap" - Talk Test
Ujian ni untuk mengukur keberkesanan permulaan senaman yang kita buat.
"If you can string together six to eight words or chat briefly, you're in your aerobic zone". 
'Jika anda boleh menyusun 6-8 ayat atau dapat berbual pendek, anda berada dalam zon aerobik'
Jika tercungap-cungap, lakukan senaman dengan perlahan-lahan. Tapi, kalau aku masih boleh berbual-bual macam biasa,mungkin aku tak cukup jauh dan laju berjalan. Cis!

4 Cara Untuk Kekal Bersemangat Bersenam

 
    Image result for pedometer
  • Pakai pedometer. Pedometer ni tujuan dia untuk kira setiap langkah kau berjalan. Kat mana jual? Farmasi mungkin ada. Ha3...Benda ni aku rasa bagus sebab boleh buat summary berapa langkah kita dah berjalan pada hari tu. Hari-hari buat rekod. Sikit-sikit kita tambah bilangan langkah berjalan sampaaaaiiii la 10000 langkah. Fuh!
  • Simpan jurnal senaman berjalan kita. Ini bagus! Sebab, kita ni memang dah dilatih nak melihat hasil yang kita buat di depan mata. Kalau ada jurnal ni, memang kita akan tahu bila kita buat senaman, hari ni buat berapa, bila kita ponteng dan sebagainya. Alah...pakai buku 555 pun boleh. Kecil dan senang nak bawa.
  • Buat senaman berjalan ni dengan orang lain. Fuh! Yang ni susah sikit. Kecuali kakak aku nak ikut. Tapi.....selalunya memang jarang la dia nak ikut. Phui! Kalau kita ada teman berjalan ni, kita mesti ada satu semangat untuk tak menghampakan partner kita sebab kita give-up di pertengahan jalan. Sekurang-kurangnya ada rasa nak bersaing. He3...
  • Join pertandingan ataupun aktiviti amal yang melibatkan larian dan marathon berjalan. Sebab apa? Sebab...aku rasa kalau kita dah ada rasa nak join aktiviti macam ni, mesti kita dah ada GOAL sendiri untuk capai certain jarak atau masa. Mungkin kita boleh cabar diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang luar dari jangkaan kita. Bawaklah partner kita tadi tu. Baru rasa nak bersaing lebih lagi. Siapa kalah, kena belanja! Kui3...

P/S : Jalan je dulu.....Lari? Sat gi lah....

Sunday, April 12, 2015

AKU MENGAKU AKU TAK PANDAI MENULIS


Assalamualaikum...
Seingat aku kali terakhir aku pergi Pesta Buku dekat PWTC masa tahun 2011.
Kalau aku pergi sana mesti aku pergi bahagian komik dulu.
Ah! Pedulik! 
Walaupun dekat situ boleh dikatakan 90% belia muda remaja.
Mana lagi nak cari edisi-edisi terhad majalah Gila-gila, Apo, dll. Edisi terhad majalah komik lain dengan harga cun.Heh!
Lepas tu baru pergi bahagian keluaran buku ikut negeri. Belah Utara paling aku suka.
 Hidup Selangor! Eh?

Ramai orang tak tahu sebenarnya banyak penulis-penulis yang bagi aku, aku suka gaya penulisan penulis-penulis ni yang suka kaitkan penulisan mereka dengan keadaan dan suasana asal-usul mereka. Barulah aku boleh bayangkan kehidupan orang lain dari sudut pandangan ikhlas bukan khayalan semata-mata. 

Aku tak akan berpura-pura berhati penuh sukacita pergi dekat bahagian fiction ngan non-fiction punya bahagian konon-konon nak beli buku paling ilmiah dengan harapan nak baca dekat rumah.
Konon...
Sebab aku dah pernah buat perangai macam tu. Memang ahzab nak menghabiskan bahan bacaan setebal kamus yang mana sinopsis lebih seronok untuk dibaca berbanding cerita sebenar. 

Good Marketing!

 Dengan tagline 'Laku Keras sehingga 200,000 unit', 'Penulis Berbakat Alaf Ini', 'Anda Ketinggalan Jika Tidak Membacanya'-(hanya menyebut beberapa)-:)
Siapa tak terliur nak membelinya kan?
Itu aku...
Aku masih ada baki buku tak habis baca pun. Buku-buku yang boleh je aku cari kat luar dari Pesta Buku. Kadang-kadang lagi murah ada.
Aku memang tak akan cari novel-novel cinta Melayu yang ada atau tengah hot dekat pasaran.

