Baru selesai bulan Syawal.
Ada kisah menarik suka dan duka sepanjang Syawal. Salah satunya ni haa..
Kisah yang bagi aku makin kerap didengar di mana-mana. Jadi,kita ambil pengajaran je lah ye. Semoga akak lepas ni lebih bahagia. Amin...
Cerita bermula di suatu petang yang indah. Angin sepoi-sepoi bahasa pukul 3.
Aku tanya dia kenapa akak sakit hati sangat dengan bekas laki akak?
.
.
Diam..
.
.
Hening
.
.
Lalu dia buka bicara...
.
.
Akak ni bukan benci sangat pun dengan dia. Cuma akak dah penat. Penat kepala otak, penat tubuh badan akak. Beban kerja pun tak sepenat akak hidup dengan dia. Dari penat, lama-lama akak jadi bosan. Bosan sampai akak rasa nak muntah luahkan tak boleh, telan pula jadi sebu satu badan.
.
He..he..he..Lain macam akak punya rasa tawar hati tu ye? Kalau akak tak kisah, boleh saya tahu ciri-ciri apa yang buatkan bekas suami tu dah tak layak akak hidup bersama dengan dia? Saya ni belum kahwin,kak. Nak kata bercinta pun banyak kali putus di tengah jalan. Jadinya, nak kenal lelaki tu belum sampai tahap saya boleh senaraikan sikap-sikap lelaki.
Tapi, adik beradik lelaki saya ramai. Kira dapat la juga saya kenal sikit-sikit. Tak semenggah ada, yang baik pun ada. Ceritalah kak...
.
![]() |
Sumber FB: amy_fitria |
Kau dengar ye dik...
Berdoalah untuk diri sendiri supaya kau dijodohkan dengan orang yang taat perintah Allah dan hormat ibubapa. Itu je dik. Kalau dah kita minta jejaka yang taat dengan perintah Allah ni, maknanya menyeluruh lah ye dik...Tanggungjawab, belas kasihan,....haaa..semua tu dah termasuk sekali lah ye.
Yang tak baik tu semua datang dari kita makhluk Allah yang banyak buat dosa.
.
.
Sini akak nak cerita. Tapi kau jangan pulak jadi paranoid dengan perkahwinan.
.
Akak kahwin umur 27. Kira tak lewat sangat, tak awal sangat. Akak ni orangnya jenis berdikari. Rumah dah beli,kereta walaupun second hand, tapi akak dah habis bayar. Syukur.. Jadinya akak ni jenis tak suka susahkan orang lain. Ada masa lapang akak buatlah apa-apa yang berfaedah.
Nak dijadikan cerita, akak pun kahwinlah dengan bekas suami akak sekarang ni. Masa mula-mula kahwin memang semuanya indah belaka. Sumpah,dik!Kalau ada orang yang kata sanggup lautan luas ku renangi tu memang betullah tu. Betapa kuatnya penangan cinta tu dik.
Aku masih diam. Mengangguk-angguk kepala tanda setuju. Terbayang dalam fikiran pernah ke dibuat orang,kerana cinta sanggup diredahnya laut yang luas tu? Hehehe..merapu je.
Indahnya dan manisnya perkahwinan tu dik,akak cuma dapat rasa dalam 3 bulan pertama. Belang bekas suami akak ni mula nampak masa akak mengandungkan anak pertama akak. Masa tu peritnya sepak terajang kehidupan baru akak rasa. Pertama kali akak ingat dia naik tangan,sebab akak tak nak bagi dia duit je. Ketua keluarga macam apa tu dik, kalau tiap-tiap bulan asyik mengemis duit isteri je.
Bukan akak berkira. Gaji dia lagi besar dari akak. Anak pun belum ada. Tapi tiap-tiap bulan mesti minta duit dengan akak. Rupa-rupanya dia buat main judi. Sakitnya hati akak ni Allah je yang tahu.
