Wednesday, July 8, 2015

JEJAK RASA DI CUPPACAKE B'LICIOUSBATU PAHAT

Assalamualaikum...Salam Ramadhan ke-19.

Aku bukan peminat makanan manis.
Lagilah pencuci mulut yang manih-manih.
Huuuiii....Sakit kepala aku. Sekali dia tangkap kat kepala,sampai malam aku punya kepala berdenyut-denyut.

Tapi,aku ada perangai pelik.
Aku akan secara tiba-tiba suka benda manih ni time datang bulan.
Time hormon-hormon estrogen ni meningkatlah dia punya nafsu makan tu bergelojak.
Aku macam ada satu nafsu yang tak dapat dibendung untuk makan makanan manis.
Semua aku akan tibai.
Dari kuih asal Kelantan sampai ke Kedah sampailah ke western desserts.
KEH3...
Terutamanya kalau dibuat daripada coklat.
Huih...tiba-tiba lintasan kuih keria dalam fikiran.
Sooooddaaaapppnyyooolah!

Jadi, pada suatu hari....
Allah bagi rezeki.
Rezeki makan di CUPPACAKE B'LICIOUS


Aku suka dengan suasana restoran ni.Tenang dan sedap mata memandang.Cewah!
Dari tempat aku duduk, boleh dah nampak Yana Asam Pedas.
Sesuai jugak untuk sambut Birthday party kat sini, Sebab,selain ada menu makanan Cuppacake ni jugak ada sediakan pelbagai jenis kek dan desserts.
 Hohoho...
Kuih raya pun hado ko...
Dalam freezer dia ada jual macam-macam - Durian Crepe, Aiskrim Malaysia, Cheesecake.
Aku rasa tu vendor yang hantar kot.
Harga?Ok...untuk sesekali datang saja-saja nak lepak.




Malam tu order - Air Honeydew,Teh ais ngan kopi O.
Makan laksa Johor,Chicken Chop ngan Nasi Lemak Ayam Dara kot. Tak hengat lah teman...
Dessert : Indulgence Cake dengan Cheese Brownies.
Overall : Good. Cuma Indulgence Cake tu dia punya ganache tak berapa ummphh!Keras sikit. Tapi rasa hokei!
Set Pinggan dia aku suka. Cantik.Kena dengan English Theme yang cuba dibawakan oleh restoran ni.
Huih...Macam pengkritik makanan antarabangsa sudeh...

Siapa-siapa nak datang atau nak intai-intai makanan di Batu Pahat ni...boleh gi ke FB dia.

Facebook: Cuppacake B'licious
Alamat : NO 39, Jalan Flora Utama 5, Taman Flora, Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim (Berhadapan dengan Yana Asam Pedas Batu Pahat)

Chiao!









Monday, July 6, 2015

TOMYAM PAPRIK

BAHAN-BAHAN :

2 ulas bawang putih ~ di mayang
2 ulas bawang merah ~ di mayang
100gm isi ayam ~ potong dadu
100gm udang ~ bersihkan
2 sudu makan cili boh/cili kisar
250ml air
1 batang serai
4 helai daun limau purut ~ diracik
1 sudu makan kicap manis
100gm bunga kubis ~ dipotong
10 batang kacang buncis ~ dipotong
1 batang lobak merah ~ dipotong halus
1 biji lada Benggala merah
10 biji ketiak jagung ~ dipotong
2 sudu makan perencah tomyam
1 sudu besar minyak untuk menumis

CARA-CARA :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang.
2. Masukkan cili boh/kisar dan masukkan isi ayam dan udang. Masak selama lima minit.
3. Kemudian masukkan semua sayuran seperti kubis,kacang buncis, lobak merah, lada benggala dan ketiak jagung.
4. Kemudian masukkan air, serai, daun limau purut dan kicap manis. Kacau sebati dan biar mendidih.
5. Akhir sekali, masukkan perencah tomyam. Gaul sekata dan siap untuk dihidang.

