Air bergelombang,
Emak kasi duit,
Suruh pergi sekolah'.....
Sneijder memerhatikan anak bongsunya leka bergurindam. Hari itu dia tidak bekerja.
Bukan kerna culas.Bukan juga kerana Mercedes Benznya buat hal....
Cuma...isterinya perlu dihantar ke klinik desa berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan.
Bulan 12 tahun ini mungkin Sneijder akan dikurniakan seorang lagi Khalifah di bumi Allah ini.
Syukur dipanjatkannya kepada Yang Maha Penguasa seusai solat dan di mana-mana sahaja jika fikirannya terdetik sejenak mengakui kebesaran Allah.
Pagi itu fikirannya sedikit kusut.Sudah masai agaknya kalau fikiran itu boleh dizahirkan.
Semalam, sewaktu mahu membeli susu untuk anaknya.Sedang dia membelek-belek membandingkan harga susu yang makin hari makin mencekik darah. Niat di hati mahu mencari yang paling murah. Tapi, semuanya seakan-akan bukan harga murah. Mungkin boleh digunakan istilah mampu milik. Mampu milik tak semestinya murah.
Dia menghela nafas panjang.Seakan mendengus.
Bukan mengeluh.Bukan menyesal dengan nasibnya.
Cuma mencari ruang untuk bernafas dan berfikir.
Tiba-tiba, suara dari televisyen menangkap perhatiannya.
"Oh,PM!"
Sneijder meninggalkan para susu dan berganjak ke tempat televisyen. Mahu didengarnya apa yang berdegar-degar PM berbicara kepada rakyat marhaen.
Mungkin perkara penting. Apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin, bagi Sneijder adalah penting.
"Rugi kalau kita subsidi minyak, tuan-tuan (petani) bawak kapcai... orang di sini pakai Mercedes, kereta besar sekali isi minyak 75 liter... kapcai 7 liter saja, siapa yang untung?Orang kaya yang untung,"
Mata Sneijder terpaku pada kaca TV. Kata-kata PM sebentar tadi berlegar-legar,terngiang-ngiang dalam fikirannya.
Terbayang dalam kepala 'Mercedes Benz' merah berjenamanya itu.
'Mercedes Benz' EX5-Class dia.
'Mercedes Benz' EX5-Class dia.
Kenderaan untuk anak dan isterinya.
Itulah...
Itulah dia....
Itulah dia....
Anak Kak Yah
Batu Pahat
30 November 2014
No comments:
Post a Comment