PANDUAN PENYIMPANAN SUSU IBU
|
||
SUHU
|
TEMPOH PENYIMPANAN
|
|
SUSU YANG BARU
DIPERAH/PAM
|
||
BILIK
YANG BERHAWA HANGAT
|
27°C-32°C
|
3-4 jam
|
SUHU
BILIK
|
16°C-26°C
|
4-8 jam
(ideal: 3-4 jam)
|
DISIMPAN
DENGAN PEK AIS
|
15°C
|
24 jam
|
SUSU YANG DISIMPAN
DALAM PETI SEJUK (simpan di bahagian paling belakang, jauh dari pintu)
|
||
PETI
SEJUK (SUSU SEGAR)
|
0-4°C
|
3-8 hari
(ideal: 72 jam) |
PETI
SEJUK (SUSU YANG PERNAH DINYAHBEKUKAN)
|
0-4°C
|
24 jam
|
SUSU SEJUKBEKU (jangan bekukan semula! Simpan di bahagian
belakang sekli jauh dari pintu)
|
||
BAHAGIAN
SEJUKBEKU UNTUK PETI SEJUK 1 PINTU
|
Pelbagai
|
2 minggu
|
BAHAGIAN
SEJUKBEKU UNTUK PETI SEJUK 2 PINTU
|
<4°C
|
6 bulan
|
SEJUKBEKU
KHAS YANG BERASINGAN
|
-18°C
|
12 bulan
(ideal: 6 bulan) |
Panduan ini hanya untuk susu yang diperah/pam untuk bayi yang
sihat. Jika bayi mempunyai sakit yang kronik ataupun ditempatkan di hospital,
bincang dengan doctor untuk panduan penyimpanan yang sesuai.
|
- Untuk mengelakkan daripada pembaziran dan memudahkan proses nyahbeku dan memanaskan susu, simpan susu dalam kuantiti bahagian 30-120 ml.
- Letakkan tarikh di botol sebelum disimpan untuk penyemakkan.
- Susu yang dipam pada waktu/hari yang berlainan boleh dicampurkan dalam satu bekas – gunakan tarikh susu pertama diperah sebelumnya.
- Elakkan menambah susu yang hangat ke dalam bekas bekas susu yang sebelumnya telah disimpan dalam peti sejuk ataupun susu beku – sejukkan susu baru sebelum dicampurkan bersama.
- Susu badan tidak rosak melainkan ia mempunyai bau yang masam atau rosak dan berasa masam.
Untuk menyahbeku/mancairkan susu
- Cairkan secara perlahan dalam bahagian peti sejuk bawah ( ia mungkin mengambil masa selama 12 am – cuba letakkan susu di dalam bahagian peti sejuk malam sebelum susu hendak digunakan)
- Elakkan susu dibiarkan di luar pada suhu bilik untuk mencairkan nya.
- Untuk proses yang lebih cepat, letakkan botol susu di bawah air yang mengalir – mulakan pada suhu yang sejuk dan secara berdikit tukar pada suhu yang lebih panas.
- Susu yang dibekukan sebelumnya boleh disimpan di bahagian peti sejuk yang biasa tetapi jangan dibekukan semula.
Untuk memanaskan susu
- Panaskan air di dalam cawan kecil, kemudian letakkan susu beku di dalam air panas tadi
- Gunakan pemanas botol (boleh beli secara online atau di kedai bayi)
- Jangan sekali-kali menggunakan ‘microwave’ untuk memanaskan susu badan manusia atau panaskan secara terus di atas api dapur.
- Krim lemak susu akan terapung di atas susu sewaktu proses penyimpanan. Secara perlahan-lahan buat arah pusaran (JANGAN GONCANG) untuk dicampurkan bersama susu dibawahnya dan periksa suhu susu sebelum berikan pada bayi.
- Jika bayi tidak menghabiskan susu dalam sekali berian susu, ianya mungkin selamat untuk simpan semula dalam peti sejuk dan berikan semula 1-2 jam sebelum dibuang
No comments:
Post a Comment