Sunday, July 5, 2015

BISKUT KOKO BADAM

BAHAN-BAHAN :

220gm mentega
220gm tepung jagung
70gm tepung kastard
20gm tepung gandum
20gm cincangan badam
20gm serbuk koko
90gm gula kastor
1 biji kuning telur
5ml esen vanilla

CARA-CARA :

1. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga kembang dan ringan
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.
3. Masukkan serbuk koko, cincangan badam, tepung kastard dan tepung jagung.
4. Pukul sehingga membentuk doh yang lembut.
5. Terapkan mengikut citarasa dan hiaskan mengikut citarasa anda.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190'C - 200'C selama 18-20 minim atau sehinggan biskut kekuningan.

INFO : Badam boleh digoreng terlebih dahulu tanpa minyak untuk rasa yang lebih enak.

Tuesday, June 30, 2015

JEJAK RASA DI LEEZO,BATU PAHAT


Assalamualaikum....


Leezo ni dekat blok bangunan yang sama dengan CIMB Bank.
Sebelah butik baju. Tak hengat apa nama dia.
Masuk-masuk,aku suka dengan interior dia.
Typical Western Restaurant dekat Malaysia.
Kemas,selesa dan tak serabut.
Kedai ni lagi satu bersih.
Mungkin sebab masih baru. Tapi dia dapat kekalkan momentum bersih tu walaupun orang ramai.
Yang bagusnya, staff adalah orang tempatan.
Bukan warga asing yang kadang-kadang boleh mendatangkan jiwa kacau masa aku makan.
Bukan racist!.
 Aku ada sebab kenapa skeptikal sikit.
Keh3...


Rating ikhlas dari aku:
Kebersihan: 9/10 (Bunga meja aku makan berhabuk sikit.Tapi,no hal.Aku letak tepi je.Settle!)
Servis: 9/10 (Laju dan mesra pelanggan. Cuma Chicken Chop kena tunggu lama)
Kesedapan makanan:Hmmm...8/10 (Sedikit keciwa dengan Banana Split.Tapi,itu normal)
Keselamatan: 9/10 (Tak de apa pun...Cuma aku tengok ada budak kecik kacau waitress hantar order. Menggelabah dia nak elakkan budak tu usik makanan pelanggan.Mungkin adik dia. Bahaya untuk budak tu dan pelanggan. Mau jatuh makanan atas kepala. Kesian budak tu kang. Small matter je...)
Harga: 9/10 (Pun sebab Banana Split.Kui3...Overall, berbaloi.)


Burger ni nama dia Chicken Double Rare Cheese Burger (RM 12.90)
Patties dia boleh tahan. Bagi aku kena lah dengan harga.
Cuma Burger bun dia aku 'kurang' sikit..
He3...bukan sebab warna dia.
Tapi,sebab lama-lama makan dia akan jadi lembik sikit.Mushy.
Mungkin aku je kot yang tak suka bun macam tu.
Cheese meleleh...sos cendawan ok.
Overall...Sila datang dan cuba.

Yang dah habis di makan tuh....
Chicken Grill (RM 8.90)
Tu aku tak rasa. Tak tahu nak ulas.


Chicken Chop Extra Meatballs (RM 11.90)
Ayam dia besooor!!
Puas makan.
Blackpaper sauce sedap. Yang bagusnya dia asingkan sos.
Kid's Meal order Set Chicken Popcorn kot. Harga tak ingat.Dapat sekali dengan air milo.

Banana Split (RM 5.90) 
- kalau tak salah.Tak hengat. Tapi lebih kurang macam tu lah harga dia...
Sepatutnya ada Choco roll (aku panggil biskut rokok - kecik-kecik dulu kalau ada biskut gulung ni mesti aku berlagak macam Gangster sambil ala-ala hisap rokok.Sadis!)
Okeh,Leezo ni bukan sahaja buat Western Food.Dekat menu ada tulis Nasi Goreng Kampung.
Itu saje kot menu makanan biasa.
Air kami order Vanilla Shake,Milo panas,Jus Epal dan teh ais.
Rasa macam biasa.