Bukan sebab aku rasa novel-novel tu tak bagus. Cuma idea penulisan dah terlalu lapuk. Tak fresh. Tak berkembang sejak dari zaman aku pandai membaca lagi. 
Tak ada masalah kalau memang minat membaca karya macam itu. Macam akak aku.
Kadang-kadang aku tumpang sekaki gak.

Tak ada hal...

Novel cinta Melayu pertama yang aku berjaya habiskan masa aku darjah 4. Tiga Wajah karya Lamia Aimal terbitan Creative Enterprise.. Tebal gilooo!! 
Tapi seronok aku baca. Sampai tak mandi 2 hari. Sebab takut kakak aku curi baca masa aku mandi. Phui! Bau hangit!

MUNGKIN TAK BELI KOT...
Sebab?

1- Akak aku memang akan beli APA SAJA novel cinta Melayu yang hangat di pasaran. Jimat di situ. Mungkin...Mungkin kalau aku tiba-tiba ada masalah tidur, aku akan cuba jugak baca novel-novel macam tu. Mungkin je yer...Mungkin....Qada' dan Qadar kita tak tahu.

2- 'My money doesn't belong to those cheap trash'-Anonymous.
 Ini terlalu kejam. Aku kasi lembut sikit. 'Duit aku untuk beli jajan' - AnakKakYah.

3- Jalan cerita terlalu tipikal. Tipikal penerangan dalam Bahasa Melayu apa? 

4- Kadang-kadang buat aku rasa macam Deja Vu. Macam pernah ku baca buku ini, tapi di mana ya? Untuk 2 buku yang berlainan penulis dan tajuk.

5- Plot penceritaan kadang-kadang tak ada pun klimaks. Tak ada keterujaan pun dekat situ. Mendatar. Tau-tau dah jatuh cinta balik,kahwin dan terus bahagia dapat anak. Dongeng sedikit di situ.

6- Elemen wajib novel cinta yang aku tak berapa gemar - Lelaki/Perempuan anak orang kaya, pasangan dia orang miskin. Watak mesti kena anak Dato', tak pun Tan Sri.Kahwin paksa atau kahwin kontrak (ini harroomm). Cinta 3 segi dengan kawan baik sendiri. Watak utama yang kadang-kadang terlalu lemah. Watak mesti nak cun melecun, kadang-kadang kacukan Pakistan dengan Sepanyol dapat Melayu ala-ala Jason Godfrey tak pun Marian Rivera. Huh!

7- Nama mesti nak canggih. Tak pernah aku baca watak utama nama Karim. Karim mesti bapak dia atau watak jahat. Hahaha! Maaf Karim!

8- Mesti ada Syarikat Holdings dan sebagainya. Paling ketara Construction company. Cubalah buat watak utama anak tauke kain ke...tauke sawit ke...

9- Huih...panjangnya! Last..Yang ni last. Adegan hospital. Kau sakit, aku sakit. Ko eksiden,aku pun eksiden.Keh3...

Novel cinta Melayu terakhir yang berjaya aku habiskan - 
Gadisku Wan Adnin - Noor Suraya
Puitis dan sinis ko...


Tengah mencari Novel cinta/tak cinta Melayu lain yang memberikan sentuhan segar dan rasa ikhlas bila membacanya. Perghh!! Macam good-good..

Sebenarnya aku dari tadi tak berhenti gelak. Kelakar dengan gambar bawah ni. Inilah bahana dari banyak sangat 'picisan-picisan' di pasaran. Mungkin yang buat ni dia pun rasa kelakar. Bagus ni untuk hilangkan tekanan. Aku mula gelak dari no.5 ke bawah. Hehe...



Sumber


Mungkin dia geram sebab adanya novel-novel sebegini ( foto bawah) yang terbuka luas untuk diakses kanak-kanak, remaja dan akhirnya akan cuba diangkat sebagai karya adaptasi ke TV.
Mainstream!
 Berlonggok depan TV maghrib-maghrib tengok cerita yang.....!@#$%
Agak lucah kat bawah ni. Kahkahkah!
Fokus tang ketiak tu.
Bleerghh!!


Sumber
Atau dia dapat tahu, pasal Bestseller ni...



Spekulasi je eh...Spekulasi. Bukan fakta.
Hahaha...Selamat bergembira duhai insan semua. 


P/S: Just my two bits. Trying not to be skeptical. Chill!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...