Assalamualaikum...
Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Nak jadi positif, bagi aku bukan senang.
Orang yang positif ni selalunya orang yang banyak pengalaman...
Sebab pengalaman dah mengajar dia.
Untuk jadi lebih baik.
Berfikiran terbuka.
Sikap dia meninggalkan impak positif yang besar dekat orang lain.
Positif juga tak semestinya perlukan pengalaman dahulu.
Baru boleh postif.
Kita sememangnya perlu belajar dengan orang lain.
Melalui buku,dengar nasihat orang yang lebih bermotivasi dan bijak dari kita.
Ceramah agama,berusrah,baca Al-Quran, pohon daripada Allah dan macam-macam lagi.
Cuma rajin dan malas je.
Semestinya yang rajin tu sedar diri.
Yang malas, tinggallah dia dengan ego dan kejahilan.
Kebodohan yang akhirnya memakan diri.
Percayalah, orang yang membawa aura positif ini Allah akan bagi ganjaran dekat akhirat.
Kadang-kadang dekat dunia lagi Allah dah bagi.
Beli nasi lemak ayam,ayam masih ada darah....POSITIF.Bukan rezeki.Kot lah ada orang nak belanja Nasi Beriani.
Pergi mesyuarat, terlupa bawa bahan nak present....POSITIF.Kot lah ada soft copy dalam laptop.
Tudung kena berak burung...POSITIF.Orang kata kena berak burung tu ada rezeki nak datang bergolek.Hehehe...
Bos marah sebab salah type dokumen...POSITIF.Mungkin bos syok kat kau.Errkk!!
Enjin kereta kancil kau berasap....POSITIF.Kot lah terbuka hati nak beli kereta baru.
Tapi, ingat.
Sikap positif ini juga kadang-kadang hilang bila kita diuji dengan Allah.
Itu suatu perkara yang menjerumuskan kita kembali dalam keadaan negatif.
Jadi, amalkan sikap positif sentiasa tak kira masa dan tempat dan keadaan, Insya-Allah kita dapat harungi apa sahaja cabaran dalam hidup dan yang akan mendatang.
Chiao!
No comments:
Post a Comment