Kalau sempat nak buat jelajah rasa di sini...
Silakanlah...
Sesuai untuk tempat lepak-lepak dengan kawan-kawan dan keluarga.
Alamat:
Leezo Restaurant, No.6,Persiaran Flora Utama,83000 Simpang Kanan, Malaysia
(Dekat dengan AEON BIG & Square One Shopping Mall)
Kalau nak buat tempahan call 0197566080 (leezo) @ 0177806090 (leeza)

Chiao!

P/S: Keseluruhannya...ok. Nak datang santai,lepak-lepak dengan member.Sambil borak-borak minum air. Bincang hal dunia sampai ke malam...

Sunday, June 28, 2015

BISKUT KOKO COKLAT CHIP

BAHAN-BAHAN:

250gm mentega
250gm tepung gandum
120gm kacang badam - dikisar
100gm gula aising
50gm serbuk koko
50gm tepung ubi
50gm tepung jagung
50gm cip coklat

CARA-CARA :
1.Pukul mentega bersama gula sehingga ia menjadi kembang.
2. Masukkan pula kacang badam yang telah dikisar terlebih dahulu.
3. Masukkan tepung gandum, tepung ubi, tepung jagung dan serbuk koko.
4. Masukkan cip coklat dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut.
5. Canai dan terapkan mengikut citarasa.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C-190'C selama 20-25 minit atau sehingga menjadi kekuningan.

INFO : Pastikan mentega disimpan pada suhu bilik sebelum dipukul bag memudahkan ia menjadi lembut.

Saturday, June 27, 2015

BISKUT COKLAT GELAP BERKACANG

BAHAN-BAHAN :

220gm mentega
220mml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
200gm gula perang halus
200gm gula kastor
750gm tepung gandum
250gm serbuk koko
300gm coklat chip
200gm cincangan badam
1 biji telur
15ml susu segar
5gm krim tartar
5gm serbuk penaik
5 ml esen vanilla

CARA :
1. Pukul mentega bersama minyak jagung, gula perang, gula kastor, esen vanilla dan telur hingga kembang.
2. Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, serbuk koko, krim tartar dan serbuk penaik. Ayak dan tuang ke dalam adunan.
3. Masukkan coklat cip dan cincangan badam. Kaup balikkan sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Tutup mangkuk berisi doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Keluarkan. Ambil sudu kecik dan sendukkan doh ke dalam dulang pembakar (seperti membuat drop cookies)
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180'C-190'C selama 18-20 minit atau hingga biskut masak.

INFO : Penggunaan krim tartar menjadikan biskut lebih kenyal dan cantik.

Friday, June 26, 2015

BASIKAL TUA YANG TAK MAMPUKU ADO WOI!!


Assalamualaikum...
Selamat beribadah di Bulan Ramadhan.
Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang bagus untuk buku amalan aku.
Amiiinn...

Basikal ni aku jumpa dekat KFC Seksyen 20.
Teman akak aku pergi beli lauk buka.
Tahun lepas kot.
Saje je nak post.
Sebab aku suka warna dia.
Cantik lagi.
Condition 9/10.

Lama jugak aku renung je basikal tu.
Sampai akak aku tanya 'Ko tengok apa?'
Tu!
Basikal tua tuh.
Aku suruh dia ambil gambar.
Akak aku pun ambil gambar.
Ambik nombor telefon.
Sebab aku nak cuba tanya berapa harga dia.
Hati aku dah berbunga-bunga nak beli.

Malam tu jugak lepas sembahyang Maghrib aku SMS dia.

"Salam...ini nombor basikal tua ke"
'W'salam...ya"
"Nak tanya,harga basikal tu kalau saya berminat nak beli berapa ya harga dia?"
"RM 1100"

Isk!


P/S: Harga dia aku x berapa ingat. Dah lama weehh...Tapi anggaran macam tulah.Yang mampu aku terkedu dan hampir-hampir ponteng terawih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...