Mula dari situlah dia mula naik tangan. Akak penat balik kerja,dengan penat mengandung bawa perut ke hulu ke hilir. Adaaa je benda tak kena kat mata dia. Hari-hari gaduh. Rumah tu jadi tak berseri dengan kasih sayang. Panas memanjang. Akak berubat dengan ustaz untuk mencari penawar masalah rumahtangga akak. Minta doa untuk lembutkan hati bekas suami akak untuk jadi manusia lebih baik. Akak tak pernah lupa doa untuk dia. Disetiap sujud akak,nama suami akak mesti akak titipkan sekali.
Mungkin Allah nak uji. Itu je akak pujuk diri sendiri. Perkara ni berlanjutan sampailah akak mengandung anak kedua. Gaduh-gaduh pun dapat juga anak ke dua ye,dik..
Akak tu berseloroh cuba bergurau. Tapi disulami dengan senyuman hambar yang sengaja dibuat-buat. Aku pun balas dengan senyuman kosong. Tak ada makna apa-apa. Sekadar menyambut selorohan dia yang tak berapa menjadi.
Masa akak dapat anak ke dua, bekas suami akak dah mula pandai main perempuan. Dia buat hubungan dengan bekas kawan sekolah dia. Sanggup dia balik kampung dia masa raya sebab semata-mata nak jumpa betina tu. Akak ni macam apa dibuatnya. Tak ingat dosa pahala. Tak ingat anak bini. Lepas dah banyak kali gaduh,belasah sana sini, ugut mengugut, akak buat keputusan paling berat dan nekad. Akak tabahkan hati. Akak memang nekad. Akak sayang anak-anak akak. Jahanam masa depan tengok keluarga tak ada nur macam ni. Tekanan dalam hidup diorang akak tak nak jadi penyebab diorang jadi manusia tak ada motivasi.
Akak dah fikir masak-masak masa tu. Akak nekad tuntut fasakh. Akak tak kisah bekas suami akak nak ugut bunuh ke,apa ke. Nak bomoh ke,nak sihir ke. Akak dah tak peduli. Semuanya demi masa depan anak-anak akak. Akak buat laporan polis -cover report sebagai jaminan akak dan anak-anak. Bukan akak nak dia masuk penjara ke apa. Cuma untuk keselamatan sahaja. Kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan kan.
Macam tu lah dik. Sampai sekarang kes akak masih berjalan. Doakan akak baik-baik ye dik. semoga lepas ni ada sinar baru untuk akak dan anak-anak. Akak doakan bekas suami akak jadi manusia yang lebih baik. Akak tak pernah hasut anak-anak akak untuk benci bapak diorang. Doakan selalu supaya bapak jadi penghuni syurga. Sentiasa maafkan kesalahan bapak korang. Jangan pernah berdendam. Dendam yang dibawa dalam hati,boleh membarah. Sentiasa jadi pemaaf.
----------------------------------
Kami berpisah dan bersalam-salaman lepas tu. Sebab keluarga aku dah nak balik. Lama juga aku dengan dia berborak. Tapi,bukan selalu pun jumpa. Ye tak?
Kisah akak ni buka mata aku tentang jodoh yang Allah tetapkan. Kita kahwin biarlah kerana Allah. Bukan sebab tertekan atau tercabar dengan keadaan sekeliling. Sayangi diri sendiri. Perkahwinan adalah perkongsian dan kerjasama berpasukan. Pelayaran keluarga datang dari kekuatan juragannya. Pincang ketua,pincanglah keluarga.
Buat suami akak tu. Ko memang patut dimaki berbakul-bakul. Ni aku senaraikan kejahatan kau.
1- Kaki perempuan
2- Kaki bomoh
3- Kaki belasah anak-anak dan akak
4- Suka ambil kesempatan
5- Menyusahkan mak akak
6- Kaki penipu
Semoga kau dah tak jadi semua kaki-kaki ni. Ha3...kita doakan je lah...
P/S: Cerita benar dari rakanku yang benar di alam nyata.