Wednesday, December 30, 2020

Ambang 2021

 Assalamualaikum


Ambang 2021. Banyak perkara berlaku di tahun 2020 ni

Kisah Covid-19 yang masih tak berkesudahan

Juga,aku pindah keluar dari kedai yang aku dah duduk bekerja dari tahun 2016

Sedih bercampur suka..macam-macam perkara yang mendewasakan aku sepanjang berniaga kat Alam Avenue 2 ni

Berniaga macam bukan peniaga. Ha3...belajar dari kesilapan dan cepat-cepat tarik diri dari lembah gelap yang aku sendiri tak nampak cahayanya

Ampunkan aku Allah. Jika aku tidak bersyukur atas nikmat diberi peluang untuk berniaga tapi semuanya disia-siakan

Rahmat Allah itu luas. Banyak benda aku nak belajar dan faham

Izinkan aku menerokanya. Dekatkan aku denganMu,Allah

Izinkan aku ya,Allah. 

Oh,ya. Baber sempat pesan kat aku untuk lebih jaga kesihatan dan penampilan diri. Sayangi diri sendiri. Sebab eyebag aku makin besar😆

Terima kasih,sahabat dunia akhirat. Jujur dan padat. Ha3...

Akhir kata,Selamat kurangkan dosa dan mari kita tambah pahala. Tahun bertambah,maka makin dekatlah kita dengan hari pengadilan. Jangan sia-siakan waktu muda. Takut itu yang membuatkan kita tak dapat jawab soalan dari Allah s.w.t. Apa kau buat masa jadi khalifah di bumi

Hidup,jadilah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain


Salam santun dan salam 2021,

Anak Kak Yah








Thursday, June 18, 2020

ANGANKAN BERDIRI DI PUNCAK TINGGI

Teringinnya hati ini

Punya kesempatan pergi ke kawasan tinggi

Menghirup udara yang segar

Menikmati pemandangan luas terbentang

Menghela nafas kepuasan dan kelegaan

Menjerit dan melaungkan kegembiraan

Tanda bersyukur kepadaNya

Juga tanda sesuatu itu tidak mustahil jika bersungguh-sungguh dikerjakan

Demi meraikan kejayaan yang sudah lama diidam-idamkan

Terlalu banyak yang ingin dicapai

Harus disenaraikan agar tidak dilupakan

Kadang terlupa,perlu sentiasa diingatkan

Seharian dan setiap masa

Impian kita...adik beradik ku semua

Tuesday, March 17, 2020

JIWAKU TERTINGGAL DI MANA-MANA

Assalamualaikum...


Tajuk macam mengundang kesedihan

Ya,memang sedih

Sedih yang aku tak tahu nak diluahkan pada siapa

Bukan tak tahu,tapi lebih kepada tak mahu

Penyesalan bersulamkan rindu dan rasa bersalah lebih dalam berbanding sedih kerana kehilangan

Tanggal 7 March 2020 yang akan ku kenang sampai bila-bila

Ungkapan maaf yang tak terlerai,
Ucapan terima kasih yang tidak tersampai,
Titipan doa yang sering terabai

Ampunkan aku abang
Terima kasih atas perhatian dan jasamu
Semoga kita bertemu di syurga

InsyaaAllah

Terima kasih...
Terima kasih...
Terima kasih...

Allahyarham Bang Wak
7/4/1970 - 7/3/2020
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...